Dari Meja Perawat: Gangguan Jin Kubur (2013)
Sri Andalas, Klang, Selangor
Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan
Mengalami kemurungan sejak 3 tahun lepas. Pernah bermimpi anjing. Kerap mendengar bisikan di telinga. Kadangkala sakit kepala, bahu, tengkuk. Dada selalu berdebar-debar. Kerap mengigau semasa tidur malam. Ada ahli keluarga yang pandai mengubat secara tradisional. Rumah dipercayai ada gangguan jin – berdekatan kawasan perkuburan Islam dan bukan Islam. Telah berjumpa Doktor Psikiatrik – mengambil ubat tidur dan ubat penenang.
Rawatan
Prosedur Rawatan Ar-Rohman sebanyak 3 sesi dalam masa 1 minggu serta Prosedur Rawatan As-Salam sebanyak 1 sesi.
Kondisi Terkini (17 Julai 2013)
Kemurungan sudah banyak berkurangan, minda stabil, sudah boleh berfikir dan bercakap dengan lancar. Gangguan jin di rumah masih ada tetapi sudah lemah. Alhamdulillah.