Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A'in):

  1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
  2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
  3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
  4. Bau nafas yang terlalu busuk
  5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
  6. Bayi kerap menangis
  7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
  8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab  munasabah
  9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
  10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
  11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
  12. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
  13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
  14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
  15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
  16. Darah haid turun lebih dari 1hari
  17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
  18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
  20. Kaki atau tangan berasa berat
  21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
  22. Kemurungan yang berpanjangan
  23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
  24. Kerap keguguran
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
  26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
  27. Kuat berangan  / berkhayal / hilang daya tumpuan
  28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
  29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
  30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
  31. Marah secara keterlaluan / panas baran
  32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
  33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
  34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
  35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
  36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
  37. Mimpi makan 
  38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
  39. Mimpi apa jua yang menakutkan
  40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
  41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
  42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
  43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
  44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
  45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
  46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
  47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal 
  48. Sakit bebola mata
  49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
  50. Sakit jiwa / mental / gila
  51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
  52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
  53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
  54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
  56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
  57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
  58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
  59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
  60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
  61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
  62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
  63. Suka bangun tidur selepas tengahari
  64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
  65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
  66. Suka berbuat maksiat
  67. Suka melihat diri di dalam cermin
  68. Suka menggulung rambut dengan jari
  69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
  70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
  71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
  72. Suka tidur pada siang hari
  73. Sukar mendapat jodoh
  74. Sukar mendapat zuriat
  75. Sukar tidur malam
  76. Tanda lebam pada anggota badan
  77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
  78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
  79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
  80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
  81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
  82. Terasa terkena renjisan air
  83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat

dan sebagainya lagi...

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan sukar untuk disembuhkan. Wallahua'lam.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

 

41 komen

  • Saudari Sharifah Norazlin, berkaitan dengan masalah Puan ini, ada banyak kemungkinannya. Boleh jadi disebabkan stress di tempat kerja atau mungkin ada mata jahat yang irihati/dendam dengan Puan; atau boleh jadi juga mungkin ada barang sihir seperti minyak, tangkal, abu mayat, duit syiling dan sebagainya lagi yang digunakan bagi menyebabkan seseorang itu jatuh sakit. Wallahua’lam. Kaunseling dan analisis lanjut perlu dilakukan. In shaa Allah.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • Saya nak tanya jikalau sering demam panas apabila bekerja dan sakit " badan. Tetapi jika saya mengambil cuti, badan saya terus sihat. Ada sebab tertentu atau sekadar demam biasa kerana ini adalah pertama kali dalam hidup saya. Terima kasih.

    Sharifah norazlin binti syed fadillah
  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-6925 5942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • Assalamualaikum ustaz ,,, sy suzilah,,sy berumur 20 thun,,, sy ingin brtnya ,,, sjak smngu kebelkngan ini sy mengalami sakit waktu malam,,sakit ni sya perasan prtma kli kunang" msuk dlam bilik bila ia hilang sy mula rasa sakit dada hingga ke belkang seperti d hempap batu,, bila masuk maghrib saya akn rasa seperti sy sakit demam,,, sya akn sesak nafas ,,, sendi" badan saya sakit,,,tetapi berlku hnya waktu malam,,, siang hari sya seperti biasa tidk ad apa yg brlku,,bila waktu malam sy hnya dpt berbaring satu posisi jika bergerak atau terllu brcakap saya akn rasa sakit sangat,,saya bermmpi haiwan buas ,,,selera makan sya hilang ,, saya selli lesu ,,saya belum berkahwin lagi ,, saya perempuan,,, saya ingin tahu saya sakit apa,,,

    Suzilah bte ismail

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.