Dari Meja Perawat: Hilang Semangat (2013)

Kakitangan Awam, Perempuan, 32 tahun
Batu Caves, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan

Hilang semangat akibat gangguan jin sejak sebulan lepas. Badan dan peha kerap mejadi lebam-lebam. Isi bawah kulit bergerak-gerak dengan sendirinya. Kerap ditindih sewaktu tidur malam. Pernah bermimpi tempat-tempat kotor dan jatuh dari tempat tinggi. Pernah berubat dengan bomoh dan Perawat Islam. Tidur mengunyah gigi (menurut suami). Sistem peranakan/rahim jatuh. Sukar untuk tidur pada waktu malam. Pernah terdengar bunyi guli dan orang menyeret perabot di tingkat atas (rumah apartment) pada waktu malam.

Rawatan

Pesakit telah menjalani Prosedur Rawatan Ar-Rohman sebanyak 4 sesi. Rawatan Rumah (Solat Hajat, Zikirullah, Garam Ruqyah Syar'iyah) juga telah dijalankan di rumah Pesakit.  

Kondisi Terkini (18 Julai 2013)

Semangat sudah pulih dan tiada rasa takut. Pesakit kini rasa lebih gembira. Alhamdulillah.