Sumbangan Anda Adalah Tidak Ternilai

Dalam melalui perjalanan penyembuhan minda, badan, rohani, hati dan jiwa serta penemuan diri, pastinya kita memerlukan rohmat dan keberkatan dari Allah SWT untuk membimbing kita ke arah jalanNya. Di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM, kami komited untuk menyediakan Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dilaksanakan secara sistematik, intensif dan profesional kepada para Pesakit kami, demi membantu mereka mencapai matlamat kesejahteraan hidup yang dihajati.

Seiring dengan itu, kami amat berterima kasih di atas sokongan dan sumbangan berterusan dari para Pesakit dan para dermawan selama ini, yang telah membantu kami dalam misi kami untuk menyediakan sebuah lokasi kedamaian dan penyembuhan.

Ketahuilah, sumbangan anda bukan sekadar transaksi kewangan, tetapi adalah satu amalan mulia yang terpuji di sisi Allah SWT.

Perkataan "Tabarruk" bermaksud mencari keberkatan dan pertumbuhan dalam sesuatu. Sumbangan anda dianggap sebagai "Tabarruk", kerana anda mencari pertumbuhan dan keberkatan dalam kesihatan dan kesejahteraan hidup anda. Sokongan anda bukan sahaja cara untuk berbakti kepada masyarakat, tetapi juga sebagai cara untuk mencari keberkatan Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan anda.

Di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM, kami percaya setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil; adalah demi untuk mencari keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Sokongan berterusan anda telah membantu kami untuk terus menyediakan Rawatan dan Terapi Al-Quran kepada mereka yang memerlukan; dan kami sentiasa komited untuk terus membangunkan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat demi kesucian, kedaulatan dan keagungan Islam.

Kami memohon anda untuk terus menyokong kami dalam misi kami menyediakan Rawatan dan Terapi Al-Quran yang terbaik kepada seluruh masyarakat. Sumbangan anda bukan sahaja sebagai alat sokongan kewangan, tetapi juga demi mencari keberkatan Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan anda. In shaa Allah.

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat ganda, serta memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada anda sekeluarga selamanya. Aamiin ya robbal 'alamiin.

 

Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ 

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.