Program Sumbangan Kuih Raya 2025: Maahad Tahfiz Al-Quran Hj Ishak


Wakil PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM, iaitu Hj Zain Misbah dan Ustaz Shakir Dato’ Amini, telah menyampaikan sumbangan berupa kuih raya kepada para pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz tersebut. Sumbangan ini adalah hasil tajaan ikhlas daripada para bekas pesakit kami yang telah sembuh dan ingin kembali menyumbang sebagai tanda kesyukuran mereka kepada Allah SWT.
Kami di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM percaya bahawa keberkatan rezeki itu bukan terletak pada jumlahnya, tetapi sejauh mana ia dimanfaatkan untuk jalan Allah. Maka, usaha ini bukan sekadar satu bentuk pemberian fizikal, tetapi juga simbol kasih sayang sesama mukmin serta dorongan untuk saling membantu dalam memperkukuh pendidikan Al-Quran.
Syukur alhamdulillah atas kepercayaan dan sokongan semua pihak. Semoga segala sumbangan yang dihulurkan menjadi amal soleh yang diterima dan dibalas dengan ganjaran pahala yang tidak terhingga dari Allah SWT, serta menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Aamiin ya Robbal 'alamiin.
Bersama membina ummah dengan kasih sayang dan Al-Quran sebagai panduan.