Dari Meja Perawat: Benci Suami (2013)

Guru, Perempuan, 33 tahun
Cheras, Kuala Lumpur

Simptom dan Kondisi Sebelum Rawatan

Telah berkahwin selama 7 tahun. Sakit sejak 2 bulan yang lalu. Sering berasa benci pada suami. Susah untuk mengerjakan solat dan jantung berdebar-debar. Sering terasa sesuatu bergerak-gerak di dalam perut. Sakit pada belikat dan kadangkala terjadi lebam-lebam di sekitar bahagian badan. Juga mengalami kesedihan tanpa sebab munasabah. Pusingan haid tidak menentu sejak kecil. Juga mengalami migraine sejak zaman persekolahan lagi.

Rawatan

Pesakit telah menjalani Prosedur Rawatan Ar-Rohman sebanyak 2 sesi dalam masa 1 minggu.

Kondisi Terkini (22 Julai 2013)

Pesakit kini telah sihat sepenuhnya dan tiada lagi mengalami sebarang gangguan jin. Alhamdulillah.