Kisah Benar: Benci Suami (2011)

“Saya baru sahaja mendirikan rumahtangga sejak beberapa bulan yang lalu. Tugas saya sebagai seorang pengusaha restoran memerlukan saya untuk pulang lewat malam setiap hari. Isteri saya sering mengadu berasa tidak selesa ketika berada berseorangan di rumah, iaitu ketika saya pergi bekerja. Menurutnya, dia berasa seperti ada makhluk lain di dalam rumah, terutamanya pada waktu malam. Dia juga mengadu berasa benci dan marah terhadap saya tanpa sebab apabila saya pulang ke rumah. 

Pada mulanya saya menyangka isteri saya hanya mengalami gangguan emosi atau sekadar permainan perasaan. Setelah menerima nasihat dari seorang sahabat, saya telah menjemput Cikgu Indera dan pembantunya datang ke rumah saya. Rupa-rupanya, isteri saya telah dikenakan dengan ilmu hitam oleh seseorang dan disahkan memang ada gangguan jin di rumah saya. Syukur alhamdulillah. Selepas tiga hari menjalani rawatan, isteri saya telah pulih dan kembali ceria. Rumah saya juga telah dipulihkan; tidak ada lagi sebarang gangguan serta berasa lebih sejuk dan tenang dari sebelumnya. Saya sangat berterima kasih kepada Cikgu Indera dan kakitangan dari Pusat Rawatan Al-Qayyum yang telah banyak membantu saya. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka adalah sangat profesional, cekap dan mesra. Saya amat yakin dengan keupayaan mereka untuk merawat apa jua penyakit.”

- Ahli Perniagaan, 45; Petaling Jaya, Selangor.