Kisah Benar: Santau Batuk (2011)

“Saya telah mengalami batuk yang serius dan sakit tekak selama lebih dari 2 minggu walaupun telah berjumpa dengan doktor di klinik dan telah mengambil beberapa botol ubat batuk. Saya telah disyorkan oleh bapa saya untuk pergi mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Pada mulanya, saya memang kurang yakin dengan kaedah rawatan selain dari perubatan moden. Pada malam itu, bersama-sama dengan suami serta ibubapa saya; kami telah pergi Pusat Rawatan Al-Qayyum. Saya telah dibacakan dengan ayat-ayat ruqyah oleh Cikgu Indera dan telah diberi minum air garam. 

Saya telah diberitahu bahawa saya telah terkena ‘santau batuk’ (ibu santau yang hampir mengenai) yang boleh mengancam nyawa sekiranya tidak diubati dengan segera. Saya juga telah dimaklumkan oleh Perawat bahawa saya akan ‘dimuntahkan’ bagi mengeluarkan sihir/racun di dalam badan saya. Saya tidak menghiraukan makluman tersebut kerana pada waktu itu, saya memang tidak terasa langsung hendak muntah. Dalam perjalanan pulang (dengan kereta), belum sempat sampai di rumah; saya telah muntah dengan agak teruk di tepi jalanraya. Selepas muntah, batuk saya terus menjadi lega. Rupa-rupanya memang benar seperti yang telah dimaklumkan oleh Cikgu Indera. Alhamdulillah, selepas mendapatkan rawatan susulan pada keesokkan harinya; saya telah pulih sepenuhnya. Terima kasih kepada Pusat Rawatan Al-Qayyum. Syukur alhamdulillah, dengan kuasa, kehendak dan keizinan Allah SWT jua;  beliau dan kakitangan telah berjaya menyelamatkan saya dari penyakit yang merbahaya.”

- Ahli Perniagaan, 27; Kuang, Selangor.