Dari Meja Perawat: Sakit Badan 5 Tahun (2013)

Kakitangan Awam, Perempuan, 28 tahun
Jalan Duta, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan

Selalu sakit-sakit badan sejak 2008 (5 tahun). Pernah berubat dengan ramai Perawat Islam dan bomoh tradisional tetapi hanya sembuh sekejap sahaja. Pernah bermimpi minum air yang bercampur paku, anjing, ular hitam dan menyusu bayi. Bahu sering rasa menyucuk dan badan terasa seram sejuk. Hujung jari tangan juga rasa menyucuk-nyucuk. Pernah mengalami histeria semasa dirawat. Pusingan darah haid tidak menentu. Di rumah dipercayai ada gangguan jin, anak-anak sukar tidur malam. Pernah melihat lembaga putih dan mendengar suara orang berbisik sewaktu tidur malam. Dada berdebar ketika mahu tidur.

Rawatan

Pesakit telah menjalani Prosedur Rawatan Ar-Rohman (8 sesi), Prosedur Prosedur Rawatan Ar-Rohman Intensif (1 sesi), Prosedur Rawatan As-Syifa' (4 sesi). Rawatan Rumah (Solat Hajat,  Zikirullah dan Garam Ruqyah Syar'iyah) juga telah dijalankan di rumah Pesakit. Keseluruhan proses rawatan bermula dari September 2012 sehingga April 2013 (7 bulan).  

Kondisi Terkini (18 Julai 2013)

Gangguan jin sudah banyak (80%) berkurangan. Pesakit kini semakin sihat dan tenang. Pesakit telah disyorkan untuk terus menerus membina kekuatan dalaman diri melalui amalan Solat Fardhu, Solat Sunat dan Zikirullah. Alhamdulillah.