VISI, MISI & NILAI TERAS
"Visi Pusat Rawatan Al-Qayyum adalah untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan manusia yang membantu individu mencapai kesejahteraan, pemulihan, kesedaran diri dan transformasi kehidupan secara menyeluruh berdasarkan nilai-nilai Islam."
Â
MISI
-
Membantu manusia mendapatkan kesejahteraan hidup melalui perkhidmatan profesional, beretika dan berteraskan nilai Islam.
-
Membantu individu memahami diri, membina kesedaran diri, memperkukuhkan emosi dan meningkatkan hubungan dengan Allah SWT.Â
-
Membangunkan sistem pemulihan dan pembangunan manusia melalui rawatan, pendidikan, penerbitan, bimbingan dan sokongan komuniti.
-
Membina organisasi yang stabil, dipercayai dan mampu memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.
-
Melahirkan tenaga kerja yang cekap, berakhlak, berdisiplin dan bersemangat berkhidmat kepada manusia.Â
Â
NILAI TERAS
-
AMANAH - Menjaga kepercayaan, melaksanakan tugas dengan jujur dan penuh tanggungjawab.
-
ADAB - Berakhlak mulia, berbudi bahasa dan menghormati setiap insan dalam semua situasi.
-
DISIPLIN - Menepati masa, patuh SOP, konsisten dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan.
-
PROFESIONALISME - Melakukan perkara yang betul dengan cara yang betul, menjaga kualiti dan kerahsiaan.
-
BUDAYA KERJA ISLAMIAH - Menjadikan pekerjaan sebagai amanah dan ibadah untuk memberi manfaat kepada manusia.