10 Sebab Kenapa Kita Perlu Melakukan Solat Hajat

  1. Solat Hajat adalah ibadah yang sangat digalakkan di dalam Islam demi memohon pertolongan Allah SWT ke atas apa jua kesusahan yang kita alami.

  2. Tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah.

  3. Solat Hajat dan doa yang berterusan pastinya akan memberi sinar kepada kegelapan yang kita alami.

  4. Solat Hajat mempunyai berbagai hikmah dan kehebatannya tersendiri - samada yang jelas mahupun yang tersembunyi.

  5. Ada berbagai cara bagi Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah, yang tidak semestinya datang dari orang yang melakukan Solat Hajat berkenaan.

  6. Solat Hajat adalah satu komunikasi secara terus menerus dengan Allah SWT, Tuhan Penguasa sekelian alam.

  7. Solat Hajat akan memberikan keinsafan dan ketenangan fikiran kepada orang yang melakukannya, juga kepada orang yang didoakan.

  8. Solat Hajat yang terbaik perlulah ada penyerahan diri bulat-bulat dan berdoa sepenuh jiwa raga kepada Allah SWT. Ini pastinya akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

  9. Kita wajib berusaha dengan cara yang berlandaskan Syariat Islam seperti melakukan Solat Hajat dan bersedekah.

  10. Pesakit atau Waris Pesakit sangat digalakkan untuk melakukan sendiri Solat Hajat. Namun, kita juga berpeluang mendapatkan bantuan orang lain yang lebih berpengalaman, walaupun orang itu berada jauh dari kita.

 

Artikel tulisan:
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.