20 Punca-Punca Utama Cas Negatif (Tenaga) Jahat Berdasarkan Metafizik Islamiah

Nota: Panduan adalah secara umum sahaja. Lain orang mungkin lain puncanya.

  1. Jin, Syaiton dan Iblis.
  2. Manusia yang berakhlak rendah, riak, takbur, berdendam, melakukan khianat, zalim, makan riba, makan harta anak yatim, mencuri, menderhaka, tidak solat, suka melakukan maksiat dan sebagainya lagi.
  3. Manusia yang mengamalkan sihir, ilmu hitam, berlaku syirik dan sebagainya.
  4. Segala jenis manusia yang tidak takut kepada Allah SWT dan tidak mahu tunduk bersujud kepadaNya.
  5. Habuk, tong sampah dan tandas.
  6. Bilik yang berkelembapan tinggi atau yang terlampau kering atau terlampau panas.
  7. Tempat berjudi, tempat maksiat, tempat makanan haram, pub, disko dan sebagainya.
  8. Tanah perkuburan, rumah mayat, rumah pembakaran dan sebagainya.
  9. Kuil, tokong, berhala dan tempat pemujaan.
  10. Pasar basah yang kotor.
  11. Rumah penyembelihan atau tempat penyembelihan.
  12. Kedai-kedai yang mengamalkan ilmu pelaris bersumberkan sihir, ilmu hitam, ajaran sesat dan sebagainya.
  13. Rumah atau kedai yang menyimpan tangkal, azimat, wafak atau pendinding dari ajaran sesat lagi syirik.
  14. Laut, sungai, kolam, tasik, lombong, lembah, paya dan pantai yang berkemungkinan tempat tinggal jin (bukan semua).
  15. Hutan, gua, lubang tanah, busut dan pokok besar yang berkemungkinan tempat tinggal jin (bukan semua).
  16. Waktu matahari tegak di atas kepala, waktu Maghrib, waktu tengah malam.
  17. Rumah, pejabat, kedai dan bangunan yang terbiar kosong terlalu lama (bertahun).
  18. Makanan yang haram atau tidak bersih.
  19. Rumah, pejabat atau kedai yang menyimpan barang-barang haram (patung, sumber dari babi atau anjing), barang curi, haiwan yang diawet, gambar-gambar yang tidak patuh Syar'iyah dan sebagainya.
  20. Segala jenis najis dan kekotoran pada pakaian, peralatan dan persekitaran.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

2 komen

  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • Saya x dpt tidor bila nk lelap mata kepala berasa berangin adakah itu gangguan

    Mustafa Bin Alias

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.