Rawatan dan Terapi Al-Quran (Bahagian 2)

Dalam fitrah alam (secara saintifik), kedua-dua cas negatif (elektron) dan cas positif (proton) ini perlu berada dalam JUMLAH yang SAMA BANYAK, barulah sesuatu atom itu berada dalam keadaan STABIL. Atom negatif adalah atom yang mengandungi cas negatif yang lebih banyak dari cas positif. Atom positif pula adalah atom yang cas negatifnya kurang dari cas positif.

Dalam praktis Penyembuhan Tenaga (Energy Healing), cas negatif yang jahat DAN cas negatif yang berlebihan akan disingkirkan dari tubuh badan hingga menjadikan sesuatu atom itu bersifat atom neutral (stabil). Gabungan jutaan atom akan membentuk sel. Sel yang sihat adalah sel yang mempunyai jumlah atom positif dan atom negatif yang sama banyak.

Inilah yang dikatakan sebagai sains metafizik dalam Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dijalankan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Berdasarkan pengalaman sebenar kami, Penyembuhan Tenaga telah dapat merawat dan membantu ribuan manusia (islam dan bukan islam) di dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat, tenang dan sempurna. In shaa Allah.

Maka itu, Rawatan dan Terapi Al-Quran sangat diperlukan oleh mereka yang sihat kerana dapat mencegah pembentukan sel-sel penyakit dan sifat-sifat negatif. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Walau bagaimanapun, Allah Maha Pengasih. Sesiapa pun tidak terkecuali dari menerima ujian penyakit dariNya. Sebagai hambaNya yang beriman, seharusnya kita sentiasa berikhtiar dengan jalan yang diredhoiNya, dan tidak melalui jalan yang mungkar lagi dilaknati.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

 

2 komen

  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • Assalamualaikum ustaz , saya nak tanya , bolehkah orang yang sudah mempunyai ketumbuhan di otak membuat rawatan di sini ?

    Najwa

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.