PERAWAT PELAPIS SEDANG DICARI

Tidak ramai yang sanggup memilih jalan ini. Ia bukan sekadar pekerjaan. Ia adalah satu amanah untuk membantu manusia yang sedang berdepan dengan pelbagai ujian kehidupan, sama ada gangguan rohani, tekanan emosi, masalah keluarga, kesihatan atau pencarian makna hidup yang lebih mendalam. 

Ditubuhkan pada tahun 2011, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM terus membangun dan berkembang sebagai sebuah Pusat Rawatan & Terapi Al-Quran di bawah pemilikan Indera Holdings Sdn Bhd. Sehingga hari ini, lebih dari 25,000 orang Pesakit dari serata Malaysia dan luar negara telah dirawat dan dibimbing sejak pembabitan Pengasas kami dalam Kaedah Penyembuhan Holistik Islamiah pada tahun 1993. 

Kini, kami mencari Perawat Pelapis untuk dibimbing melalui Program Latihan Perawat Islam (PLPI) selama 12 bulan secara separuh masa. 

Laluan Kerjaya:
Pelatih → Perawat → Perawat Kanan → Pengurusan 

Kriteria Utama:

  • Lelaki berumur 25 - 35 tahun
  • SPM / Sijil / Diploma dalam apa-apa bidang
  • Boleh membaca Al-Quran
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
  • Mahir Bahasa Inggeris dan Media Sosial
  • Pengalaman dalam bidang perkhidmatan atau hospitaliti adalah satu kelebihan 

Bidang Pembelajaran:

  • Pengubatan Islam
  • Pengubatan Tradisional
  • Penyembuhan Tenaga
  • Pengubatan Suplimentari
  • Bimbingan Rohani
  • Kaunseling dan Analisis Kes
  • Operasi Rawatan
  • Asas Pengurusan

Kaedah Latihan:

  • Kuliah malam 2 - 3 kali seminggu
  • Kuliah teori, praktikal dan ujian akhir 

Jika anda mencari kerjaya yang mempunyai nilai, cabaran, ilmu dan peluang pembangunan diri yang tinggi, ini mungkin peluang yang anda tunggu selama ini. Hantar resume anda ke: admin@inderaholdings.com 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 JULAI 2026 

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi temuduga. Mereka yang berjaya akan menerima Surat Tawaran Program Latihan Perawat Islam (PLPI) untuk ditandatangani sebelum memulakan latihan. Mohon hubungi 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) untuk sebarang pertanyaan lanjut. 

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
Cahaya Transformasi Jiwa
alqayyum2u.com