Dari Meja Perawat: Kereta Bau Bangkai (2013)

Pensyarah Kolej, Lelaki
Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan

Bau busuk seperti bangkai tikus, hanyir dan darah di dalam kereta. Keadaan berlaku selepas kereta digunakan untuk menghantar seorang pelajar ke klinik. Kereta telah diperiksa dengan teliti oleh mekanik (dibuka dashboard dan bahagian hawa dingin), tetapi tiada berjumpa apa-apa kesan kekotoran atau bangkai haiwan.

Rawatan

Bahagian luar kereta telah disiram dengan Air Terapi Ruqyah Syar'iyah (dengan Limau Nipis sebanyak 21 biji); serta bahagian dalam kereta ditabur dengan Garam Ruqyah Syar'iyah (dibiarkan selama 3 hari).

Kondisi Terkini (13 Januari 2013)

Bau telah hilang 100%. Telah disahkan oleh mekanik dan tuan punya kereta. Alhamdulillah.