Kisah Benar: Disihir Ahli Keluarga (2011)
“Sekiranya saya tidak pergi mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Al-Qayyum pada hari itu, berkemungkinan nyawa saya sudah tiada. Pada hari itu, seluruh badan saya berasa teramat panas dan berasa ada sesuatu yang mencekik leher saya dari belakang. Kepala saya juga berasa sangat sakit dan pening. Dalam keadaan terhoyong-hayang, saya telah sampai di Pusat Rawatan Al-Qayyum pada jam lebih kurang 10 pagi.
Saya telah disambut dengan mesra oleh para Perawat di situ. Mereka telah menjalankan rawatan dengan segera, dengan membaca ayat-ayat ruqyah. Setelah beberapa ketika, saya telah muntah dan di dalam muntah saya mengandungi seakan-akan rambut, lintah dan sebagainya (walaupun saya belum makan apa-apa pada pagi itu). Rupa-rupanya saya telah dikenakan dengan ilmu hitam oleh manusia yang terkutuk (yang saya kenali). Alhamdulillah, penyakit saya telah berjaya diubati di Pusat Rawatan Al-Qayyum. Perkhidmatan yang diberikan oleh para Perawat di situ adalah sangat mesra dan ramah, seperti berada dengan ahli keluarga sendiri. Terima kasih Pusat Rawatan Al-Qayyum. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa mereka kerana sudi membantu saya.”
- Peguam / Ibu Tunggal, 35; Sg Buloh, Selangor.