Mewakaf Al-Quran Kepada KAFA Intergrasi Az Zahraa'

Pada tanggal 4 Rabiul Awal 1434H bersamaan dengan 16 Januari 2013 yang lalu, pihak Pentadbiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah berkesempatan menyampaikan sejumlah 30 naskah kitab-kitab Al-Quran kepada KAFA INTERGRASI (SRI) AZ ZAHRAA', Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

 

Penyampaian telah diwakili oleh Mua'lij Zain Misbah, yang juga merupakan Eksekutif Pentadbiran PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM. Adapun kitab-kitab Al-Quran tersebut merupakan sebahagian daripada sejumlah kitab-kitab Al-Quran yang telah diwakafkan oleh para Pesakit yang telah mendapatkan rawatan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM bertindak sebagai pengumpul wakaf dan akan mencari badan, organisasi atau individu Islam yang memerlukan wakaf tersebut. Kitab Al-Quran adalah dikategorikan sebagai Wakaf Al-Manqul (Harta Alih) iaitu harta yang boleh dipindahkan. Semoga aktiviti mewakaf yang dijalankan oleh kami ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. In shaa Allah.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan AL-QURAN itu CAHAYA, yang Kami TUNJUKI dengan dia SIAPA YANG KAMI KEHENDAKI di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus." (As-Shuro: 52)

“Adapun ORANG yang MEMBERIKAN (HARTANYA di JALAN ALLAH) dan BERTAQWA, serta membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya JALAN YANG MUDAH. Dan adanya orang-orang yang BAKHIL dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (JALAN) yang SUKAR.” (Al-Lail : 5-10)