Dari Meja Perawat: Kemurungan Selama 12 Tahun (2012)
Pekerja Restoran, Perempuan, 29 tahun
Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Pelangi Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Mengalami tekanan perasaan dan kemurungan sejak melahirkan anak 12 tahun lalu. Sering bersikap panas baran dengan memarahi anak. Jiwa gelisah dan tidak dapat bekerja dengan sempurna. Pernah berubat dengan beberapa bomoh tradisional dan telah diberikan berbagai tangkal dan azimat. Sering bermimpi menakutkan. Tiada keyakinan diri.
Rawatan
Pesakit telah menjalani Prosedur Rawatan Ar-Rohman (4 sesi) dalam masa 2 bulan serta beberapa kali Sesi Kaunseling. Semua tangkal dan azimat telah dihapuskan.
Kondisi Terkini (Disember 2012)
Pesakit kini berasa tenang dan boleh melakukan ibadat dengan sempurna. Telah mula kembali bekerja. Alhamdulillah.