Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
2. Mandi air biasa dahulu. Di akhir mandian, barulah mandi dengan Air Terapi Mandian di atas.
3. Buat Terapi Mandian selepas masuknya waktu Asar selama 3 hari berturut-turut. Pastikan mandi sebelum masuknya waktu Maghrib.
Hubungi kami segera sekiranya anda memerlukan rawatan yang lebih intensif. In shaa Allah.
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Solat Hajat adalah ibadah yang sangat digalakkan di dalam Islam demi memohon pertolongan Allah SWT ke atas apa jua kesusahan yang kita alami.
Tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah.
Solat Hajat dan doa yang berterusan pastinya akan memberi sinar kepada kegelapan yang kita alami.
Solat Hajat mempunyai berbagai hikmah dan kehebatannya tersendiri - samada yang jelas mahupun yang tersembunyi.
Ada berbagai cara bagi Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah, yang tidak semestinya datang dari orang yang melakukan Solat Hajat berkenaan.
Solat Hajat adalah satu komunikasi secara terus menerus dengan Allah SWT, Tuhan Penguasa sekelian alam.
Solat Hajat akan memberikan keinsafan dan ketenangan fikiran kepada orang yang melakukannya, juga kepada orang yang didoakan.
Solat Hajat yang terbaik perlulah ada penyerahan diri bulat-bulat dan berdoa sepenuh jiwa raga kepada Allah SWT. Ini pastinya akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Kita wajib berusaha dengan cara yang berlandaskan Syariat Islam seperti melakukan Solat Hajat dan bersedekah.
Pesakit atau Waris Pesakit sangat digalakkan untuk melakukan sendiri Solat Hajat. Namun, kita juga berpeluang mendapatkan bantuan orang lain yang lebih berpengalaman, walaupun orang itu berada jauh dari kita.
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Ikhlas dari kami:
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
6) Mesti terus menerus mempelajari dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam perihal penyakit dan rawatan kerana segala ilmu pengetahuan itu bersifat tiada penghujungnya, sehingga hari Kiamat. Ilmu itu tiada penamat. Yang ada penamat hanya apabila kita belajar dgn seseorang guru itu. Tamat belajar, bukan tamat ilmu.
7) Mesti mahir untuk mendinding dan mengubati diri sendiri dan anak-isteri dari segala ancaman, kerenah dan gangguan syaiton, jin dan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan dan memusnahkan Perawat.
8) Penyerahan diri bulat-bulat dan keyakinan hanya kepada Allah SWT dalam setiap saat: Maha Pencipta, Maha Penguasa sekelian alam. Yang Maha Berkuasa hanya Allah. Kesempurnaan (Maha Sempurna) hanya terletak pada Allah. Kita ini hanya makhluk yg lemah dan perlu sentiasa mencari keredhoan dan pertolongan dari Allah SWT setiap detik.
9) Jangan sesekali terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sahabat/pendamping dari golongan jin, walaupun yang mengaku Islam. Ini akan membuka laluan kepada tipu-daya syaiton, kesyirikan dan kemusnahan diri sendiri. Jangan sangka bila sudah beriman (kononnya), kita membiarkan diri menjadi alpa dan memandang rendah kepada kuasa kegelapan (iblis) - yang fitrahnya untuk sentiasa menyesatkan manusia hingga ke hari Kiamat. Jangan sampai kita mati tidak diterima bumi. Na'uzubillahi min zalik.
10) Mestilah sentiasa tunduk dan merendah diri serta setiap detik memohon taubat dari Allah SWT. Jangan memandang rendah, jangan menghina sesiapa. Jangan sesekali bercakap besar, ada sifat takbur, riak dan bongkak (sifat iblis) - antara sifat-sifat yang dimurkai Allah SWT. Jangan menunjuk-nunjuk kepandaian jika tiada urusan. Segala ilmu dan kekuatan adalah hak milik Allah SWT. Jika Allah boleh beri kelebihan, maka Allah boleh menariknya pada bila-bila masa. Wallahua'lam.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Rumah Pesakit tidak dihidupkan dengan aktiviti ibadah seperti Solat dan membaca Al-Quran setiap hari; siang dan malam.
9. SUASANA RUMAHSuasana di dalam dan/atau di luar rumah Pesakit yang sentiasa kosong, suram, kotor, berhabuk, usang, busuk, lembab, tiada pengaliran udara dan sebagainya yang menggalakkan percambahan Tenaga Negatif (unsur Jin dan Syaiton).
10. IKTIQAD, NIAT DAN PERBUATANIktiqad, Niat dan Perbuatan Pesakit dan/atau Perawat; secara disedari atau tidak disedari; bertentangan dengan Syariat Islam.
11. SAKA
Gangguan jin yang berpunca dari salasilah keturunan (saka); yakni disebabkan oleh perbuatan jahat, amalan ilmu, perjanjian atau perbuatan sihir; ke atas atau oleh ibubapa, datuk nenek moyang Pesakit atau keturunan sejak beratus atau beribu tahun yang lampau.
12. ORANG-ORANG SERUMAH
Pesakit sering dilawati oleh atau tinggal serumah dengan orang-orang yang didampingi jin (samada disedari atau tidak).
13. SERING PERGI KE TEMPAT DIDIAMI JINPesakit sering pergi ke tempat-tempat yang didiami oleh jin seperti kawasan hutan, air terjun, kedai makan yang menggunakan pelaris jin (tangkal, azimat, ilmu sesat dan sebagainya), tempat-tempat kotor, pasar dan sebagainya lagi.
Dan banyak lagi faktor-faktor lain yang berkaitan dengan iman, ilmu, amal, akhlak dan aqidah Pesakit, ahli keluarga Pesakit, orang yang merawat/mengubat Pesakit dan orang-orang yang berada di sekeliling Pesakit; yang mendorong jin untuk terus menganggu Pesakit. Wallahua’lam.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "PELIHARALAH PERINTAH DAN LARANGAN ALLAH, pasti kamu selalu berasakan kebersamaan Allah denganmu. INGATLAH ALLAH KETIKA ENGKAU SENANG, PASTI ALLAH MENGINGAT ENGKAU KETIKA ENGKAU DALAM KESUSAHAN." (HR Al-Tirmizi)
Artikel tulisan:PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
]]>1. UJIAN ALLAH SWT
Penyakit /Masalah yang dialami merupakan sebagai ujian, hikmah pengajaran, kifarah (pengampunan dosa-dosa lampau) dan peningkatan darjat ke atas diri Pesakit – dari Allah SWT; selagi Pesakit terus beriman dan bertaqwa hanya kepada Allah SWT.
“PATUTKAH MANUSIA MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), NYATA APA YANG DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)
2. TIADA KEYAKINAN
Tiada keyakinan sepenuhnya di dalam diri Pesakit terhadap Al-Quran dan tiada penyerahan diri bulat-bulat kepada Allah SWT; Tuhan Maha Penyembuh segala Penyakit dan Masalah.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAHKU) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADAKU, agar mereka selalu BERADA DALAM KEBENARAN" (Al-Baqoroh: 186)
3. TIADA KESERASIAN
Tidak ada keserasian di antara ilmu Perawat dengan penyakit yang dirawat. Mungkin ilmu Perawat tidak mencukupi untuk menentang kekuatan jin (jin kelas pertama).
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI" (HR Al-Bukhori dan Muslim)
4. AMALAN PERAWAT
Berpunca dari Perawat yang mengamalkan amalan perubatan yang berdampingan dengan jin (khadam), samada disedari atau tidak disedari oleh Perawat.
5. TANGKAL DI RUMAH
Diri Pesakit dan/atau rumah Pesakit yang masih didiami oleh jin – melalui kehadiran unsur-unsur yang disukai oleh jin seperti tangkal, azimat, rajah, barang-barang lama atau baru seperti keris, kacip, batu, kayu, buluh, rotan, apa-apa logam (besi, tembaga, perak atau emas), kain dan sebagainya; yang berunsur syirik, khurafat dan haram atau aktiviti ahli isirumah yang mungkar.
6. TAPAK RUMAH
Rumah Pesakit merupakan istana/rumah/sarang tempat tinggal jin sejak sebelum didirikan rumah lagi (bekas kawasan hutan, bukit, paya, kolam, lombong dan sebagainya).
7. LOKASI RUMAH
Rumah Pesakit berhampiran dengan kuil, sembahan orang kafir, kawasan perkuburan orang kafir, kawasan kotor, kawasan maksiat, sarang jin atau sebagainya lagi.
]]>Secara umumnya, SETIAP ATOM yang terbentuk adalah berdasarkan gabungan cas negatif (-), cas positif (+) dan neutron.
Ada cas negatif yang JAHAT dan ada cas negatif yang BAIK bagi manusia.
Cas negatif (elektron) yang baik adalah seperti tenaga elektrik yang digunakan di dalam lampu dan segala peralatan elektrik. Walau bagaimanapun ianya mampu membunuh sekiranya disentuh oleh manusia. Bateri juga mengeluarkan cas negatif yang digunakan sebagai sumber tenaga. Contoh lain pengeluar cas negatif yang baik adalah Garam Bukit dan Garam Laut.
Ada banyak lagi penjana cas negatif baik seperti air, cahaya matahari, udara yang bersih, tumbuhan, batu-batan, kayu-kayan, mineral, manusia yang beriman dan beramal soleh dan sebagainya lagi.
Cas negatif baik (tenaga baik) sangat penting bagi menolak cas negatif jahat (tenaga jahat), sebagaimana fitrah hukum ciptaan Allah SWT.
Cas negatif jahat pula adalah dari sumber seperti syaiton, jin kafir dan iblis. Juga dari segala kekotoran dan najis serta dari sifat-sifat buruk manusia. Punca-punca cas negatif jahat telah pun dihuraikan di dalam artikel yang lain yang bertajuk: 20 PUNCA-PUNCA UTAMA CAS NEGATIF (TENAGA) JAHAT BERDASARKAN METAFIZIK ISLAMIAH.
Perlu diingatkan bahawa TENAGA itu adalah merujuk kepada ELEKTRON, yakni CAS NEGATIF. Hanya cas negatif sahaja yang boleh BERGERAK dan MENGALIR. Cas positif hanya bergetar di kedudukannya sahaja. Saiz cas negatif bagi setiap atom adalah berbeza-beza. Cas negatif yang terhalus datangnya dari aura (cahaya) manusia.
Samada cas negatif itu baik atau jahat, adalah bergantung sepenuhnya kepada manusia itu samada dia seorang yang beriman atau seorang yang penuh dengan kejahatan syaiton.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Aliran Tenaga Aura Cahaya adalah tenaga semulajadi yang sentiasa berada di sekeliling kita. Dalam hukum tenaga, tenaga tidak akan pernah habis. Ianya hanya bertukar dari satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain.
Terdapat sejumlah tenaga di sekeliling kita, iaitu elektron bebas yang sentiasa aktif. Elektron ini datangnya dari atom-atom berbagai gelombang cahaya, gelombang bunyi, gas, cecair, pepejal, habuk; juga termasuk manusia, jin, syaiton, haiwan, tumbuhan, batu, kayu dan sebagainya lagi di sekeliling kita.
Dalam praktis Penyembuhan Tenaga, yang digunakan ialah jenis tenaga (elektron) yang datangnya dari gelombang cahaya di sekeliling kita. Ada cahaya yang dapat dilihat oleh mata kasar dan ada cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Aliran Tenaga Dalaman (ATD) digunakan bagi mempengaruhi Aliran Tenaga Aura Cahaya (ATAC) ini. Aliran Tenaga Dalaman adalah sejenis tenaga yang dibentuk di dalam diri seseorang manusia (Perawat) itu.
ATD adalah jenis tenaga yang paling halus, lebih halus dari jenis tenaga yang lain. ATD yang terbaik datangnya dari amal ibadat yang ikhlas dan pembersihan hati melalui Zikirullah yang berterusan. Penyatuan AKAL dan HATI perlu berlaku bagi membentuk Pusat Tenaga (Nukleus), yang mesti ada; untuk menghasilkan ATD.
ATD hanya boleh dikawal melalui konsentrasi dan fokus minda yang sangat tinggi. ATD digunakan untuk mengawal ATAC yang kemudiannya dialirkan ke ATAS dan MELALUI tubuh badan seseorang Pesakit itu.
Untuk menambah kekuatan aliran tenaga di samping ATAC, seseorang Perawat itu juga boleh mengalirkan ATD ke dalam tubuh badan Pesakit. Namun ini akan menyebabkan keletihan kepada Perawat sekiranya Perawat tidak mempunyai stamina dan kekuatan fizikal yang mencukupi.
Seiring dengan ajaran Islam, kekuatan ATD ini perlu lahir dari keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dari amal ibadat, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan zikirullah yang berterusan.
Ianya boleh menjadi haram jika bersumberkan dari segala mentera, tangkal, azimat, batu cincin, kayu, buluh, besi, keris, gelang, haiwan, khadam, roh, ajaran sesat, jin, khadam, pendamping dan sebagainya lagi yang bercanggah dengan syariat Islam.
Perlu diingatkan bahawa ATD boleh membawa kepada keruntuhan aqidah dan kesyirikan jika tidak dipelajari dengan berlandaskan syariat Islam. Maka perihal ATD ini perlulah dipelajari dari seorang Guru yang berijazah dengan amalan ilmu yang sebenar dan berpengalaman melebihi 20 tahun ke atas sahaja. Wallahua'lam.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Sel menjadi tidak stabil kerana:
1) Jumlah Atom Positif berlebihan dari jumlah Atom Negatif, ATAU
2) Jumlah Atom Negatif berlebihan dari jumlah Atom Positif.
Maka, apabila pengaliran tenaga (elektron) berlaku, akan memaksa:
1) Atom Positif bertukar menjadi Atom Negatif, dan
2) Cas negatif dan Atom Negatif yang berlebihan akan tertolak keluar dari sel.
Pengaliran tenaga yang berterusan dan bersesuaian kekuatannya akan memastikan setiap sel menjadi kembali stabil (normal) kerana jumlah Atom Negatif dan Atom Positif di dalam setiap sel menjadi sama banyak. Apabila semua selnya telah menjadi normal, bermakna tidak ada lagi sel yang tidak normal. Maka penyakit kulit orang itu dikatakan telah pulih dan telah sembuh.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Menurut fitrah, tenaga yang mengalir adalah bermakna elektron yang bergerak aktif. Manakala, cas positif (proton) hanya bergetar pada kedudukannya sahaja dan bersifat PASIF. Proton (+) ini sentiasa melekat bersama neutron. Pasif bermaksud ianya sentiasa bersedia untuk menerima kedatangan cas negatif.
Dalam situasi pengaliran tenaga, yang bergerak adalah cas negatif (elektron) yang berlebihan dari jumlah cas positif (proton) di dalam sesuatu atom itu.
Saiz cas negatif (elektron) ini sangat halus, lebih halus dari saiz atom dan lebih halus dari saiz cas positif (proton). Cas negatif akan menolak cas negatif, tetapi akan tertarik kepada cas positif. Begitulah juga dengan cas positif.
Atom yang stabil adalah yang memiliki jumlah cas negatif dan cas positif yang sama banyak. Bagi sebiji atom, jumlah cas negatif yang berlebihan dari jumlah cas positif, akan menjadikan atom itu bersifat negatif (Atom Negatif). Jika jumlah cas negatif kurang dari jumlah cas positif, akan menjadikan atom itu bersifat positif (Atom Positif).
Jutaan atom akan membentuk sel. Sel yang stabil (sihat) mestilah mempunyai jumlah Atom Negatif dan Atom Positif yang sama banyak.
Kebiasaannya, cas negatif yang berlebihan dari tubuh badan seseorang manusia akan disingkirkan dan ditolak keluar dari badan supaya tidak terbentuk jumlah Atom Negatif yang berlebihan dari jumlah Atom Positif yang diperlukan oleh setiap sel.
Secara fitrahnya, cas negatif DAN Atom Negatif yang tiada pasangan, akan tersingkir dari badan manusia melalui sistem perkumuhan dalam badan dan luar badan manusia. Jutaan atom yang tersingkir ini akan membentuk sel mati. Sel mati akan dikeluarkan dari badan seseorang itu melalui air kencing, najis, peluh dan pada kulit di tubuh badan.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Penyembuhan Holistik Islamiah di Pusat Rawatan Al-Qayyum menggabungkan elemen-elemen terpilih dalam 5 kategori perubatan berikut:
1) Perubatan Islam (mendominasi)
2) Perubatan Tradisional
3) Perubatan Alternatif
4) Perubatan Suplimentari (Asia Tenggara)
5) Perubatan Komplimentari
In shaa Allah.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Walaupun seseorang itu diselubungi oleh cas negatif (tenaga) jahat yang banyak, ada kalanya tidak memberikan kesan apa-apa kepadanya samada dari segi kesihatan atau emosi.
Perkara ini berlaku kerana salah satu sebab berikut:
1) Orang itu adalah orang KAFIR, yang Allah tidak mengurniakan hidayah kepadanya untuk hidup di atas jalan yang lurus (memeluk Islam). Majoriti orang-orang kafir adalah kebal terhadap cas-cas negatif (tenaga) jahat. Ini adalah fitrah kejadian yang telah ditentukan oleh Allah SWT, di mana dunia ini diciptakan dengan berbagai kelebihan untuk orang-orang kafir.
2) Orang itu adalah orang ISLAM yang mengalami ISTIDRAJ iaitu tetap beroleh kesihatan, kesenangan dan kekayaan walaupun tidak mahu tunduk kepada suruhan Allah SWT. Tujuan Allah SWT menjadikan istidraj adalah untuk menambahkan lagi kekufuran seseorang itu, setaraf dengan orang-orang kafir.
3) Orang itu adalah orang BERIMAN yang sentiasa menjaga amal ibadat, iman dan ketaqwaannya terhadap Allah SWT, yakni adalah orang yang Soleh (walaupun tidak ditunjukkan kepada umum). Cas negatif yang berlebihan akan terlerai dengan sendirinya apabila dia melakukan solat, membaca Al-Quran, bersedekah, bersangka baik, penuh kemuliaan kasih sayang, menjaga hubungan sesama manusia lain, haiwan dan alam; serta sebagainya lagi yang disukai Allah SWT.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Dalam praktis Penyembuhan Tenaga (Energy Healing), cas negatif yang jahat DAN cas negatif yang berlebihan akan disingkirkan dari tubuh badan hingga menjadikan sesuatu atom itu bersifat atom neutral (stabil). Gabungan jutaan atom akan membentuk sel. Sel yang sihat adalah sel yang mempunyai jumlah atom positif dan atom negatif yang sama banyak.
Inilah yang dikatakan sebagai sains metafizik dalam Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dijalankan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Berdasarkan pengalaman sebenar kami, Penyembuhan Tenaga telah dapat merawat dan membantu ribuan manusia (islam dan bukan islam) di dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat, tenang dan sempurna. In shaa Allah.
Maka itu, Rawatan dan Terapi Al-Quran sangat diperlukan oleh mereka yang sihat kerana dapat mencegah pembentukan sel-sel penyakit dan sifat-sifat negatif. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Walau bagaimanapun, Allah Maha Pengasih. Sesiapa pun tidak terkecuali dari menerima ujian penyakit dariNya. Sebagai hambaNya yang beriman, seharusnya kita sentiasa berikhtiar dengan jalan yang diredhoiNya, dan tidak melalui jalan yang mungkar lagi dilaknati.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Sebenarnya lebih dari itu.
Bacaan ayat-ayat Al-Quran yang digabungkan dengan Penyembuhan Tenaga (Energy Healing) juga SANGAT BAIK bagi mereka yang SIHAT.
Rawatan dan Terapi Al-Quran sangat baik bagi melancarkan perjalanan darah serta memastikan segala sel-sel yang tidak sihat (sel berpenyakit) dapat dimusnahkan dan dikeluarkan dari tubuh badan seseorang itu, melalui sistem perkumuhan semulajadi. Perjalanan darah yang lancar pastinya akan memberikan kecergasan dan kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan.
Aliran Tenaga Baik - yang bersumberkan amal ibadat, iman, taqwa dan istiqhomah; dapat MENYINGKIRKAN TENAGA JAHAT yang berlebihan dari terus melekat di sekeliling tubuh badan atau yang berada di dalam badan kita.
Tenaga jahat pada seseorang boleh membawa kepada pembentukan sel penyakit seperti kanser, ketumbuhan, kuman, kolestrol jahat dan sebagainya.
Tenaga jahat juga boleh merangsang sifat-sifat buruk di dalam diri seseorang itu seperti panas baran, kedekut, tamak, bongkak, riak, dengki, cemburu buta, berdendam, penakut, kesedihan melampau, malas melampau, hilang semangat dan sebagainya lagi.
Orang yang banyak tenaga jahat pada dirinya hidupnya tiada ketenangan yang sebenar. Jiwanya rasa kosong, sentiasa mencari sesuatu untuk diisi. Semua orang sering dipersalahkan. Semua orang dianggapnya tidak betul. Gemar kepada perkara maksiat. Berat untuk melakukan ibadah dan sebagainya lagi yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini adalah antara gejala orang yang bertenaga jahat yang tinggi.
Allah Ta’ala berfirman,
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” (Al-Baqoroh: 263-264)
Dari Abu Dzar RA, Nabi SAW bersabda, “Ada tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, tidak akan memandangnya, tidak akan meyucikannya, bagi mereka azab yang pedih.” Rasulullah SAW mengulangi hal itu sampai tiga kali. Abu Dzar berkata, “Benar-benar rugi mereka-mereka itu.” Abu Dzar pin bertanya, “Siapa mereka wahai Rasulullah?” Beliau pun menjawab,
1- Orang yang isbal, pria yang menjulurkan pakaiannya di bawah mata kaki.
2- Orang yang mengungkit terus apa yang ia sedekahkan.
3- Orang yang melariskan dagangan dengan sumpah yang dusta.” (HR Muslim, no. 106)
Dalam riwayat Muslim lainnya disebutkan, “Al-mannan itu yang tidak memberi sesuatu melainkan ia selalu mengungkit-ungkitnya.”
2) Saling memberi hadiah antara suami isteri juga penting agar semakin kuatnya cinta antara keduanya.
Cuba lihat yang disebutkan tentang mas kawin dalam ayat berikut.
“Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisaa’: 4)
Ayat tersebut menunjukkan boleh saja isteri memberi hadiah pada suami dari mahar (mas kawin) yang telah diberi. Hadiah antara suami isteri menunjukkan cinta antara mereka. Bentuknya juga bisa dengan bertutur kata yang baik, mengutarakan kata-kata romantis antara mereka hingga pada senyuman manis.
Bagaimana jika hanya punya satu hadiah, kepada siapakah diberi?
Kata Syaikh Musthofa Al-‘Adawi dalam Fiqh Al-Akhlaq, hlm. 72, dahulukan orang yang paling dekat. Dahulukan yang punya kedekatan nasab (keturunan) dan kedekatan sebagai tetangga.
Cuba perhatikan dahulu isteri Nabi SAW bernama Maimunah, ketika itu ia memiliki seorang budak wanita dan ia merdekakan budak tersebut (sebagai bentuk sedekah, -pen.). Nabi SAW lantas mengatakan pada Maimunah,
“Cuba engkau memberikan budak tersebut pada bibimu tentu lebih besar pahalanya.” (HR Bukhari, no. 2592 dan Muslim, no. 999)
3) Boleh menerima hadiah dari bukan muslim dan boleh juga memberi hadiah kepadanya.
Seorang Yahudi pernah memberikan pada Nabi SAW daging kambing, lantas Nabi SAW menerima dan menyantapnya.
Juga masih boleh berbuat baik dengan memberi hadiah pada bukan muslim sebagaimana kesimpulan dari ayat:
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Mumtahanah: 8-9)
Umar juga pernah memberikan hadiah berupa kain pada saudaranya yang musyrik di Makkah sebelum saudaranya masuk Islam.
Catatan:
Selama bukan muslim tersebut dengan hadiah tadi tidak menindas kaum muslimin, maka tidak masalah memberi hadiah padanya.
Termasuk juga tidak boleh menerima dan memberi hadiah pada bukan muslim terkait dengan hari raya atau ibadah mereka.
4) Ada hadiah yang tidak boleh ditolak yaitu minyak wangi, susu dan bantal.
Dari Ibnu ‘Umar RAma, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,
“Tiga hal yang tidak boleh ditolak; (1) bantal, (2) minyak rambut dan (3) susu.” (HR Tirmidzi, no. 2790. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)
Dari Anas RA, ia menyatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah menolak jika diberi hadiah minyak wangi. (HR Bukhari, no. 2582)
Dalam hadis juga disebutkan, “Siapa yang diberi hadiah minyak wangi, maka janganlah menolaknya kerana yang paling mudah untuk dibawa adalah bau yang wangi.” (HR Muslim, no. 2253, dari Abu Hurairah)
5) Sebaliknya hadiah yang mesti ditolak, di antaranya:
6) Ada hadiah yang dilarang untuk diberikan, iaitu:
Dalam kehidupan, kadangkala kita memberikan hadiah sebagai tips dan yang diberi menerimanya. Wang tips semacam ini terlarang jika memang yang diberi sudah diberi gaji dari tugasnya seperti pada pegawai negeri atau pejabat.
Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Az Zuhri, ia mendengar ‘Urwah telah mengabarkan kepada kami, Abu Humaid As Sa’idi mengatakan,
Pernah Nabi SAW mempekerjakan seseorang dari bani Asad yang namanya Ibnul Lutbiyyah untuk mengurus zakat. Orang itu datang sambil mengatakan, “Ini bagimu, dan ini hadiah bagiku.” Secara spontan Nabi SAW berdiri di atas mimbar -sedang Sufyan mengatakan dengan redaksi ‘naik mimbar’-, beliau memuja dan memuji Allah kemudian bersabda,
“Ada apa dengan seorang pengurus zakat yang kami utus, lalu ia datang dengan mengatakan, “Ini untukmu dan ini hadiah untukku!” Cubalah ia duduk saja di rumah ayahnya atau rumah ibunya, dan cermatilah, apakah ia menerima hadiah ataukah tidak? Demi zat yang jiwaku berada di tanganNya, tidaklah seseorang datang dengan mengambil hadiah seperti pekerja tadi melainkan ia akan datang dengannya pada hari kiamat, lalu dia akan memikul hadiah tadi di lehernya. Jika hadiah yang ia ambil adalah unta, maka akan keluar suara unta. Jika hadiah yang ia ambil adalah sapi betina, maka akan keluar suara sapi. Jika yang dipikulnya adalah kambing, maka akan keluar suara kambing.“
Kemudian beliau mengangkat kedua tangannya sehingga kami melihat putih kedua ketiaknya seraya mengatakan, “Ketahuilah, bukankah telah kusampaikan?” (beliau mengulang-ulanginya tiga kali). (HR Bukhari, no. 7174 dan Muslim, no. 1832)
Ada hadis pula dari Abu Humaid As Sa’idiy. Rasulullah SAW bersabda,
“Hadiah bagi pejabat (pekerja) adalah ghulul (khianat).” (HR Ahmad, 5: 424. Syaikh Al-Albani menshohihkan hadis ini sebagaimana disebutkan dalam Irwa’ul Gholil, no. 2622)
Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah mengatakan, “Adapun hadis Abu Humaid, maka di sana Nabi SAW menjelek-jelekkan Ibnul Lutbiyyah yang menerima hadiah yang dihadiahkan kepadanya. Padahal kala itu dia adalah seorang pekerja sahaja (ia pun sudah diberi jatah upah oleh atasannya, pen).” (Fath Al-Bari, 5: 221)
Perbezaan hadiah dan sedekah
Sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah berikut ini, “Sedekah itu dikeluarkan dalam rangka ibadah tanpa maksud diberikan kepada orang tertentu, dikeluarkan pada orang-orang yang memerlukan. Sedangkan hadiah itu dikeluarkan untuk memuliakan orang tertentu, boleh jadi maksudnya kerana cinta atau bentuk sedekah, atau boleh juga diserahkan pada orang yang memerlukan.” (Majmu’ah Al-Fatawa, 31: 269)
7) Hendaknya membalas hadiah. Kalau tidak mampu, maka hendaknya mendoakan orang yang memberi.
Dalam hadis disebutkan,
“Siapa yang memberikan kebaikan untuk kalian, maka balaslah. Jika engkau tidak mampu membalasnya, doakanlah ia sampai-sampai engkau yakin telah benar-benar membalasnya.” (HR Abu Daud no. 1672 dan An-Nasa’i no. 2568. hadis ini disohihkan oleh Ibnu Hibban, Al-Hakim dan disepakati oleh Adz Zahabi).
Dari Usamah bin Zaid, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang diberikan kebaikan, lalu ia katakan kepada orang yang memberikan kebaikan tersebut, “Jazakallahu khoiron (semoga Allah membalas dengan kebaikan)”, seperti itu sudah sangat baik dalam memuji.” (HR Tirmidzi, no. 2035 dan An-Nasa’i dalam Al-Kubro, no. 10008, juga dalam ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah, no. 180. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan).
Rujukan:
Al-Wajiz fi Fiqh As-Sunnah wa Al-Kitab Al-‘Aziz. Cetakan ketiga, tahun 1431 H. Syaikh Dr. ‘Abdul ‘Azhim Badawi. Penerbit Dar Ibnu Hazm.
Fiqh Al-Akhlaq wa Al-Mu’amalaat ‘ala Al-Mu’miniin, Cetakan Pertama, tahun 1418 H, Syaikh Musthofa Al-‘Adawi, Penerbit Dar Majid ‘Usairi.
Majmu’ah Al-Fatawa. Cetakan keempat, tahun 1432 H. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Penerbit Darul Wafa’ dan Dar Ibnu Hazm.
Maktabah Syamilah, kitab hadis dan referensi lain.
Terima kasih kepada sumber https://rumaysho.com/15422-21-faedah-tentang-hadiah.html
]]>
1) Terimalah hadiah dan berusahalah untuk membalasnya.
Aisyah RA menyatakan,“Rasulullah SAW biasa menerima hadiah dan biasa pula membalasnya.” (HR Bukhari, no. 2585)
2) Rasulullah SAW sendiri menerima hadiah, namun tidak menerima sedekah.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW ketika dihulurkan makanan, beliau bertanya dahulu apakah makanan tersebut berasal dari hadiah ataukah sedekah. Kalau itu sedekah, beliau berkata, “Kalian makan saja makanan tersebut.” Namun kalau makanan tersebut adalah hadiah, maka beliau menyantapnya. (HR Bukhari, no. 2576 dan Muslim, no. 1077)
Dari ‘Abdullah bin Busr RA, Rasulullah SAW bersabda, “Rasulullah SAW menerima hadiah dan tidak menerima sedekah.” (HR Ahmad, 4: 189, sanadnya hasan kata Syaikh Musthofa Al-‘Adawi dalam Fiqh Al-Akhlaq, hlm. 67)
3) Tetap memberi hadiah walau jumlahnya sedikit.
Cuba perhatikan apa yang Nabi SAW sebutkan kepada para wanita,
“Wahai para wanita muslimah, tetaplah memberi hadiah pada tetangga walau hanya kaki kambing yang diberi.” (HR Bukhari, no. 2566 dan Muslim, no. 1030)
Ini bermaksud bahawa tetaplah perhatikan tetangga dalam hadiah dengan sesuatu yang gampang bagi kita. Memberi sedikit tetap lebih baik daripada tidak sama sekali.
4) Rajin memberi hadiah akan menimbulkan rasa cinta.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.” (HR Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrod, no. 594. hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1601. Syaikh Musthofa Al-‘Adawi dalam catatan kaki Fiqh Al-Akhlaq menyatakan bahawa sanad hadisnya hasan dengan syawahidnya)
Juga ada hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Saling bersalamanlah (berjabat tanganlah) kalian, maka akan hilanglah kedengkian (dendam). Saling memberi hadiahlah kalian, maka kalian akan saling mencintai dan akan hilang kebencian.” (HR Malik dalam Al-Muwatha’, 2/ 908/ 16. Syaikh Al-Albani menukilkan pernyataan dari Ibnu ‘Abdil Barr bahawa hadis ini bersambung dari beberapa jalur yang berbeda, semuanya hasan)
5) Hendaknya hadiah itu diterima, jangan ditolak.
Dalam hadis ‘Abdullah bin Mas’ud RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
“Terimalah hadiah, janganlah menolaknya. Janganlah memukul kaum muslimin.” (HR Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrod, no. 157; Ahmad, 1: 404; Abu Ya’la, 9: 284, Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya, 6: 555. Syaikh Musthofa Al-‘Adawi mengatakan bahawa sanad hadis ini shahih dalam Fiqh Al-Akhlaq, hlm. 69. hadis ini juga dinyatakan shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’, no. 1616)
6) Hadiah yang sedikit tetap diterima sebagaimana jika diberi banyak.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Kalau aku diundang untuk menghadiri undangan yang di situ disajikan dziro’ (paha), aku hadir sebagaimana pula ketika disajikan kuro’ (kaki). Kalau aku diberi hadiah dziro’ (paha), aku terima sebagaimana ketika diberi hadiah kuro’ (kaki).” (HR Bukhari, no. 2568)
Dziro’ (paha) menandakan suatu yang mahal dan disukai. Kuro’ menandakan suatu yang remeh dan tidak punya nilai apa-apa. Demikian kata Syaikh Musthofa Al-‘Adawi dalam Fiqh Al-Akhlaq, hlm. 69.
7) Boleh saja hadiah itu ditolak atau dikembalikan.
Kalau ada yang diberi hadiah lantas ia mengembalikan hadiah tersebut hendaklah kita tidak bersedih dan menaruh uzur padanya selama alasan yang diutarakan pada kita benar-benar jelas.
Dari ‘Aisyah RA, bahawa Nabi SAW solat mengenakan pakaian yang bergaris-garis, lalu beliau memandang kepada garis-garisnya sepintas. Maka, tatkala beliau selesai dari solatnya, beliau bersabda,“Bawalah pakaianku ini kepada Abu Jahm dan bawalah untukku ambijaaniyahnya Abu Jahm, sesungguhnya pakaian ini telah melalaikan aku dari solatku.”
Dari Ash-Sha’b bin Juttsamah Al-Laitsi -ia termasuk sahabat Nabi SAW-, bahawa ia pernah memberi hadiah kepada Rasulullah SAW berupa keledai liar saat beliau berada di Abwa -atau di Waddan- dan beliau sedang ihram, maka beliau pun menolaknya. Sha’b berkata, “Tatkala beliau melihat perubahan raut wajahku kerana penolakannya terhadap hadiahku. Beliau bersabda,
“Kami tidak menolak (kerana ada sesuatu) atas dirimu, akan tetapi (kerana) kami sedang dalam keadaan ihram.” (HR Bukhari, no. 2596)
8) Boleh menyedekahkan sesuatu terus mewarisinya setelah itu.
‘Abdullah bin Buraidah dari ayahnya, ia berkata, “Seorang wanita datang kepada Nabi SAW lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku menyedekahkan seorang budak wanita kepada ibuku, dan ia (ibuku) telah wafat.’
Lalu beliau bersabda,
“Semoga Allah memberimu pahala dan Allah mengembalikan warisan kepadamu.” (HR Ahmad, 5: 349. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa sanad hadis ini shahih sesuai syarah Muslim)
9) Boleh menerima hadiah dari lawan jenis selama tidak menimbulkan godaan.
Dari Ibnu ‘Abbas RA, ia berkata, “Bibiku Ummu Hufaid pernah memberikan hadiah kepada Nabi SAW berupa mentega, keju dan daging dhabb (sejenis biawak). Beliau makan keju dan menteganya, dan beliau meninggalkan daging biawak kerana merasa jijik, kemudian makanan yang dihidangkan kepada Rasulullah SAW dimakan (oleh para shahabat). Jika (dhabb itu) haram, niscaya kami tidak akan makan hidangan Rasulullah SAW.” (HR Bukhari, no. 2575 dan Muslim, no. 1544)
10) Jangan sampai kita mengharap hadiah kita dikembalikan.
Kalau memang punya harapan semacam itu, baiknya tidak memberi hadiah sama sekali.
Dari Ibnu ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda,
“Orang yang meminta kembali hadiahnya seperti anjing muntah lalu menelan muntahannya sendiri.” (HR Bukhari, no. 2589 dan Muslim, no. 1622)
Namun seorang ayah masih boleh mengambil kembali apa yang ia beri pada anaknya.
Dari Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas RA, Nabi SAW bersabda,
“Tidak halal bagi seseorang memberikan suatu pemberian kemudian ia memintanya kembali kecuali ayah pada apa yang ia berikan kepada anaknya (maka boleh diminta kembali). Permisalan orang yang memberi hadiah lantas ia memintanya kembali seperti anjing yang makan, lalu ketika ia kenyang, ia muntahkan, kemudian ia menelan muntahannya.” (HR Abu Daud, no. 3539; Tirmidzi, no. 1299; An-Nasa’i, no. 3720; Ibnu Majah, no. 2377. hadis ini dishahihkan oleh Ibnul Jarud, 994; juga oleh Imam Al-Hakim, 2: 46, begitu pula disepakati oleh Imam Adz-Dzahabi)
Rujukan:
Al-Wajiz fi Fiqh As-Sunnah wa Al-Kitab Al-‘Aziz. Cetakan ketiga, tahun 1431 H. Syaikh Dr. ‘Abdul ‘Azhim Badawi. Penerbit Dar Ibnu Hazm.
Fiqh Al-Akhlaq wa Al-Mu’amalaat ‘ala Al-Mu’miniin, Cetakan Pertama, tahun 1418 H, Syaikh Musthofa Al-‘Adawi, Penerbit Dar Majid ‘Usairi.
Majmu’ah Al-Fatawa. Cetakan keempat, tahun 1432 H. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Penerbit Darul Wafa’ dan Dar Ibnu Hazm.
Maktabah Syamilah, kitab hadis dan referensi lain.
Terima kasih kepada sumber https://rumaysho.com/15422-21-faedah-tentang-hadiah.html
]]>Sebagai umat islam, semua kegiatan dan gerak-geri kita sehari-hari sudah diatur secara lengkap oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Mulai dari bangun tidur sampai tidur lagi. Bahkan untuk urusan jenazah pun sudah dijelaskan tata caranya.
Di dalam hadis yang sudah disebutkan diatas disebutkan bahawa ketika kalian memandikan jenazah dianjurkan untuk menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara. Di dalam daun bidara ada semacam kandungan alami untuk membersihkan kotoran.
Mungkin manfaat daun bidara untuk ruqyah adalah salah satu yang paling popular. Pada praktiknya. daun bidara digunakan dalam menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh jin dan sihir-sihir yang dikirimkan oleh para ahli sihir dan dukun.
Salah satu tabi’in yang ahli di dalam ilmu kedoktoran iaitu Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar daun bidara yang ditumbuk hingga halus. Kemudian daun bidara yang sudah halus tadi dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, Al-Kafirun dan Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas. (Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah dibacakan ayat-ayat tadi, air daun bidara tadi diminum dan air sisanya digunakan untuk mandi. In shaa allah penyakit-penyakit yang berasal dari gangguan jin dan sihir akan hilang.
Apabila ada orang yang terkena ujian gangguan jin dan sihir yang sudah teruk atau parah, hendaknya ia mengharap pahala atas musibah yang dialami seraya tetap terus berikhtiar dalam pengubatan.
Berikut ini adalah kaedah yang dijelaskan oleh salah seorang ulama Arab Saudi yang bernama Dr. Said bin Ali bin Wahf Al-Qahtani Rahimahullah dalam buku beliau yang berjudul Ad-Du’a wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqo Hal. 35.
Selain dari dari membantu menyingkirkan cas negatif seperti gangguan jin, sihir, ilmu hitam dan saka; mandian daun bidara juga dapat membantu menyingkirkan sifat-sifat negatif pada seseorang itu. Sifat-sifat negatif yang dimaksudkan adalah seperti panas baran, malas melampau, darah gemuruh, hilang semangat, stress, kemurungan dan sebagainya.
Masalah yang banyak terjadi di dalam masyarakat adalah rumah yang di dalamnya banyak kejadian-kejadian aneh hasil dari perbuatan atau gangguan jin. Cara yang paling efektif adalah membacakan surah Al-Baqoroh seluruhnya.
Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah RA: “Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaiton lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqoroh di dalamnya.” (HR Muslim 780, At-Tirmizi 2877)
Selain dibacakan surat Al-Baqoroh, anda boleh mengkombinasikan dengan campuran air dengan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah, ataupun dengan bacaan surat Al-Baqoroh tadi.
Air bidara tadi kemudian dipercikkan atau disemburkan ke sudut-sudut rumah dan di tempat-tempat yang di rasa banyak terjadi gangguan.
Haid adalah proses keluarnya darah kotor melalui vagina sebagai pusingan bulanan wanita remaja hingga sebelum masa menopause. Biasanya yang membuat orang terganggu adalah bau darah haid yang tidak enak. Anda boleh menggunakan campuran air daun bidara untuk mengatasinya.
Sebagaimana telah disebutkan dalam salah satu hadis, dijelaskan bahawasanya Rasulullah SAW memerintahkan untuk membersihkan kemaluan wanita setelah masa haid dengan daun tersebut.
Dalam hal haid, tidak semua wanita mempunyai pusingan yang normal. Ada sebahagian para wanita yang memiliki pusingan haid yang tidak teratur. Jika anda mengalami hal tersebut, anda bolehlah menggunakan daun bidara sebagai ubat herba yang diminum secara rutin. In shaa allah dengan rutin yang disertai dengan kesabaran, masalah haid anda akan dapat diselesaikan.
Memiliki wajah cantik, mulus dan bersih adalah dambaan setiap wanita. Memiliki wajah cantik tidaklah cukup kalau tidak sihat. Anda bolehlah menggunakan masker dari daun bidara untuk mendapatkan semua hal tersebut.
Kecantikan memang hasil pemberian Allah. Namun ketika kecantikan yang diberikan tidak dirawat dengan baik, sama halnya dengan kita kurang bersyukur atas apa yang telah diberikan.
Siapa yang tidak runsing ketika di wajah kita banyak muncul jerawat? Perlu diketahui, selain untuk kecantikan, daun bidara juga boleh digunakan untuk mengatasi jerawat.
Dengan daun bidara yang digunakan sebagai masker yang digunakan secara rutin, akan sangat efektif dan bermanfaat untuk mengatasi masalah jerawat.
Manfaat selanjutnya adalah daun ini boleh digunakan dalam penyembuhan luka. Mulai dari luka bakar, luka gores maupun luka-luka yang lainnya boleh kering dan sembuh dengan cepat kerana didalamnya terdapat suatu zat yang boleh membantu menghentikan pendarahan sehingga luka cepat sembuh.
Penyakit diabetes saat ini bagaikan berita yang menakutkan, kerana tidak hanya menyerang golongan tua namun juga boleh menyerang golongan muda juga tidak mengenal jantina. Bagi anda, keluarga anda, ataupun tetangga anda yang menderita diabetes, boleh mencuba ramuan daun bidara untuk membantu menurunkan kadar gula dalam darah.
Untuk hasil maksima, minumlah secara rutin dan tidak lupa berdoa kerana yang Maha Menyembuhkan adalah Allah.
Jika anak-anak anda atau bahkan anda mengalami demam, daun bidara juga boleh digunakan sebagai ubatnya, dengan kaedah mandian.
Penyakit tumor dan kanser adalah penyakit yang saling berhubungan. Ketika Tumor jinak yang tidak dirawat akan menjadi tumor ganas yang disebut sebagai kanser. Kedua penyakit ini juga menjadi salah satu penyebab banyaknya kematian manusia. Dengan mengkonsumsi daun bidara secara rutin dapat mencegah bahkan mengatasi tumbuhnya tumor dan sel-sel kanser dalam tubuh anda.
Perut merupakan salah satu bahagian penting dalam tubuh kita kerana berfungsi sebagai tempat penampungan dan pengolahan makanan sebelum dihantar ke usus. Ketika perut kita bermasalah, akan menimbulkan banyak penyakit yang membuat kerja pengolahan makanan terganggu. Seperti penyakit maag, pedih perut, bahkan kanser.
Dengan mengkonsumsi ramuan daun bidara secara rutin akan meminima penyakit yang mengganggu kerja perut.
Ejakulasi cepat merupakan penyakit yang paling menakutkan bagi para lelaki. Penyakit tersebut boleh menjadikan anda kemurungan kerana merasa hidup anda tidak berguna. Di luar sana, banyak ditawarkan ubat-ubatan untuk mengatasi ejakulasi cepat.
Jika anda tidak mahu mengkonsumsi ubat-ubatan kimia, tidak ada salahnya jika anda mencuba menggunakan ramuan herba daun bidara. Selain menggunakan daun bidara, anda juga dapat menggunakan daun kelor kerana salah satu manfaat daun kelor juga dapat mengatasi penyakit disfungsi ereksi.
Di era moden seperti sekarang ini, kemurungan menjadi hal yang sering dialami oleh seseorang kerana banyaknya tuntutan dalam kehidupan. Gejala kemurungan harus segera ditangani agar tidak menjadi penyebab penyakit lainnya, baik berupa psikologi maupun fizikal.
Anda boleh mencuba ramuan daun bidara sebagai mandian juga sebagai minuman, untuk mengatasi kemurungan. Di dalam daun tersebut mengandungi zat yang mampu membuat saraf anda berehat dan juga melancarkan aliran darah. Sehingga tubuh dan fikiran anda menjadi kembali tenang dan kemurungan anda akan beransur hilang.
Masalah rambut gugur adalah salah satu hal yang membuat rasa tidak senang dan juga akan mengurangkan rasa keyakinan diri. Masalah rambut gugur harus segera diatasi. Anda boleh menggunakan daun bidara untuk mengatasinya. Di salah satu hadis yang telah disebutkan di atas, disarankan oleh Rasulullah SAW untuk membasuh rambut sampai keakar-akarnya dengan campuran air dan daun bidara. In shaa Allah.
Selain digunakan untuk pengubatan, daun bidara juga dapat dijadikan sirap untuk minuman penyegar dan penghilang dahaga kerana sirap ini berasal dari tanaman herba, in sha allah baik diminum oleh semua orang.
Menurunnya selera makan akan menjadi masalah serius kerana boleh mendatangkan berbagai penyakit yang akan mengganggu kesihatan anda. Tidak hanya anak kecil, menurunnya nafsu makan juga boleh dialami oleh orang dewasa.
Anda boleh menggunakan daun bidara sebagai peningkat nafsu makan. Ketika ini banyak dijual kapsul dan pil yang berasal dari ekstrak daun bidara. Anda boleh menggunakannya sebagai pengganti daun bidara segar.
Manfaat yang terakhir adalah boleh digunakan sebagai makanan tambahan haiwan ternak seperti kambing, lembu dan kerbau, kerana di dalam daun tersebut banyak kandungan vitamin dan mineral yang baik, yang sangat bagus dan bermanfaat untuk kesihatan ternakan anda.
Rujukan
https://lintar.net/manfaat-daun-bidara/#Dalil_Al_Quran_Tentang_Daun_bidara
https://lamosea.com/manfaat-daun-bidara/#Pohon_bidara_disebut_dalam_Al-Quran
https://www.melur.com/kelebihan-daun-bidara-dalam-islam/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_bidara
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/12/khasiat-bidara.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Ziziphus_spina-christi
https://en.wikipedia.org/wiki/Levant
]]>
Dalam wilayah Levant, seratus tahun yang lalu, ia dipanggil sidr (dikaitkan dengan pokok-pokok dari Al-Quran) dan lazimnya terdapat di Lembah Jordan dan sekitar Baitulmuqaddis. Ziziphus yang tertua terletak di selatan Baitulmuqaddis, di Ein Hatzeva, Israel. Dianggarkan berusia kira-kira 2000 tahun.
Beberapa jenis pokok dipanggil bidara dalam masyarakat kita. Antara jenis pokok yang panggil bidara ialah:
Bidara sidr yang disebutkan didalam sunnah ialah bidara yang berduri. Ia dikenali dengan nama bidara Duri, bidara Kampung atau bidara Arab. Nama saintifik bidara sidr ialah Ziziphus spina-christi.
DALIL DARI AL-QURAN TENTANG POHON BIDARA
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri.” (Al-Waqiah: 27-28)
Secara ringkas, golongan kanan adalah golongan yang akan masuk syurga. Kemudian nantinya di dalam syurga mereka para golongan kanan berada di antara pohon bidara yang tidak berduri. Para ulama tafsir menjelaskan bahawa pohon bidara tersebut adalah pohon bidara yang telah dipotong durinya.
Di dalam ayat 16 surat Saba’ menyimpulkan bahwa pohon bidara yang sedikit jumlahnya (sidrin qolil). Kemudian dalil dalam surat Al-Waqiah ayat 28 menjelaskan tentang pohon bidara yang tak berduri (sidr makhdud).
“Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan kedua kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon sidr (bidara).” (Saba’: 16)
Selanjutnya dalil dalam surat An-Najm ayat 13-16 menyebutkan bahwa pohon bidara sebagai perbatasan akhir (sidratul muntaha). Dimana “sidratul muntaha” semasa itu dihuni berbagai macam makhluk ghaib.
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi.”(An-Najm: 13)
“Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa.” (An-Najm: 15)
“(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.”(An-Najm: 16)
Ulama’ Ahli Tafsir yaitu Ibnu Kathir pernah membahas tentang tafsir dalam surah Al-Baqoroh ayat 102, di mana ayat ini bercerita tentang fitnah syaiton kepada Nabi Sulaiman. Untuk mengilangkan sihir-sihir tersebut Ibnu Kathir memberi anjuran untuk menumbuk 7 helai daun bidara; lalu dicampurkan dengan air dan membacakan ayat-ayat Al-Quran.
DALIL DARI HADIS TENTANG DAUN BIDARA
Sebagaimana tumbuh tumbuhan lain yang disebut dalam Al-Quran pastinya bidara mempunyai keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri. Tambahan lagi ia disebut sebagai salah satu daripada pohon di dalam syurga.
Daun bidara digunakan untuk memandikan jenazah. Jenazah dimandikan sebanyak 3 kali dan mandian yang pertama menggunakan air yang diramas dengan daun bidara di dalamnya.
Hadis dari Ibnu Abbas RA tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, Nabi SAW bersabda: “Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafanilah dengan dua baju.” (HR Bukhari-Muslim)
Hadis dari Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi SAW meninggal, beliau bersabda: “Mandikanlah dengan menyiramkan air yang dicampur dengan daun bidara tiga kali, lima kali atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kapur barus (wewangian).” (HR Bukhari no. 1253 dan Muslim no. 939)
Dari Qois bin ‘Ashim RA, “Sesungguhnya beliau masuk Islam, kemudian Nabi SAW memerintahkannya untuk mandi dengan air dan daun bidara.” (HR An-Nasai no. 188, At Tirmizi no. 605, Ahmad 5/61. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini sohih.)
Hadis lain yang menjelaskan tentang penggunaan daun bidara adalah hadis ‘Aisyah bahwasanya Asma` binti Syakal bertanya kepada Nabi SAW tentang mandi haid, maka Nabi SAW menjawab: “Hendaklah salah seorang di antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiram kepalanya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian Asma` bertanya lagi: “Bagaimana saya bersuci dengannya?”. Nabi menjawab : “Subhanallah, bersuci dengannya”. Kata ‘Aisyah: “Seakan-akan Asma` tidak paham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan).” (HR Muslim)
Rujukan
https://lintar.net/manfaat-daun-bidara/#Dalil_Al_Quran_Tentang_Daun_bidara
https://lamosea.com/manfaat-daun-bidara/#Pohon_bidara_disebut_dalam_Al-Quran
https://www.melur.com/kelebihan-daun-bidara-dalam-islam/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_bidara
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/12/khasiat-bidara.html
https://en.wikipedia.org/wiki/Ziziphus_spina-christi
https://en.wikipedia.org/wiki/Levant
]]>
.
Gangguan Jin boleh berpunca dari 4 sumber berikut: Sihir, Saka, Lintasan atau 'Ain (pandangan mata yang hasad atau taksub) ATAU percampuran antaranya.
Ada banyak jenis spesies Jin yang tidak diketahui jumlahnya. Seseorang itu berkemungkinan diganggu oleh seekor Jin atau lebih dari seekor. Pesakit yang mengalami gangguan Jin secara umumnya berada dalam keadaan emosi dan pemikiran yang tidak stabil (tidak normal).
Gangguan Jin berkemungkinan boleh berlaku di dalam badan (jin bergerak dalam saluran darah) ATAU jin berada di luar badan Pesakit; ATAU kedua-duanya sekali.
Jika ANDA berupaya merawat diri sendiri, maka berikut dikongsikan beberapa CARA ASAS dalam merawat diri sendiri:
CARA PERTAMA
Dengarilah audio bacaan Ruqyah Syar'iyah setiap hari pada waktu-waktu berikut: Waktu Tengahari, Waktu Asar, sebelum dan selepas Waktu Maghrib dan ketika hendak tidur malam.
Elakkan mendengar sewaktu memandu kerana boleh membawa kepada kemalangan jika Pesakit kesurupan, mengantuk dan sebagainya.
CARA KEDUA
Buatlah Air Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah. Sediakan sebaldi air yang bersih.
Bacalah ayat-ayat berikut, dengan terang dan tartil; dalam keadaan menutup aurat dan mengadap Kiblat. Pembacaan perlulah dilakukan di luar Bilik Mandi. Lebih afdhol jika dalam keadaan berwudhuk.
Bacalah Surah Al-Fatihah, Ayat Kursy, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, Selawat Nabi 10 kali dan Doa (apa sahaja yang baik).
Seterusnya dihembus ke dalam baldi, arah lawan jam sebanyak 7 pusingan, dengan 1 nafas. Gunakan air ini sebagai mandian. Mandilah dahulu dengan air biasa sebelum mandi dengan air mandian ini. Ulangi mandian sebanyak 3 kali dalam masa 3 hari berturut-turut. Terbaik, mandi selepas masuknya Waktu Asar. Namun, waktu lain pun boleh. Tiada masalah.
NOTA 1: Daun bidara juga sangat dibenci oleh Jin. Campurkan dan ramas 7 helai daun bidara ke dalam air mandian ini. Anda juga boleh menggunakan Pati Daun Bidara sekiranya ada.
NOTA 2: Garam Kasar atau Garam Bukit juga boleh digunakan sebagai mandian. Masukkan dan kacau, segenggam garam dalam air mandian ini.
CARA KETIGA
Elakkan dari makan semua jenis limau, makanan yang berbisa, berangin, tajam, berkolestrol tinggi, bercuka, yang telah diperam, masam dan masin - sehingga Pesakit telah benar-benar sembuh.
Makanan Berbisa adalah seperti durian, nenas, pulut, cendawan, rebung, ais dan air bergas.
Makanan Berangin adalah seperti jantung pisang, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk betik, keladi, sukun, nangka, cempedak, serai, petai, jering dan durian.
Makanan Tajam adalah seperti ikan yang bersengat dan berduri (pari, cencaru, keli, sembilang, siakap, kerapu, ikan duri), udang, ketam, pucuk paku, rebung, belimbing dan sodium bicarbonate (baking soda).
CARA KEEMPAT
Elakkan dari pergi ke tempat-tempat seperti pasar basah, pasar malam, kompleks membeli-belah, kawasan air terjun, hutan, perkuburan dan lain-lain; yang membawa kepada risiko gangguan Jin yang lebih teruk.
Juga, elakkan dari berada di luar rumah, ketika Waktu Tengahari, Waktu Maghrib dan Waktu Malam.
CARA KELIMA
Pastikan pakaian dan kediaman sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering dan bebas dari habuk dan kekotoran yang membawa Tenaga Jahat.
CARA KEENAM
Jagalah amal ibadat seperti Solat Lima Waktu dan kerapkan membaca Al-Quran seperti Surah Yaasin, Surah Al-Waqi'ah, Surah-surah Lazim dan sebagainya lagi, sekiranya anda berkemampuan untuk membaca Al-Quran.
CARA KETUJUH
Banyakkan juga berwirid, berzikir, berselawat, berdoa dan bersedekah. Sesungguhnya, sedekah itu lebih tajam dari doa. Juga, mohonlah kemaafan dan maafkanlah orang lain.
PERHATIANArtikel tulisan:
]]>
Syukur alhamdulillah anda diberikan kesihatan yang baik dan sempurna. Syukur alhamdulillah anda dapat terus bernafas dan menikmati setiap detik dan ketika; juga kebahagiaan dalam kehidupan ini. Kehidupan di muka bumi Allah.
Namun, penyakit tidak mengenal masa dan ketika. Allah itu Maha Kaya dan Maha Pengasih dan Maha Penghapus segala dosa. Orang yang sakit tidak pernah meminta dirinya untuk sakit. Orang yang sakit, tidak pernah berharap pun dirinya untuk menghidapi apa jua kesakitan dan kesesengsaraan.
Bagi mereka yang sihat dan masih menikmati kehidupan, ketahuilah bahawasanya anda juga boleh 'diserang' apa jua Penyakit. Penyakit 'menyerang' tidak mengenal usia, jantina dan profesion. Samada anda hebat, anda gagah, anda cantik, anda cerdik atau anda bodoh; Penyakit mampu untuk menundukkan anda. Tidakkah kita tahu bahawasanya semua Penyakit itu datangnya dari Allah SWT?
Mencemuh dan menghina para Perawat Islam yang berdakwah dan berjihad di jalan Allah, bukanlah perkara yang boleh dianggap jenaka. Memandang serong kepada golongan Perawat Islam adalah perkara lumrah di dalam masyarakat. Mungkin kerana wujudnya Perawat Yang Menyeleweng dari Aqidah (Perawat Mungkar), maka mereka yang benar-benar ikhlas dan berkemampuan merawat juga dianggap sesat. Na'uzubillahi min zalik.
Ketahuilah bahawa di dalam setiap profession, pekerjaan dan seluruh lapisan sosio-ekonomi masyarakat; sudah pastinya ada mereka yang jahat, mungkar juga munafik. Ada yang betul, ada yang menyamar dan ada yang 'buat-buat pandai'. Ini adalah lumrah kehidupan; fitrah ciptaan Allah SWT menjadikan manusia. Di dalam situasi dan kehidupan yang semakin mencabar dan terdesak hari ini (2017); manusia sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang.
Wang dan kemewahan menjadi sandaran kepada kejayaan seseorang manusia itu. Mereka yang ada banyak wang dan harta kemewahan dianggap berjaya, manakala yang tidak mempunyai wang yang banyak dianggap gagal dan dipandang hina. Majoriti manusia berlumba-lumba mengejar kesenangan dan kemewahan hidup; baik orang Islam mahupun orang bukan Islam (Kafir). Persoalannya, mengapa orang Islam mahu hidup seperti orang Kafir? Bersifat dan bersikap seperti orang Kafir? Adakah ajaran Islam telah gagal untuk sampai kepada golongan sebegini?
Kehidupan adalah satu ibadah. Setiap detik dan nafas kita (bagi yang mengetahui) adalah kerana Allah SWT semata-mata. Setiap usaha dan titik-peluh kita dalam mencari nafkah dan kesenangan adalah ibadah (selagi berpegang kepada ajaran Islam). Mengapa perlu hidup mencontohi cara orang Kafir? Namun perlu diingatkan bahawa bukan semua orang Kafir itu jahat.
Dalam Islam mengajarkan bahawa ada beberapa golongan orang Kafir. Ada yang boleh kita bunuh dan ada yang wajib kita berbuat baik kepadanya.
Islam adalah ajaran yang hebat, sempurna dan penuh dengan keagungan. Hidup sebagai orang Islam, perlu memilih jalan untuk menjadi orang yang beriman (Mukmin). Menjadi orang beriman akan ada keberkatan, rohmat dan nikmat yang tidak terhingga; samada di dunia mahupun di akhirat. Itu adalah janji Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta. Bukan janji makhluk seperti kita ini.
Maka, pilihlah jalan yang lebih hebat dan sempurna iaitu menjadi Orang Islam Yang Beriman (Mukmin). Kerana hanya Mukmin sahajalah yang akan mendapat nikmat yang terbaik dari Allah SWT. Sekadar ada tercatat sebagai "Islam" di dalam Kad Pengenalan sahaja, masih belum mencukupi. Maka kerugianlah kepada mereka yang memilih cara hidup, cara berfikir dan cara bekerja sebagaimana orang-orang Kafir. Perlu belajar dan terus belajar menjadi orang beriman. Ilmu Allah itu sangat luas dan tiada penghujungnya sebagaimana sifat Allah SWT itu sendiri. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penerima Taubat. Pintu Taubat jaraknya adalah seluas langit dan bumi.
Kesimpulannya, janganlah kita memandang rendah, jangan memandang serong, jangan mencemuh dan suka menghina orang lain; kerana kuasa Allah SWT itu Maha Hebat dan Maha Menurunkan Bala dan Musibah. Hari ini kita sihat waalfiat; esok lusa belum tahu lagi. Apa jua musibah dan keburukkan boleh berlaku; samada kepada kita dan orang-orang yang kita sayangi di sekeliling kita. Ketahuilah bahawasanya bukan semua Penyakit boleh diubati dengan kaedah Rawatan Moden (Allopathy). Terdapat ribuan kes yang tidak dapat dikesan dan tiada penyelesaian melalui kaedah Rawatan Moden (Hospital dan Klinik). Hanya yang ada; Al-Quran jualah yang menjadi Rohmat dan Penawar bagi orang-orang yang beriman.
Inilah pengalaman saya dalam bidang Perubatan Holistik Islamiah. Bukan Sekadar Ruqyah! Wallahua'lam.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Untuk menjadi seorang Perawat Islam yang berjihad di jalan Allah, minat sahaja belum mencukupi. Perlu ada ilmu yang mencukupi dari guru-guru dikalangan manusia, yakni jangan sesekali berguru dengan mimpi, buku-buku dan pembacaan di dalam internet semata-mata. Perlu mendalami bidang Perubatan Islam dari skop yang luas serta memahami intipati Islam itu sendiri, diperingkat tempatan serta secara global. Perlu belajar mengenal Allah SWT; dan mengenal DIRI sendiri.
Kita sangat dianjurkan untuk menghormati guru, walau guru itu bukan Islam. Namun, janganlah kita sesekali bersifat taksub kepada seseorang guru itu. Setiap makhluk ini ada kelemahannya. Tidak ada kesempurnaan pada makhluk. Maha Sempurna hanya Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta bagi segala-galanya di langit dan di bumi.
Menjadi Perawat Islam, bukan satu pekerjaan yang glamour; bukan boleh jadi 'ikut-ikutan'; tetapi adalah satu tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, mengikut Syariat Islam, sejajar dengan martabat keagungan Islam. Menjadi Perawat adalah tugas yang sangat berat dan sangat berisiko tinggi. Berhadapan dengan manusia yang zalim (yang mengamalkan ilmu hitam/sihir), jin, syaiton dan iblis ini bukan perkara yang mudah. Perawat sentiasa terdedah dengan segala ancaman; secara zahir dan batin; termasuk orang-orang yang berada di sekeliling Perawat. Tidak ada manusia yang kebal. Rasulullullah SAW, para Sahabat serta para alim ulamak juga tidak kebal.
Untuk menjadi seorang Perawat Islam, perlu ada ilmu pengetahuan dunia dan akhirat yang mencukupi, cinta dan keyakinan kepada Allah SWT, cinta kepada Rasulullah SAW, keyakinan kepada diri sendiri, pengalaman, keberanian, kesabaran, kecekalan, kebijaksanaan, merendah diri serta hati yang bersih; juga kesihatan tubuh badan yang baik; terutamanya dalam melawan tipu daya syaiton, jin dan iblis; yang sentiasa mahu merosakkan dan mengganggu-gugat anak cucu Nabi Adam AS sehingga ke hari Kiamat.
"Dan sesiapa yang BERTAQWA KEPADA ALLAH, nescaya akan dijadikan baginya JALAN KELUAR. Serta memberinya REZEKI dari JALAN YANG TIDAK TERLINTAS hatinya. Dan, sesiapa BERSERAH DIRI BULAT-BULAT kepada Allah, maka ALLAH CUKUPKAN BAGINYA. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. ALLAH TELAHPUN MENENTUKAN KADAR DAN MASA bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq: 2-3)
“PATUTKAH MANUSIA MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan Demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), NYATA APA YANG DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)
“ADAKAH PATUT KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA, PADAHAL BELUM SAMPAI KEPADA KAMU (UJIAN DAN CUBAAN) SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU? MEREKA TELAH DITIMPA KEPAPAAN (KEMUSNAHAN HARTABENDA) DAN SERANGAN PENYAKIT, SERTA DIGONCANGKAN (OLEH ANCAMAN BAHAYA MUSUH), SEHINGGA BERKATALAH RASUL DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG ADA BERSAMANYA: BILAKAH (DATANGNYA) PERTOLONGAN ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT (ASALKAN KAMU BERSABAR DAN BERPEGANG TEGUH KEPADA AGAMA ALLAH)”. (Al-Baqoroh: 214)
“Sesungguhnya BERJAYALAH ORANG YANG BERUSAHA MEMBERSIHKAN DIRINYA (DENGAN TAAT DAN AMAL YANG SOLEH). DAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATINYA AKAN NAMA TUHANNYA SERTA MENGERJAKAN SOLAT (DENGAN KHUSYUK) (TETAPI KEBANYAKKAN KAMU TIDAK MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) BAHKAN KAMU UTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA. PADAHAL KEHIDUPAN AKHIRAT LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL.” (Al-A’la: 14-17)
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Ini adalah tanggapan yang juga cetek akan pemikirannya. Bukan semua asap itu ada kaitan dengan jin. Bukan semua yang berwarna kuning itu ada kaitan dengan jin.
Memang benar, jin sukakan kepada asap sebagai zat makanannya. Namun bukan semua asap itu ada kaitan dengan jin.
Jika setiap asap itu disukai jin, maka banyaklah manusia yang dirasuk jin di PUSPAKOM yang menjalankan ujian asap kenderaan awam. Mungkin, ramai juga yang tersampok dengan jin ketika berada di Stesen Bas yang sudah tentu banyak dengan bas dan teksi yang mengeluarkan asap. Begitu juga dikilang-kilang yang mengeluarkan asap dari proses pembuatan, pemprosesan dan sebagainya; maka sudah pastinya saban hari ramai pekerja yang mengalami gangguan jin dan jatuh sakit dengan teruk sekali; sekiranya asap didakwa kononnya akan mendatangkan jin. Bagaimana dengan semburan asap bagi membasmi nyamuk Aedes? Maka, banyaklah jin yang datang bersama asap ke kawasan rumah penduduk.
Inilah antara pemikiran yang sangat cetek lagi jahil; yang berkisar di kalangan ummat Islam di Malaysia.
Begitu dengan warna kuning, yang didakwa kononnya adalah warna kesukaan jin. Cahaya matahari juga berwarna kuning, yang memancar ke seluruh alam. Terdapat banyak bas ekspres dan teksi berwarna kuning. Adakah kesemuanya disukai dan dimonopoli oleh jin? Warna apakah gambaran pakaian makhluk halus (jin) yang digambarkan atau pernah dilihat oleh manusia? Adakah semuanya berwarna kuning? Balairong Istana Negara juga berwarna kuning, yang sering digunakan dalam upacara adat istiadat penganugerahan pingat, persidangan, pertabalan dan kemangkatan. Begitu juga di istana-istana bagi para Sultan di Tanah Melayu, yang majoritinya dihiasi indah dengan kain berwarna kuning. Adakah kesemuanya dihuni dan berkisar dengan jin?
Sebenarnya, yang berkaitan dengan asap dan yang berwarna kuning itu belum tentu ada kaitannyadengan jin. Tidak ada fakta bahawa jin menyukai warna kuning semata-mata. Dalam kebanyakan gambaran mengenai hantu atau makhluk halus yang terlihat, samada ianya berpakaian putih, hitam dan juga hijau. Maka, mengapa warna kuning dikaitkan dengan jin?
Yang jahatnya adalah tukang sihir, para bomoh, dukun, pawang dan segala pengamal ilmu hitam. Kekufuran dan kesesatan adalah pada iktiqad, niat dan perbuatan mereka. Asap kemenyan sangat popular digunakan sebagai salah satu elemen terpenting dalam pengamalan ilmu hitam mereka; kerana harganya yang murah, senang diperolehi, berbau wangi dan mudah mengeluarkan asap. Kemenyan itu tidak haram dan tidak bersalah.
Begitu juga, kain berwarna kuning adalah lebih nampak 'glamour' dari kain warna lain, yang sering dijadikan sebahagian dari pemakaian dan peralatan yang digunakan mereka.
NASIHAT: Janganlah sesekali kita terus mempercayai fitnah dan menyokong ketandusan ilmu serta menjatuhkan hukuman ke atas asap dan warna kuning yang didakwa kononnya berkaitan dengan jin. Asap yang terlampau banyak memang tidak baik untuk kesihatan. Namun, asap dan warna kuning tidak bersalah apa-apa. Jangan begitu sibuk mencemuh: asap sahaja, ada jin; kuning sahaja, ada jin.
Jin datang bukan kerana warna, bukan kerana asap. Yang disukai oleh kebanyakan jin kafir, adalah kerosakan aqidah dan kemusnahan iman seseorang itu. Perbuatan jahat, kemungkaran, kezaliman dan menyekutukan Allah SWT adalah penyebab kepada kehadiran dan pendampingan jin; dan sesekali bukan kerana asap dan warna kuning. Wallahua'lam.
8) Rawatan Jarak Jauh yang mengikut Syariat
Sekiranya kita yakin kepada kekuasaan Allah SWT yang tidak ada batasannya, tidak ada had sempadannya; maka tidak ada masalah bagi kita mempercayai Rawatan Jarak Jauh; dengan syarat ianya dilakukan melalui Solat Hajat dan Doa. Sekiranya ada bacaan Ruqyah Syar'iyah dan Zikirullah, maka adalah lebih baik lagi.
Tidak ada yang pelik dan anehnya di dalam melaksanakan Solat Hajat bagi memohon sesuatu kebaikan dari Allah SWT. Sesiapa sahaja orang Islam sangat digalakkan untuk mengerjakan Solat Hajat bagi memohon keredhoan dan pertolongan segera dari Allah SWT. Solat Hajat adalah sebagai salah satu ikhtiar kita di dalam mencari kesembuhan atau penyelesaian masalah. Perlu diingati bahawa Allah SWT jua Maha Penyembuh dan tidak ada hak bagi sesiapa jua dalam menentukan kesembuhan; dalam apa jua jenis perubatan.
Yang sering menjadi tanda tanya ialah, bolehkah kita menyuruh orang lain melakukannya bagi pihak kita?
Ada perbuatan ibadah yang lain seperti mengerjakan ibadah haji (badal haji), aqiqah, korban, tahlil, bacaan doa dan kenduri; yang boleh diserahkan kepada orang Islam lain melaksanakannya bagi mewakili diri seseorang individu lain. Perkara ini tidak menjadi kesalahan di dalam Islam.
Maka, adalah tiada menjadi kesalahan dan hukumnya harus jika kita menyuruh orang lain yang lebih mahir dan khusus di dalam bidang Perubatan Al-Quran, bagi melaksanakan Solat Hajat dan bacaan Doa bagi pihak kita (atau orang lain). Walau bagaimanapun, sebagai Pesakit atau waris Pesakit, adalah sangat diseru untuk kita melakukannya sendiri kerana itu adalah yang terbaik di sisi Allah SWT.
Ada kos dan pertimbangan upah yang perlu kita tanggung di dalam menyuruh apa jua tugas dan tanggungjawab kepada orang lain. Mungkin ada insan yang sanggup melakukan suruhan kita tanpa sebarang upah, tetapi kemungkinan sebegini amatlah tipis. Ini adalah fitrah dan kebiasaan di dalam kehidupan manusia yang semakin mencabar dan kompleks pada hari ini. Ketahuilah bahawa naskhah Al-Quran juga ada nilai harga yang berbeza-beza mengikut kualiti saiz, kertas, dakwat, percetakan, rekabentuk, pembungkusan dan sebagainya. Kos pembinaan masjid juga berbeza mengikut harga tanah, bahan pembinaan, saiz, rekabentuk, kepakaran, tenaga kerja dan sebagainya lagi. Maka adalah harus dalam membayar sesuatu harga dengan nilai wang ringgit walaupun ianya berkaitan amal ibadat.
Solat dan membaca Al-Quran serta berdoa itu tidak ada kosnya; tetapi Perawat yang melaksanakannya perlu terus hidup dan menyara keluarga dan kehidupan; termasuklah untuk menanggung segala kos di dalam pengurusan dan operasinya. Maka, janganlah kita memandang rendah kepada keperluan terhadap sumbangan kita kepada kesinambungan dan pembangunan aktiviti-aktiviti berkaitan ibadah. Wallahua'lam.
Apa yang sangat penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan aktiviti Rawatan Jarak Jauh yang dilakukan oleh para bomoh, dukun dan pawang; yang berdampingan dengan jin. Bukan setakat perlu membayar dengan sejumlah upah, malah sebagai Penempah; kita juga terlibat sama dengan perbuatan menyekutukan Allah SWT (syirik) dan kemungkaran. Na'uzubillahi min zaalik.
“Sesungguhnya ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya; dan SESIAPA YANG MEMPERSEKUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU, maka sesungguhnya dia telah SESAT DENGAN KESESATAN YANG AMAT JAUH.” (An-Nisa: 116)
9) Tanggapan Perubatan Islam itu bertaraf murahan adalah salah.
Islam bukan sekadar agama dan kepercayaan. Islam adalah cara kehidupan yang lengkap meliputi minda, tubuh badan, roh, hati dan jiwa. Islam adalah fitrah kehidupan setiap insan.
Islam itu penuh dengan kesucian, keagungan dan kedaulatan. Islam adalah kualiti dan keunggulan di dunia dan akhirat. Islam itu sama sekali bukan kemiskinan dan kehinaan. Islam bukan lambat, bukan perlahan, bukan bersikap sekadar cukup syarat.
Kehidupan yang penuh dengan peperangan, kemelaratan, kemiskinan dan kesusahan adalah ujian bagi ummat Islam. Dunia ini dicipta untuk orang-orang kafir menikmati kesenangan dan kenikmatan, bergantung kepada hasil usaha mereka. Balasan baik untuk orang-orang kafir semuanya sangat mudah untuk mereka perolehi, berbanding dengan orang-orang Islam.
Bagi orang-orang Islam, dunia dicipta sebagai tempat untuk mengambil ujian bagi mencapai matlamat kehidupan yang sebenar di akhirat kelak. Namun, setiap orang Islam adalah wajib untuk memakmurkan bumi Allah. Mencari kesenangan dan kekayaan adalah satu kewajipan. Berusaha mencari rezeki yang halal, di samping berusaha mencari keredhoan Allah SWT; adalah satu keperluan yang tidak boleh dipinggirkan.
Dari Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya APABILA ORANG-ORANG KAFIR MENGERJAKAN KEBAJIKAN DI DUNIA DIA DIBERI UPAH DENGAN AMALNYA ITU BERUPA REZEKI DI DUNIA. Sedangkan ORANG-ORANG MUKMIN, PAHALA KEBAJIKANNYA DISIMPAN ALLAH TAALA UNTUKNYA DI AKHIRAT KELAK SERTA DIBERINYA REZEKI DI DUNIA BERHUBUNG DENGAN TAATNYA.” (HR Muslim)
Tanggapan bahawa para ahli ibadah, Ulama', Imam, Bilal, Ustaz dan Perawat; tidak layak untuk hidup senang; adalah satu kehinaan yang dipraktikkan oleh majoriti masyarakat Islam. Perkara ini adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sangat mementingkan kemakmuran dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Perkara-perkara yang berkaitan sumbangan kepada Masjid dan Surau, kepada pembangunan ekonomi ummat Islam, kepada hal-hal berkaitan kesejahteraan hidup para ahli ibadah, Ulama', Imam, Bilal, Ustaz dan Perawat; kita ambil sikap sambil lewa. Bukan menjadi urusan kita. Kita menganggap hal-hal yang berkaitan Islam adalah sepatutnya percuma atau kadar harga yang paling murah dan rendah. Kita meletakkan Islam pada kualiti yang sangat rendah.
Walhal, kita sanggup membayar beribu-ribu ringgit setahun untuk mendapatkan hiburan di televisyen, melanggan internet, membeli telefon bimbit, berkereta terbaik, melancong, mendapatkan pendidikan sekular, barangan kesihatan, berfesyen, bertudung, berjubah, berhari raya, menjamu selera dan sebagainya lagi. Kita sanggup membayar harga yang mahal kepada orang-orang kafir, tetapi murah kepada orang-orang Islam. Kita sanggup membayar harga yang mahal demi keseronokan dan hawa nafsu, tetapi murah kepada orang-orang yang berdakwah dan berjihad di jalan Allah.
Maka, jangan hairanlah sekiranya hidup kita tidak mendapat ketenangan, rezeki yang diperolehi sentiasa tidak cukup, hutang tidak pernah selesai, penyakit gangguan jin tidak sembuh-sembuh atau berbagai jenis lagi kesusahan yang bersilih ganti.
Janganlah kita menganggap tugas merawat Pesakit dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa mustajab itu; satu tugas yang bertaraf rendah dan murahan. Janganlah kita menghina para Perawat yang memperjuangkan Perubatan Islam itu dengan mengharap kepada perubatan secara percuma semata-mata. Janganlah kita merendahkan martabat para ahli ibadah, Ulama', Imam, Bilal, Ustaz dan Perawat dengan membayar dengan kadar yang boleh dilipat-lipat dalam sebelah tangan sahaja. Janganlah menjadi orang Islam yang mengaku Islam tetapi bersifat kedekut lagi bakhil kepada pembangunan Islam.
“Adapun orang yang MEMBERIKAN (hartanya di jalan Allah) dan BERTAQWA, serta MEMBENARKAN ADANYA PAHALA YANG TERBAIK (SYURGA), maka kami kelak akan MENYIAPKAN BAGINYA JALAN YANG MUDAH. Dan adanya orang-orang yang BAKHIL dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang SUKAR” (Al-Lail: 5-10)
Sekiranya Pesakit tidak berkemampuan dari segi kewangan, adalah satu perkara yang berbeza. Memberikan rawatan dengan diskaun atau secara percuma adalah sangat dituntut dalam Islam. Namun, Pesakit juga perlu bersifat amanah dan tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan dan toleransi Perawat berkenaan. Wallahua'lam.
Sekiranya rawatan, perkhidmatan dan pra-sarana yang diberikan adalah berkualiti dan memuaskan, maka tidak salahnya sebagai orang Islam yang beriman; kita menyumbangkan bayaran yang setimpal dengan kualiti yang diberikan itu dengan niat untuk bantu-membantu. Doa adalah senjata mukmin, tetapi sedekah itu adalah lebih tajam dari doa. In shaa Allah.
]]>Di dalam masyarakat; unsur ghoib (yang kononnya memiliki kuasa hebat tersendiri) seperti jin, mambang, roh, semangat, panglima, puteri, orang bunian, wali, sheikh, keturunan dan sebagainya; adalah sangat sinonim dengan perihal perubatan tradisional semua bangsa dan agama.
Manusia adalah sebaik-baik kejadian dan merupakan makhluk yang paling mulia disisi Allah SWT. Tidak perlu; malahan adalah hukumnya haram lagi mungkar dalam mencari kesembuhan atau kesenangan dunia melalui makhluk lain (yang pastinya penyamaran oleh Syaiton); walaupun yang mengaku sebagai beragama Islam.
"Katakanlah: Sekali-kali TIDAK AKAN MENIMPA KAMI MELAINKAN APA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH bagi kami. DIALAH PELINDUNG kami, dan HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAKAL." (At-Tauba: 51)
5) Perubatan Islam itu bukan setakat Ruqyah Syar'iyah sahaja.
Perlu diketahui bahawa Ruqyah Syar'iyah itu adalah salah satu cabang dalam Perubatan Islam. Islam tidak pernah melarang apa jua Kaedah Perubatan, selagi tidak bertentangan dengan Syariat Islam.
Asal usul Perubatan Moden yang ada di Klinik dan Hospital hari ini juga adalah berasal dari idea dan kebijaksanaan para Ilmuan Islam; sebagaimana dalam alatan pembedahan, anatomi, bius, ubat-ubatan dan sebagainya lagi; termasuklah institusi hospital dan profession kedoktoran (tabib) itu sendiri.
Adapun Kaedah Perubatan Alternatif seperti Bekam, Akupuntur, Sauna, Terapi Aroma, Terapi Warna, Terapi Aliran Elektrik, Urutan, Refleksologi, Aura, Tenaga dan banyak lagi; adalah menjadi harus kepada orang Islam di dalam berikhtiar mencari kesembuhan Penyakit dan Masalah; selagi berlandaskan Syariat Islam serta tidak bercanggah dengan Aqidah.
Membaca Ayatul Quran itu adalah satu keperluan bagi orang Islam yang beriman, sebelum memakan sebarang ubat atau memulakan sebarang rawatan. Setidak-tidaknya dengan membaca kalimah 'Bismillahi rohman nirrohim'. Al-Quran adalah salah satu dari Rukun Iman dan perlu sentiasa dijunjung serta perlu berada terdahulu dari perkara-perkara yang lain. Al-Quran adalah keperluan kepada orang-orang yang beriman; dan BUKAN PERUBATAN ALTERNATIF. Al-Quran bukan hanya dicari dan didengari pada waktu sakit semata-mata. Al-Quran perlu dibaca; atau sekurang-kurangnya didengari setiap hari. Al-Quran adalah MUKJIZAT terbesar bagi Nabi Muhammad SAW (yang ditinggalkan pada umat Baginda yang dikasihi) dan adalah KATA-KATA ALLAH SWT.
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” (Al-Isro’: 82)
“Katakanlah: AL-QUR’AN itu ialah PETUNJUK DAN PENAWAR.” (Al-Fussilat: 44)
Maka, ingatlah bahawa AL-QURAN BUKAN PERUBATAN ALTERNATIF. Al-Quran adalah keperluan bagi orang-orang-orang yang beriman; setiap masa dan ketika. Al-Quran itu sangat hebat dan tidak ternilai akan kehebatannya. Al-Quran adalah cahaya; adalah rohmat sekelian alam.
Perubatan Islam perlu dilihat dari skop yang luas dan dinamik, iaitu berevolusi seiring dengan tamadun manusia. Membaca Ayatul Quran adalah satu kemestian di dalam mencari kesembuhan; seiring dengan segala ibadah yang lain seperti Solat Wajib dan Solat Sunat, bersedekah, berbuat kebaikan dan sebagainya. Namun, janganlah sesekali mencetekkan ajaran Islam dengan hanya menganggap Perubatan Islam hanya dengan membaca Ayatul Quran. Astaghfirullahal 'azim.
Perubatan Islam itu sangat luas dan mencakupi apa jua yang terkandung di antara langit dan bumi; dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua; Tuhan Yang Maha Bijaksana. Namun, yang dikatakan menjadi perubatan itu, perlulah berpandukan kepada Hukum Syari'e pada setiap masa dan bukannya di atas pertimbangan akal yang ketandusan ilmu pengetahuan.
Sabda Rasulullah SAW: "ALLAH menurunkan PENYAKIT dan menurunkan pula UBATNYA, DIKETAHUI OLEH YANG MENGETAHUI DAN TIDAK AKAN DIKETAHUI OLEH ORANG YANG TIDAK MENGERTI" (HR Al-Bukhori dan Muslim)
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi SAW sabdanya: “TIAP-TIAP PENYAKIT ITU (ADA) UBATNYA. Apabila MENEPATI UBAT TERHADAP PENYAKIT TERSEBUT, MAKA SEMBUHLAH dengan IZIN ALLAH” (HR Muslim dan Ahmad)
6) Bolehkah Perawat Islam melihat rupa jin? Berapa jumlah jin?
Perlu kita akui bahawa ilmu dari Allah SWT itu sangat luas. Melihat sesuatu makhluk yang diluar kemampuan mata kasar manusia, bukanlah sesuatu yang aneh sebenarnya. Sebagaimana manusia dapat melihat rupa bakteria, virus dan malahan segala sel serta genetik yang hidup dan juga tidak hidup, sinar ultraviolet, sinar gamma, bintang, galaksi dan segalanya yang tersangat halus dan tersangat jauh; dengan peralatan berteknologi tinggi masa kini; yakni dengan mempelajari dan mempraktikkan ILMU pengetahuan yang betul, maka tidaklah menjadi perkara mustahil kepada manusia.
Ada pendapat yang mengatakan bahawasanya, setiap orang yang dapat melihat jin itu sebenarnya berdampingan atau dirasuk dengan jin! Pendapat ini adalah sangat cetek. Memang benar, dalam kebanyakan kes yang berkaitan dengan gangguan jin, seseorang Pesakit yang dirasuki oleh jin; memang mampu untuk melihat makhluk jin yang berada di dimensi/alam yang lain.
Tetapi, perkara itu tidak sentiasa berlaku. Orang yang dirasuk jin juga boleh tidak nampak jin; atau kadangkala hanya melihat perkara-perkara yang tidak berkaitan jin seperti roh orang yang telah meninggal, sesuatu kejadian, suasana, tempat, kisah lampau dan sebagainya.
Sebenarnya, secara lebih tepat (bagi orang yang berilmu pengetahuan), melihat jin ini boleh dipelajari. Tetapi definisi 'melihat' ini adalah dari 'mata hati'; bukannya dari 'mata kasar'. Sebagaimana contoh, seorang anggota polis yang dapat mengecam seorang penjahat seperti pencuri motosikal; dari raut air mukanya sahaja. Ini bukanlah perkara yang sukar bagi seorang anggota polis; yang berpengalaman luas. Walau bagaimanapun, hal ini perlulah ada undang-undang dan tatacaranya yang perlu dipatuhi sebelum dijatuhkan hukuman.
Maka, tidak mustahil seseorang Perawat Islam juga dapat menilai dan 'nampak dengan mata hati' (melalui amalan Zikirullah yang membersihkan hati dan keizinan Allah SWT) jin yang mendampingi atau merasuk seseorang Pesakit itu. Kemampuan untuk melihat jin ini adalah perkara yang sensitif di dalam Perubatan Islam, namun ianya bukanlah perkara yang mustahil bagi Perawat yang berpengalaman luas serta bersumberkan dari aliran ilmu tahap tinggi. Wallahua'lam.
Sekiranya seseorang itu mempelajari ilmu, kaedah serta teknik yang betul mengenai lapisan alam/dimensi yang ada di sekeliling kita ini, dengan fokus penyatuan minda dan hati serta cara pengawalan yang efektif; maka sudah pasti hal melihat jin ini bukanlah perkara yang pelik dan aneh.
Diriwayatkan Rasulullah SAW juga pernah melihat jin Ifrit yang sedang mengejar Baginda. Kemudian, turun Malaikat Jibril dan telah mengajar Baginda sepotong doa bagi melawan jin itu. Rasulullah SAW juga diriwayatkan pernah berbai'ah dengan sekumpulan jin, yang dikatakan telah memeluk agama Islam. Banyak juga kisah para sahabat yang berkaitan dengan melihat jin. Antaranya adalah sahabat yang bernama Khurafah, yang telah berada di dalam mahkamah jin (spesies bunian) setelah membunuh seekor ular.
Rasulullah SAW dan para sahabat berkenaan, tidak pernah mempelajari ilmu untuk melihat jin. Namun, ini membuktikan bahawa seseorang manusia yang tidak dirasuki atau berdampingan dengan jin; untuk melihat jin adalah tidak mustahil. Ilmu yang tidak pernah dipelajari oleh Rasulullah SAW, tidak bermakna kita dilarang untuk mempelajarinya. Setiap ilmu adalah darI Allah SWT jua dan kita wajib mempelajarinya demi kemaslahatan ummat Islam. Allah SWT mengurniakankan kita ujian dengan ilmu yang kita perolehi; samada memilih jalan ke syurga atau ke neraka. Na'uzubillahi min zaalik.
Maka, kesimpulannya; seseorang yang dirasuki jin boleh melihat jin (tidak semestinya); tetapi orang yang boleh melihat jin, tidak semestinya dirasuki atau berdampingan dengan jin. Melihat jin boleh dipelajari (namun tidak mudah), dengan izin Allah SWT jua.
Berkaitan dengan jumlah jin pula, sebenarnya adalah amat sukar untuk dipastikan secara tepat. Ada dakwaan yang mengatakan sejumlah 144 ekor jin bersama Pesakit, adalah dakwaan yang sukar diterima. Dakwaan samada jin itu 'banyak' atau 'sedikit", masih boleh diterima. Namun, sekiranya dinyatakan akan jumlahnya secara angka, adalah mustahil. Namun, boleh berlaku; secara kadangkala jumlah angkanya dapat dikira oleh orang yang 'nampak'; tetapi bukanlah setiap masa.
]]>1) Jaminan Kesembuhan Hanya Hakmilik Mutlak Allah SWT
Iktiqad, Niat dan Perbuatan kita di dalam proses perubatan adalah semata-mata sebagai IKHTIAR untuk mencari kesembuhan. Tidak ada jaminan bahawa sesuatu penyakit pasti sembuh sepenuhnya melalui sesuatu jenis perubatan; samada melalui Perubatan Moden (Allopathy), Perubatan Alternatif, Ruqyah Syar'iyah (jampi yang mengikut hukum Syari'e) atau sebagainya.
Antara Ubat dan Penyakit, perlu ada keserasiannya. Ada beribu jenis ubat-ubatan yang telah dikenalpasti dapat mengubati bemacam jenis penyakit; dari penyakit ringan hinggalah yang berat. Setiap kemujaraban sesuatu perubatan adalah dengan izin dan kuasa Allah SWT jua. Sekiranya bertepatan perubatan yang dijalankan ke atas sesuatu penyakit, maka kesembuhan mungkin dicapai; tetapi masih bukan satu jaminan mutlak antara sesuatu jenis perubatan dengan pencapaian kesembuhan.
Sebagai orang Islam yang beriman; perlu menyakini bahawa kemujaraban sesuatu perubatan atau rawatan bagi sesuatu Penyakit (atau penyelesaian Masalah) adalah tertakluk sepenuhnya kepada hubungan makhluk dengan Maha Pencipta, Allah SWT.
Dalam konteks Perubatan Ruqyah Syar'iyah; sejauhmana hubungan dan keikhlasan seseorang itu; yakni Pesakit dan Perawat; dengan Allah SWT. Adakah dia seorang yang dikasihi Allah SWT? Adakah perbuatannya diredhoi Allah SWT? Adakah doanya mudah dikabulkan Allah SWT? Ini adalah perkara yang sangat penting di dalam mencari kesembuhan. Sesungguhnya, hanya Allah SWT Maha Penurun Penyakit; juga Maha Penyembuh.
Bukan setakat seseorang itu bergelar 'Ustaz', atau berjubah dan berserban; belum tentu terjamin di dalam mencapai kemujaraban perubatan dan rawatan. Seseorang Perawat yang mengaku dengan angkuh bahawa dirinya benar-benar berlandaskan Syariat Islam di dalam merawat Pesakit; atau malahan mencemuh Perawat Islam yang lain yang kononnya tidak berlandaskan Syariat Islam; adalah antara contoh tipikal gejala hasutan Syaiton ke atas mereka yang mahu mendekati Allah SWT. Na'uzubillahi min zalik.
Untuk menjadi Perawat Islam yang diredhoi Allah SWT (juga termasuk Pesakit), perlulah berpegang kepada Iman, Taqwa, Ilmu dan Amal (yang wajib dan sunat) yang jelas serta Istiqhomah (berterusan); sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Perawat perlu sentiasa bersyukur. Perlu sentiasa tunduk dan merendah diri. Tidak bermegah dan tidak berbangga diri dengan ilmu perubatan yang dimiliki. Bercakap besar, bermegah, angkuh, riak dan takbur adalah tanda-tanda awal seseorang itu bersekongkol dengan Syaiton. Maka, jauhilah diri kita dari Perawat yang bersifat sebegini.
“Bertanyalah kepada mereka: SIAPAKAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU dari langit dan bumi? Atau SIAPAKAH YANG MENGUASAI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan SIAPAKAH PULA YANG MENTADBIRKAN URUSAN SEKALIAN ALAM? Maka mereka tetap akan menjawab dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MAHU BERTAKWA?” (Yunus: 31)
“Dengan itu ALLAH MENUNJUKKAN JALAN-JALAN KESELAMATAN SERTA KESEJAHTERAAN kepada SESIAPA YANG MENGIKUT KEREDHOANNYA dan Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita kepada CAHAYA YANG TERANG-BENDERANG, dengan izinNya dan Tuhan menunjukkan mereka ke JALAN YANG LURUS.” (Al-Maeda: 16)
2) Yang Luarbiasa Itu Belum Tentu Diredhoi Allah SWT
Dalam mencari kesembuhan, faktor keluarbiasaan (supernatural) itu tidak boleh kita jadikan sebagai sandaran di dalam memilih jenis perubatan atau Perawat yang akan mengubati kita. Jangan sesekali bersifat taksub kepada seseorang Perawat itu yang kononnya mampu memulihkan sesuatu Penyakit yang berat itu dengan cepat dan secara perubatan yang ringkas.
“Sesungguhnya kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali TIDAK ADA PELINDUNG DAN PENOLONG BAGIMU SELAIN ALLAH.” (At-Tauba: 116)
Memang ada, di atas kehendak dan izin Allah SWT; keajaiban mungkin boleh berlaku. Sekiranya seseorang itu adalah seorang yang diredhoi Allah SWT, mengapa tidak. Kuasa Allah tidak mungkin terbatas kerana Allah SWT itu Maha Menjadikan apa jua, secara kebiasaan atau secara luarbiasa. Tetapi perlu diingatkan bahawa perkara ajaib yang dapat berulang-ulang kali dilakukan, boleh membawa kepada kemungkinan besar berlakunya ISTIDRAJ; yakni perkara yang bertentangan dengan adat kebiasaan (khoriqul adat / memecah adat) yang diizinkan Allah SWT untuk berlaku demi menambahkan lagi kesesatan dan kekufuran seseorang itu.
Sebagai contoh; seorang Perawat yang boleh mengubati penyakit jantung dengan memegang dada Pesakit dan serta-merta pesakit menjadi sihat dan boleh melakukan apa yang tidak mampu dilakukannya sebelum perubatan dilaksanakan. Juga contoh lain, seperti Perawat yang boleh membelah perut pesakit tanpa dirasakan kesakitan oleh pesakit; dan berbagai lagi contoh perkara-perkara pelik, aneh dan ajaib yang berlaku secara berulang-ulangan.
Adakah Perawat berkenaan memiliki kelebihan karomah sebagaimana golongan para wali Allah yang sangat tinggi akan tahap ilmu, iman dan amal ibadatnya? Mustahil Perawat adalah Nabi atau Rasul yang memiliki mukjizat. Nabi dan Rasul terakhir hanya Nabi Muhammad SAW.
Inilah perkara-perkara yang perlu kita selidiki sekiranya kita ingin berikhtiar mencari kesembuhan dengan Perawat yang dikatakan hebat dan luarbiasa akan kepakarannya. Apa yang ditakuti Perawat berkenaan berkemungkinan berdampingan dengan Jin dan Syaiton, yang telah memperdayakannya; secara disedari atau tidak disedari. Ini bukan bermaksud tuduhan, tetapi sebagai panduan kepada Pesakit di dalam membezakan antara yang hak dan bathil.
Maka, sebagai Pesakit, sudah pasti juga sudah terlibat dengan perbuatan syirik (menyekutukan Allah) dan kesesatan. Walau sembuh sekalipun (kebanyakannya sembuh sementara sahaja); diri kita dan kehidupan kita pastinya tidak mendapat keredhoan, rohmat dan barokah Allah SWT. Na'uzubillahi min zaalik.
Sebagai contoh; pasangan dan anak cucu kita mengalami penyakit aneh yang sukar untuk diubati, jiwa dan kehidupan tiada mendapat ketenangan, sering ditimpa kesusahan dan kemalangan, rezeki sempit dan sebagainya; adalah antara kemungkinan yang sering berlaku sekiranya kehidupan kita tiada mendapat keredhoan, rohmat dan barokah Allah SWT. Wallahua'lam.
3) Teknik Perubatan yang dijalankan mestilah tidak menggunakan bahan/medium yang bersifat haram, mungkar atau khurafat (karut).
Bahan/medium berikut adalah ditegah sepenuhnya dalam Perubatan Islam seperti: tangkal, azimat, rajah, darah, tanah kubur, kain kapan yang telah terpakai, air mandian mayat, najis haiwan, bangkai, sembelihan atau segala jenis batu, kayu, besi, buluh, rotan; atau barang yang dibuat dari emas, perak, tembaga, besi dan sebagainya; atau mengadakan ancak, jamuan, persalinan, mentera atau sebagainya; atau dikaitkan dengan resam haiwan seperti buaya, harimau, singa, beruang, burung helang dan sebagainya - yang semuanya sering dikaitkan dengan kemujaraban rawatan atau kesembuhan sesuatu Penyakit itu.
Rasulullah SAW telah bersabda (yang bermaksud): “Bahawasanya ALLAH TELAH MENURUNKAN PENYAKIT DAN UBAT dan dijadikan kepada SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA, berubatlah tetapi JANGAN BERUBAT DENGAN BENDA-BENDA YANG HARAM”. (HR Abu Daud)
Perlu juga diketahui bahawa ada penggunaan bahan/medium yang boleh menjadi ikhtiar di dalam proses perubatan; yang boleh menjadi setakat hukumnya HARUS dengan syarat dilakukan oleh orang yang mempelajarinya dengan TEKNIK yang BETUL dan TERBUKTI seperti: air, ais, garam, kain kapas, limau nipis, daun bidara, daun sireh, segala jenis bungaan, tumbuhan dan herba, madu, buah delima, minyak zaitun dan banyak lagi; yang tidak diharamkan dalam Islam.
Sebagai contoh; sebagaimana sebilah pisau. Pisau adalah perkara yang menjadi HARUS lagi HALAL jika digunakan untuk tujuan kebaikan seperti memotong bahan untuk masakan untuk manusia. Pisau juga boleh menjadi keperluan dalam mengerjakan IBADAH seperti Korban, Aqiqah, Kenduri dan sebagainya.
Namun, pisau juga boleh menjadi perkara HARAM lagi MUNGKAR sekiranya digunakan untuk tujuan kejahatan seperti membunuh orang yang tidak bersalah atau sebarang kejahatan lain seperti kezaliman dan penganiayaan.
Maka, dengan kebijaksanaan perlu dilihat akan cara penggunaan sesuatu benda/medium itu; bukan secara terus menjatuhkan hukum tanpa ilmu yang mencukupi. Wallahu'alam.
“Nabi Musa menjawab: TUHAN KAMI ialah yang telah MEMBERIKAN KEPADA TIAP-TIAP SESUATU: KEJADIAN SEMULAJADINYA YANG SESUAI DENGANNYA, kemudian DIA MEMBERI PETUNJUK kepadanya akan CARA MENGGUNAKANNYA.” (Toha: 50)
“Dan TIADALAH KAMI MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADA DI ANTARA KEDUANYA sebagai ciptaan yang tidak mengandungi HIKMAH DAN KEADILAN...” (Sad: 27)
Dari perspektif Islam, segala ibadah adalah dianggap praktikal dan sangat dituntut ke atas setiap orang Islam; berdasarkan rukun-rukun dan hukum-hukum yang telah digariskan. Setiap ibadah yang dilakukan (dengan Iktiqad, Niat dan Perbuatan yang betul) sudah pastinya ada ganjaran dari Allah SWT, dengan keizinan dan kehendak Allah SWT.
Pada hakikatnya, apa jua jenis ibadah tidaklah boleh dijual-beli dengan apa jua cara sekalipun. Adalah terbaik dan lebih afdhol sekiranya Pesakit atau waris Pesakit sendiri yang dapat melakukan Solat Hajat, berzikir dan berdoa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan secara istiqhomah (berterusan).
Namun, sebagai hamba Allah yang sentiasa serba kekurangan dari segala sudut, kadangkala kita perlu mendapatkan bantuan dari orang lain yang lebih berkeupayaan, mahir dan mengetahui selok belok tentang sesuatu perkara itu. Terdapat beberapa ibadah lain seperti ibadah korban, aqiqah serta umrah dan haji (untuk orang yang sedang uzur atau telah kembali ke rohmatullah) yang boleh kita wakilkan kepada orang yang lebih arif daripada kita; yang dalam kebanyakan kes bukanlah secara percuma (perlu ada bayarannya).
Kita juga mungkin menjemput Imam dan Qoriah Masjid atau Surau untuk mengadakan Solat Hajat, Tahlil, Doa Arwah atau Doa Selamat di rumah kita. Perbelanjaan dan segala kos harus kita tanggung dan menyerahkannya kepada pihak berkenaan bagi melaksanakan ibadah-badah tersebut. Mengapa tidak kita melakukannya sendiri?
Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi haram, fantasi atau penipuan; sekiranya dilakukan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan situasi terdesak orang lain (Penempah / Pesakit). Maka, perlulah kita berhati-hati sebelum kita menempah dan melaksanakan transaksi bayaran bagi apa-apa Rawatan Jarak Jauh. Sebaik-baiknya, terlebih dahulu hendaklah dibuat pengkajian dan pencarian maklumat yang sohih tentang Pusat Rawatan / Perubatan Islam berkenaan.
Kesimpulan
Maka, adalah tidak menjadi kesalahan atau keraguan di dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh melalui Solat Hajat, Wirid, Zikirullah, Asma'ul Husna, Ruqyah Syar'iyah dan Doa-doa Mustajab kerana semuanya adalah menjadi ibadah dalam mencari keredhaan dan memohon pertolongan Allah SWT dalam menyembuhkan Penyakit atau menyelesaikan masalah - selagi segala iqtiqad, niat dan perbuatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. In shaa Allah.
Firman Allah SWT (yang bermaksud):
"Katakanlah: Sekali-kali TIDAK AKAN MENIMPA kami melainkan apa yang telah DITETAPKAN OLEH ALLAH bagi kami. DIALAH PELINDUNG KAMI, dan HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAKAL." (At-Tauba: 51)
Apa yang penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi Perawat Islam atau yang tersesat tanpa disedari; yang menggunakan khidmat jin (yang memang boleh melakukan perkara-perkara yang pelik, ajaib dan mustahil pada pandangan manusia).
Penggunaan khadam jin, mentera, sihir serta yang berkaitan dengannya adalah HARAM kerana ianya adalah perkara SYIRIK dan KHURAFAT dan sudah tentu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, kesusahan dan penderitaan samada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali. Nau’zubillahi min zalik.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™