Cara Paling Ringkas Membuat Air Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah
1. Sediakan Air Terapi Mandian (air pili/kolah) dalam baldi yang bersih. Menutup aurat dan mengadap kiblat. Membaca surah-surah berikut (di luar bilik mandi). Lebih afdhol sekiranya dalam keadaan berwudhuk:
- Surah Al-Fatihah
- Ayat Kursy
- Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
- Selawat Nabi 10 kali
- Doa (apa sahaja yang baik)
- Dihembus ke dalam baldi arah lawan jam sebanyak 7 pusingan, 1 nafas.
2. Mandi air biasa dahulu. Di akhir mandian, barulah mandi dengan Air Terapi Mandian di atas.
3. Buat Terapi Mandian selepas masuknya waktu Asar selama 3 hari berturut-turut. Pastikan mandi sebelum masuknya waktu Maghrib.
Hubungi kami segera sekiranya anda memerlukan rawatan yang lebih intensif. In shaa Allah.
Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
Kaedah rawatan yang sangat mudah dilakukan .Menggunakan bahan suci dan praktikal insya Allah akan memperolehi kesembuhan yang sempurna daripada Allah SWT.