SOALAN SERING DITANYA
1. Sejauhmanakah keberkesanan Rawatan dan Terapi Al-Quran untuk menyembuhkan penyakit?
Semua Penyakit itu datangnya dari Allah SWT dan hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkannya. Rawatan dan Terapi Al-Quran adalah merupakan satu ikhtiar yang sangat dituntut dalam Islam.
Daripada Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW telah bersabda (yang bermaksud):
"Tiap-tiap PENYAKIT itu (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT tersebut, maka SEMBUHLAH DENGAN IZIN ALLAH."(HR Muslim dan Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
"ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI." (HR Al-Bukhori dan Muslim)
Al-Quran adalah penyembuh dan rohmat. Dan ini tidak berlaku untuk semua orang, namun hanya bagi kaum mukminin yang membenarkan ayat-ayatNya dan berilmu dengannya. Adapun orang-orang zalim yang tidak membenarkan dan tidak mengamalkannya, maka ayat- ayat tersebut tidaklah menambah baginya kecuali kerugian.
Menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya ZADUL MA’AD:
“Al-Quran adalah penyembuh yang sempurna dari seluruh penyakit hati dan jasmani, demikian pula penyakit dunia dan akhirat. Dan tidaklah setiap orang diberi keahlian dan taufiq untuk menjadikannya sebagai ubat. Jika seorang yang sakit kekal berubat dengannya dan meletakkan pada sakitnya dengan penuh kejujuran dan keimanan, penerimaan yang sempurna, keyakinan yang kukuh, dan menyempurnakan syaratnya, nescaya penyakit apapun tidak akan mampu menghadapinya selama-lamanya.
Bagaimana mungkin penyakit tersebut mampu menghadapi firman Zat yang memiliki langit dan bumi. Jika diturunkan kepada gunung, maka ia akan menghancurkannya; atau diturunkan kepada bumi, maka ia akan membelahnya. Maka tidak satu pun jenis penyakit, baik penyakit hati maupun jasmani, melainkan dalam Al-Quran ada cara yang membimbing kepada ubat dan sebab kesembuhannya.”
(ZADUL MA’AD, 4/287)
Antara kelebihan Rawatan dan Terapi Al-Quran:
- Menjadi RAWATAN UTAMA untuk Penyakit yang tidak dapat dirawat oleh Perubatan Moden; atau
- Menjadi RAWATAN SOKONGAN untuk Penyakit yang sedang dirawat oleh Perubatan Moden; atau
- Menjadi TERAPI untuk orang yang sakit dan orang yang sihat; yakni demi menjaga kesihatan dan memberikan ketenangan jiwa.
2. Saya sedang menjalani perubatan di hospital. Bolehkah saya mendapatkan rawatan dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™?
Ya. Mereka yang sedang menjalani perubatan di hospital sangat digalakkan untuk membuat Rawatan dan Terapi Al-Quran, sebagai Rawatan Sokongan ke atas perubatan hospital berkenaan. Pesakit bolehlah membuat Rawatan Am atau Rawatan Solat Hajat. In shaa Allah.
3. Berapa kalikah SESI RAWATAN yang perlu saya jalani? Bolehkah saya menjalani hanya satu Sesi Rawatan sahaja?
Tidak ada paksaan dalam bilangan Sesi Rawatan dan Terapi Al-Quran yang perlu dijalani oleh Pesakit. Jika bilangan Sesi Rawatan ditambah, maka ianya adalah lebih baik ke arah pencapaian kesembuhan; sangat penting sebagai istiqhomah (berterusan) di dalam apa jua ikhtiar kita.
4. Mengapa perlu ada Kadar Sumbangan?
Setiap Kadar Sumbangan yang anda berikan sebaiknya perlulah diniatkan sebagai Tabarru' iaitu bermaksud bantu-membantu antara satu sama lain. Kadar Sumbangan anda amatlah dihargai untuk membolehkan kami terus beroperasi dengan cekap dan berdakwah bagi membantu para Pesakit yang lain pula. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran limpah kurniaNya yang terbaik, di dunia dan di akhirat.
5. Sekiranya saya tidak berkemampuan dari segi kewangan, bolehkah saya mendapatkan rawatan dari PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM?
Ya. Sekiranya anda benar-benar menghadapi masalah kewangan; sila maklumkan dengan jelas kepada Perawat semasa Sesi Tele-Kaunseling/Kaunseling sebelum rawatan dijalankan. Potongan Kadar Sumbangan yang berpatutan boleh diberikan sekiranya anda dari golongan fakir miskin, ibu tunggal yang tiada berpendapatan tetap atau anak yatim (berumur 18 tahun ke bawah).
6. Adakah disediakan pusat penjagaan atau asrama bagi Pesakit mental?
Setakat ini kami tidak menyediakan pusat penjagaan atau asrama bagi apa jua jenis Pesakit.