Perasmian Pusat Rawatan Al-Qayyum
Syukur alhamdulillah. Sempena dengan hampirnya malam Nisfu Syaaban serta selesainya proses perpindahan ke premis baru pada bulan Disember 2011 yang lalu; maka pada tanggal hari Selasa, 13 Syaaban 1433H bersamaan 3 Julai 2012 telah dipilih sebagai hari berlangsungnya acara 'Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Perasmian Pusat Rawatan Al-Qayyum' yang telah diadakan selepas Solat Isyak di premis PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Syukur alhamdulillah, majlis yang telah mendapat keizinan, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu dan kehadiran ramai tetamu, sahabat handai serta kenalan.
Bacaan Yassin dan Tahlil telah diketuai oleh YBhg Fadhil Al-Ustaz Sheikh Zakaria Kassim, Imam Qariah Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Kemudian, majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas tentang Perubatan Islam oleh YBhg Fadhil Al-Ustaz Helly Sardi (dari Universiti Malaya), yang juga merupakan Penasihat Perubatan Islam dan Guru Kelas Mengaji Al-Quran di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™. Selepas itu, perasmian secara ringkas Pusat Rawatan Al-Qayyum telah disempurnakan oleh YBhg Fadhil Al-Ustaz Sheikh Zakaria Kassim.

Antara barisan tetamu yang turut hadir di majlis bersejarah tersebut ialah YBhg Fadhil Al-Ustaz Mohd Hafiz Khamis Al-Hafiz, Imam Qariah Masjid Bukit Antarabangsa; Tuan Haji Abdul Rahman Tan Idris, Bilal dan Ketua Unit Pengurusan Jenazah, Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara; Tuan Haji Abdul Rasyid, Pengerusi Surau Al-Ukhwah, Bandar Sri Damansara; Tuan Haji Nasruddin Mohammad, Pengurus Jawatankuasa Mengurus Bersama Pangsapuri Sri Meranti merangkap Pengerusi KAFA Intergrasi Ar-Ridhuan.
.
.
.
.