Lawatan ke Darussyiffa' Bangi

Syukur alhamdulillah. Pada hari Selasa, 28 November 2023 yang lalu, para Perawat kami, Tn Hj Zain Misbah dan Ustaz Shakir Dato' Amini, dengan rasa rendah diri, telah berpeluang untuk bertemu mesra dengan YBhg Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ahmad, selaku Pengerusi, Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia DARUSSYIFA', Bandar Baru Bangi.

Adapun pertemuan, perkongsian maklumat dan perbincangan dengan pihak DARUSSYIFA', yang merupakan perintis dan peneraju di dalam Amalan Pengubatan Islam di Malaysia; adalah amat bermakna bagi kami dalam meneruskan perjuangan kami sejak sekian lama, di dalam arena Pengubatan Islam.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada YBhg Ustaz Hj Abdul Rahman Nawas, Timbalan Pengerusi DARUSSYIFA'; dan Ustaz Shazwan di atas layanan terbaik yang telah diberikan. Semoga Amalan Pengubatan Islam yang sebenar, dapat terus dibangunkan dan dimertabatkan dengan sebaiknya di Malaysia yang tercinta ini. Aamiin ya robbal 'alamiin.

Dari kiri: Hj Zain, Ustaz Shakir, Ustaz Hj Abdul Rahman Nawas dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Ahmad
.
Hj Zain dan Ustaz Shazwan
.