Dari Meja Perawat: Gangguan Jin Hutan (2013)

Kakitangan Awam, Perempuan, 28 tahun
Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan

Mengalami gangguan sejak setahun yang lalu sejak pulang dari perkhemahan di Gunung Jerai, Kedah. Pernah berubat dengan Perawat Islam lain lebih 20 kali. Pernah juga berubat dengan bomoh tradisional. Perut sering menjadi keras dan sesak nafas. Jantung sering berdebar-debar tanpa sebab munasabah. Badan berasa gatal-gatal. Tidak dapat menjalinkan hubungan dengan suami. Kerap bermimpi aneh.

Rawatan

Pesakit telah menjalani Prosedur Rawatan Ar-Rohman sebanyak 3 sesi dalam masa 1 setengah bulan.

Kondisi Terkini (23 Julai 2013)

Pesakit kini berasa sihat, badan menjadi ringan dan tiada lagi gangguan jin. Pesakit kini dapat kembali menjalani kehidupan normal. Alhamdulillah.