Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in):

  1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  4. Bau nafas yang terlalu busuk
  5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  6. Bayi kerap menangis
  7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasabah
  9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
  10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
  12. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
  13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
  14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  16. Darah haid turun lebih dari 1hari
  17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
  18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
  20. Kaki atau tangan berasa berat
  21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
  22. Kemurungan yang berpanjangan
  23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  24. Kerap keguguran
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  27. Kuat berangan  / berkhayal / hilang daya tumpuan
  28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  31. Marah secara keterlaluan / panas baran
  32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
  33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
  34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
  35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
  36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  37. Mimpi makan 
  38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  39. Mimpi apa jua yang menakutkan
  40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
  42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
  44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal 
  48. Sakit bebola mata
  49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  50. Sakit jiwa / mental / gila
  51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
  53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
  57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  63. Suka bangun tidur selepas tengahari
  64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  66. Suka berbuat maksiat
  67. Suka melihat diri di dalam cermin
  68. Suka menggulung rambut dengan jari
  69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
  70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
  71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
  72. Suka tidur pada siang hari
  73. Sukar mendapat jodoh
  74. Sukar mendapat zuriat
  75. Sukar tidur malam
  76. Tanda lebam pada anggota badan
  77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
  78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
  82. Terasa terkena renjisan air
  83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat

dan sebagainya lagi...

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan sukar untuk disembuhkan. Wallahua'lam.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

 

41 komen

  • Saya selalu sakit belakang tengkuk,kerap sakit kepala,,rasa ad jrbenda yg x kena,.dok rumah lama² rasa panas je..selalu seminggu sekali keluar ambik angin kampung..skrng rasa malas sangat nk keluar.

    Noreha
  • Saya ada ciri² diatas,no 7,51,56,61,76

    Noreha
  • Saya sering mendiam diri ketika menonton tv badan terase goyang-goyang dan bila buat kerje macam ade sesuatu Bergerak Di dalam kaki dan day tangan ,23,79,57,36,55

    Mohamad azwan bin mohd razaly
  • Saya dan suami mengalami gerak di bawah kulit. Sudah hampir 2 tahun mendapatkan rawatan cara perubatan islam, alhamdulillah semakin barkurangan tetapi belu hilang 100% lagi. Saya sendiri sudah semakin hilang nafsu bila bersama suami. Agak mendadak sejak 3 tahun kebelakangan ini.

    SITI ZURAIDAH BINTI ZUBIR
  • SALAM UST. RUMAH SAYA TV TERTUTUP SENDIRI DAN SEKURANG-KURANGNYA 60 PERKARA DI ATAS ADA DI RUMAH SAYA

    AFIQ

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.