AL-QURAN SEBAGAI RAWATAN SOKONGAN
1) Konsep Rawatan Sokongan (Komplimentari)
Rawatan Sokongan bermaksud penggunaan Al-Quran untuk membantu proses penyembuhan penyakit yang sedang dirawat oleh kaedah perubatan moden. Ia tidak menggantikan rawatan klinikal, tetapi melengkapkan usaha penyembuhan dengan menyentuh aspek minda, rohani, emosi (hati) dan jiwa yang sering diabaikan oleh rawatan moden.
Perubatan moden menumpukan kepada tubuh fizikal seperti ubat, pembedahan dan terapi klinikal. Namun, manusia bukan sekadar jasad. Penyakit sering berkait rapat dengan tekanan emosi, kelemahan iman, bisikan syaiton atau ketidakstabilan jiwa. Al-Quran hadir sebagai sokongan untuk menenangkan minda, hati dan jiwa, menguatkan semangat dan memberi kekuatan dalaman kepada pesakit.
2) Kelebihan Rawatan Sokongan dengan Al-Quran
-
Mengurangkan Tekanan Minda, Hati dan Jiwa: Pesakit yang sakit kronik seperti kanser, strok atau penyakit jantung sering mengalami kemurungan. Bacaan Al-Quran terbukti secara saintifik boleh menurunkan kadar hormon stres (kortisol) dan meningkatkan ketenangan minda, hati dan jiwa.
-
Mempercepat Proses Penyembuhan:Â Kajian dalam bidang psychoneuroimmunology menunjukkan bahawa ketenangan minda, hati dan jiwa meningkatkan sistem imun tubuh. Apabila pesakit lebih redha dan tenang, tubuh lebih responsif terhadap ubat dan rawatan moden.
-
Menguatkan Semangat Melawan Penyakit: Al-Quran mengajar sabar, tawakkal dan pengharapan kepada Allah. Pesakit yang kuat minda, rohani, hati dan jiwa, tidak mudah putus asa, malah bersemangat menjalani rawatan moden.
-
Menyucikan Minda, Hati dan Jiwa: Ada penyakit berpunca dari emosi negatif seperti dendam, hasad atau tekanan jiwa. Bacaan Al-Quran membersihkan minda, hati dan jiwa, lalu memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal.
3) Contoh Penyakit yang Sesuai dengan Rawatan Sokongan
-
Penyakit Fizikal: kanser, diabetes, jantung, strok. Rawatan moden berfungsi mengawal penyakit, sementara bacaan Al-Quran memberikan kekuatan minda, rohani, hati dan jiwa.
-
Penyakit Minda: kemurungan, kebimbangan melampau, insomnia. Terapi psikologi moden boleh digabungkan dengan terapi Al-Quran.
-
Penyakit Rohani, Hati dan Jiwa: rasa kosong, putus asa, kemurungan. Al-Quran mengisi kekosongan rohani, hati dan jiwa dengan zikir, doa dan ketenangan.
-
Masalah Rumah Tangga dan Sosial: stres, pertelingkahan, masalah komunikasi. Bacaan Al-Quran dapat meredakan ketegangan dan menguatkan kasih sayang.
Kesimpulan
Al-Quran sebagai Rawatan Sokongan bukan sekadar pembacaan ayat-ayat suci, tetapi merupakan satu bentuk terapi holistik yang menyatukan minda, badan, rohani, hati dan jiwa. Ia tidak menggantikan ubat moden, sebaliknya menguatkan keberkesanan rawatan dengan cara menenangkan minda, hati dan jiwa, meningkatkan motivasi dan memperkuat sistem imun tubuh.
Kesembuhan sebenar adalah milik Allah dan Al-Quran ialah jambatan antara rawatan fizikal moden dengan penyembuhan holistik Islamiah, agar pesakit mencapai kesihatan yang lebih menyeluruh. In shaa Allah.