Sambutan Ulangtahun Ke-13

Syukur alhamdulillah. Pada malam Jumaat, 1 Februari 2024 yang lalu, bertempat di Villa Zamara, Sg Penchala, telah sempat diadakan sedikit majlis kesyukuran dan makan malam sempena Sambutan Ulangtahun ke-13 PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Indera Saifullah serta semua Kakitangan dan para Sahabat yang telah hadir pada malam itu. Semoga perjuangan kita ini terus diberkati dan dirohmati Allah SWT selamanya. Aamiin ya robbal 'alamiin.