Kisah Benar: Derita Sakit Kaki (2011)

“Makcik telah berubat dengan ramai bomoh yang handal, tetapi masih belum juga sembuh. Malahan, ada yang telah menokok-tambah sihir ke atas Makcik, agar selalu berjumpa dengan mereka. Makcik telah mengalami masalah sakit kedua-dua belah kaki dari lutut ke bawah dan sukar untuk berjalan sejak lima tahun yang lalu. Makcik memang percaya bahawa sakit Makcik ini bukannya disebabkan oleh faktor usia yang telah meningkat, sepertimana yang diberitahu oleh doktor. Makcik terus berdoa setiap hari agar dipertemukan dengan penawarnya. Akhirnya, dengan takdir Allah SWT; Makcik telah berjumpa dengan ‘flyer’ Pusat Rawatan Al-Qayyum di sebuah masjid dan terus menghubungi mereka. Setelah dibuat scan, mereka mendapati ada bisa lama (akibat sihir dan santau) yang telah mendap dan mengeras di dalam kaki Makcik. 

Setelah menjalani beberapa Sesi Rawatan dan Terapi, akhirnya kaki Makcik telah beransur sembuh; yang kini 90% telah sembuh. Makcik berasa sangat selesa dan gembira dengan layanan mesra serta  rawatan dan terapi yang diterima dari para Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum. Semenjak itu, Makcik telah membawa ahli-ahli keluarga (adik, kakak dan anak) Makcik untuk berubat di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Makcik juga telah meminta mereka mengubati beberapa masalah lain yang dihadapi oleh Makcik. Kini, badan makcik juga semakin kuat dan cergas dan membolehkan Makcik untuk mengerjakan ibadat dengan sempurna setiap hari. Mereka ini amat komited di dalam memberikan rawatan dan telah menganggap Makcik seperti ahli keluarga sendiri. Terima kasih kepada Indera Saifullah kerana telah membantu Makcik. Semoga Allah SWT terus memberkati pekerjaan mulia mereka ini.”

- Saintis (Bersara) / Ibu Tunggal, 64; Bukit Damansara, Kuala Lumpur.