Koleksi: RAWATAN SOLAT HAJAT
 APAKAH RAWATAN SOLAT HAJAT?
-
RAWATAN SOLAT HAJAT yang yang dilaksanakan oleh kami di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM adalah bagi merawat segala penyakit yang berkaitan minda, badan, rohani, hati dan jiwa.
-
RAWATAN SOLAT HAJAT yang yang dilaksanakan oleh kami di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM adalah dengan menggabungkan beberapa ibadah seperti: Solat Hajat 2 Rokaat, Wirid, Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah, Doa Mustajab dan Konsentrasi Pengubatan.
-
Terdapat beberapa PENDEKATAN RAWATAN SOLAT HAJAT yang akan disesuaikan mengikut TAHAP PENYAKIT atau MASALAH ANDA.
-
Setiap Sesi RAWATAN SOLAT HAJAT dilaksanakan di dalam tempoh lebih kurang 1 jam atau lebih, sebagai IKHTIAR untuk memohon pertolongan dan keredhoan Allah SWT agar PENYAKIT atau MASALAH ANDA akan segera terlerai. In shaa Allah.
- Kadar Sumbangan untuk RAWATAN SOLAT HAJAT adalah bermula dari RM300 bagi satu Sesi Rawatan. Kadar ini akan menjadi lebih rendah apabila jumlah Sesi Rawatan sebanyak 3, 5 atau 7 kali dilaksanakan, berdasarkan keperluan rawatan DAN persetujuan Pesakit/Penempah.
SIAPAKAH YANG SESUAI UNTUK MELAKUKAN RAWATAN SOLAT HAJAT?
10 SEBAB KENAPA KITA PERLU MELAKUKAN SOLAT HAJAT
SEGALANYA ADALAH IBADAH
-
Segala ibadah tidaklah boleh dijual-beli. Adalah terbaik dan lebih afdhol sekiranya Pesakit atau Waris Pesakit sendiri yang dapat melakukan Solat Hajat, berzikir dan berdoa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan secara istiqhomah.
-
Sebagai hamba Allah, kadangkala kita perlu mendapatkan bantuan dari orang lain yang lebih berkeupayaan, mahir dan mengetahui selok belok tentang sesuatu perkara itu.
-
Terdapat beberapa ibadah lain seperti Ibadah Korban, Aqiqah serta Umrah dan Haji (untuk orang yang sedang uzur atau telah kembali ke rohmatullah) yang boleh kita wakilkan kepada orang yang lebih arif daripada kita.
-
Kita juga mungkin menjemput Imam dan Qoriah Masjid untuk mengadakan Solat Hajat, Tahlil, Doa Selamat atau Doa Arwah di rumah kita.
-
Perbelanjaan dan segala kos harus kita tanggung dan menyerahkannya kepada pihak berkenaan bagi melaksanakan ibadah-badah tersebut. Mengapa tidak kita melakukannya sendiri?
-
Maka, adalah tidak menjadi kesalahan atau keraguan di dalam melaksanakan Rawatan Solat Hajat, kerana semuanya adalah menjadi ibadah dalam mencari keredhoan dan memohon pertolongan Allah SWT - selagi segala Iqtiqad, Niat dan Perbuatan kita tidak bertentangan dengan Syariat Islam. In shaa Allah.
JAUHILAH KEMUNGKARAN
-
Apa yang penting, jauhkan diri anda dari terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi Perawat Islam atau yang tersesat tanpa disedari.
-
Penggunaan khadam jin, mentera, sihir serta yang berkaitan dengannya adalah HARAM kerana ianya adalah perkara SYIRIK dan KHURAFAT.
CARA MEMBUAT TEMPAHAN RAWATAN SOLAT HAJAT
-
Pergi ke TEMPAHAN RAWATAN SOLAT HAJAT. ISI dan HANTAR maklumat anda.
-
ANDA akan DIHUBUNGI oleh Perawat kami bagi pengesahan tempahan dan Sesi Tele-Kaunseling.
- Pembayaran Kadar Sumbangan boleh dilakukan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM secara tunai, Kad Debit/Kredit, Perbankan Online atau secara atas talian dengan memilih mana-mana pautan di bawah.
BUATLAH TEMPAHAN RAWATAN SOLAT HAJAT ANDA SEKARANG!
HUBUNGI KAMIÂ | PERTANYAAN RAWATAN | Polisi Pemulangan
....