POLISI PEMULANGAN

Produk

1. Sebagai pelanggan kami, anda dibenarkan untuk memulangkan produk dalam tempoh 7 hari kalendar dari tarikh penerimaan produk tersebut sekiranya berlaku mana-mana keadaan berikut:

a) Kecacatan pengilangan.
b) Penghantaran barangan yang salah.

2. Prosedur pemulangan produk:

a) Sila bertenang dan hubungi kami. 

b) Sila dapatkan beberapa foto atau video berkaitan produk, yang menunjukkan mengenai masalah yang dihadapi. Kami juga perlu mengetahui Nombor Pengesanan (Tracking Number) produk tersebut.

c) Setelah pihak kami mengesahkan penerimaan pemulangan, kami akan menghantar Nota Konsainan (Syarikat Kurier) kepada anda melalui emel. Anda dikehendaki mencetak nota itu dan menampalnya pada bungkusan. Pihak Syarikat Kurier akan mengambil bungkusan tersebut dari alamat anda atau anda mungkin perlu menyerahkannya kepada Pejabat Syarikat Kurier berkenaan yang terdekat sekiranya ada masalah pengambilan.

d) Sila pastikan bahawa bungkusan tersebut berada di dalam keadaan terbaik, termasuk produk yang ingin dibuat pemulangan, ada di dalam bungkusan itu. Produk berkenaan mestilah diindungi dengan sebaiknya dari risiko pecah/kemek/retak, risiko kebasahan/air dan risiko tumpah/meleleh (sekiranya cecair); tidak dapat dilihat dan dibungkus dengan sempurna. 

e) Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mendapatkan bayaran balik untuk jumlah yang dibayar atau penggantian produk yang sama. Walau bagaimanapun, sekiranya produk tertentu tiada di dalam stok, kami akan mengembalikan jumlahnya bayarannya kepada anda.

f) Pemulangan produk biasanya mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja untuk disempurnakan. Sila bantu kami dengan maklumat yang diperlukan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memendekkan proses.

3. Bayaran balik atau penggantian tidak akan dibuat bagi situasi berikut:

a) Pembungkusan asal yang telah hilang.
b) Produk yang telah lusuh atau diubahsuai.
c) Produk yang telah diguna-pakai.
d) Produk yang anda tidak sukai dari segi rupabentuk, warna atau cara penggunaannya.
e) Produk yang anda tidak jadi untuk membelinya di atas apa jua sebab.

 

Perkhidmatan

1. Tiada pemulangan Kadar Sumbangan, di atas apa jua sebab; bagi Rawatan Am dan Rawatan Solat Hajat yang telah dibuat pembayaran; melainkan sekiranya kami tidak dapat melakukan rawatan berkenaan di atas pertimbangan dan keputusan dari kami.

2. Pemulangan Kadar Sumbangan bagi Rawatan Am dan Rawatan Solat Hajat akan dilakukan mengikut jumlah Sesi Rawatan yang tidak sempat dilaksanakan sekiranya Pesakit telah meninggal dunia sebelum selesainya semua Sesi Rawatan, sebagaimana yang telah ditempah dan dibuat pembayaran penuh.