Lokasi Baru: Ativo Plaza
Syukur alhamdulillah. Pada 21 Mei 2022, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah berpindah ke lokasi baru di Ativo Plaza, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Sesungguhnya perpindahan ini amatlah penting dan bermakna bagi PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM; yang kini terus membangun dan berkembang hasil kesudian dan sumbangan dari para Pesakit dan Penderma, yang penuh dengan keikhlasan. Sesungguhnya Allah SWT jualah yang mampu membalas segala jasa baik dan amal jariah para Penyumbang sekelian, dengan segala rohmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat hendaknya. Aamiin ya robbal 'alamiin.
Ativo Plaza
Ativo Plaza
Adapun operasi rawatan di lokasi baru ini dengan jayanya telah dimulakan pada 26 Mei 2022. Walaupun sebelum ini, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah lebih kurang 11 tahun lamanya berada di kawasan Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara (sejak 2011); perpindahan ini terpaksa juga dilakukan, terutamanya demi kebaikan kepada para Pesakit kami, yang kian bertambah setiap bulan.
Premis baru kami di Ativo Plaza adalah 5 kali ganda lebih luas berbanding dengan premis kami di lokasi yang lama. Ini pastinya akan membolehkan ruangan bekerja, bilik rawatan, bilangan Kakitangan, peralatan, kecekapan bekerja dan segalanya dapat ditambah dengan lebih baik.
Tambahan lagi, Ativo Plaza mempunyai persekitaran yang sangat kondusif; lengkap dengan segala kemudahan asas seperti kedai-kedai makan, bank, kedai serbaneka, pasaraya, lif, eskalator, tandas awam, kawalan keselamatan, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan, kawasan letak kereta, lokasi bangunan yang strategik - bersebelahan jalan besar; dan lain-lain lagi kelebihan; demi kesenangan dan kesejahteraan kepada para Pesakit dan Kakitangan kami.
Ruang Menunggu untuk Pesakit
Lobi
Rangkaian Produk Penjagaan Diri
Lobi
Lobi
Lobi
Galeri Mini
Bilik Rawatan 1
Balkoni - Bilik Rawatan 1
Balkoni - Bilik Rawatan 1
Bilik Rawatan 1
Juadah untuk Pesakit
Terapi Cahaya - Bilik Rawatan 1
Bilik Rawatan 1
Terapi Mandian
Ativo Plaza pada waktu malam
Semoga perjuangan kami di dalam menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaiton dan iblis; akan terus diberkati dan dirohmati Allah SWT selama-lamanya; serta mendapat sokongan berterusan dari seluruh lapisan masyarakat. Sesungguhya kepada Allah SWT jualah tempat kita bergantung harap dan menyerahkan sepenuhnya harapan; setelah segala usaha dan ikhtiar terbaik telah kita sempurnakan. In shaa Allah.