Kisah Benar: Sakit Dada Kanan (2011)

“Saya mengalami kekejangan otot di bawah dada kanan, yang sentiasa mengeras (seperti ada ketumbuhan sebesar penumbuk) dan menyukarkan saya untuk bernafas dan bergerak dengan lancar.Penyakit ini telah saya alami sejak selepas Hari Raya Aidilfitri tahun sudah (2010). Saya telah menjalani rawatan di hospital swasta dan juga telah menjalani fisioterapi. Ribuan ringgit telah saya belanjakan. Namun, tiada sebarang perubahan. 

Akhirnya, saya telah diperkenalkan kepada Cikgu Indera dan para pembantunya pada bulan Mei 2011 oleh jiran saya. Setelah dibuat scan dan analisis, rupa-rupanya ada makhluk halus yang telah ‘berumah’ di dalam badan saya akibat dari saka seseorang yang menyimpan dendam terhadap saya. Saya telah disyorkan untuk menjalani tiga Sesi Rawatan dan Terapi dalam masa tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah, penyakit saya telah hilang sepenuhnya. Saya kini berasa sangat sihat dan cergas, lebih baik dari keadaan saya sebelum sakit dahulu. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan saya dengan Pusat Rawatan Al-Qayyum. Saya dan isteri amat kagum serta yakin dengan kepakaran dan pengalaman yang ada pada mereka. Insyallah.” 

- Pesara, 65; Ampang, Kuala Lumpur.