Kursus Lanjutan Perawat Islam 2021
Syukur alhamdulillah. Pada 29 Oktober hingga 1 November 2021, telah berlangsungnya Kursus Lanjutan Perawat Islam (KLPI) di Pulau Langkawi, Kedah. Kursus pada kali ini telah diketuai sendiri oleh Cikgu Indera Saifullah dan disertai oleh Cikgu Abdullah Ibrahim, Haji Zain Misbah, Ustaz Shakir Aqmal dan Ustaz Raja Hishamuddin.
Skuad Perawat telah berkampung selama 4 hari di Pelangi Beach Resort & Spa, yang terletak di Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Adapun KLPI 2021 ini masih bertemakan "Mengenal Diri, Mengenal Alam" sebagaimana KLPI pada tahun 2020 dan 2017.
Perjalanan ke destinasi kursus adalah melalui penerbangan Firefly yang menggunakan pesawat ATR72-500 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang; ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, yang mengambil masa 1 jam 15 minit.
Skuad Perawat telah berpeluang melakukan "Island Hopping", iaitu menaiki bot laju dari Jeti Pekan Rabu, Kuah; menuju ke Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting; yang keseluruhannya mengambil masa selama 4 jam. Perjalanan Skuad Perawat adalah agak mencabar apabila terpaksa merempuh hujan lebat semasa berjalan kaki mendaki bukit ke Tasik Dayang Bunting dan semasa kembali ke jeti. Hujan lebat dan laut yang bergelora juga telah menyebabkan bot kerap terhempas kerana terpaksa mengharungi ombak besar. Sangat mencemaskan. Syukur alhamdulillah. Akhirnya Skuad Perawat telah selamat sampai ke Jeti Pekan Rabu, Kuah.
Di samping itu, antara aktiviti lain yang sempat dijalankan oleh Skuad Perawat adalah seperti membuat beberapa sesi Perbincangan Dalam Kumpulan, lawatan ke sekitar Pantai Cenang, lawatan ke Kota Mahsuri, lawatan ke sekitar Bandar Kuah, "Sunset Cruise" di Laut Andaman dan lawatan ke Pantai Tanjung Rhu.
Penerbangan pulang dari Pulau Langkawi ke Subang juga sangat mendebarkan apabila pesawat ATR72-500 yang dinaiki terpaksa merempuh cuaca buruk ketika sampai di ruang udara negeri Selangor. Hujan lebat dan awan tebal telah menyebabkan kelewatan selama 1 jam sebelum pesawat berjaya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Semoga KLPI 2021 ini dapat menjadi pengalaman dan pengajaran berharga; dapat membina jati diri dan semangat kerjasama berpasukan para Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum. Sesungguhnya tidak ada daya upaya kita ini melainkan segalanya adalah dari kekuasaan Allah SWT jua. Allahuakhbar.
Logo KLPI 2021
Penerbangan ke Langkawi
Pelangi Beach Resort & Spa
Pelangi Beach Resort & Spa
Bilik Perawat di Pelangi Beach Resort & Spa
Bilik Perawat di Pelangi Beach Resort & Spa
Sarapan Pagi di Pelangi Beach Resort & Spa
Jeti Pekan Rabu, Kuah
Island Hopping
Island Hopping
Pulau Beras Basah
Menyelam di Pulau Beras Basah
Memberi makan Helang di Pulau Singa Besar
Banyaknya Helang di Pulau Singa Besar
Memancing di sekitar Pulau Dayang Bunting
Memancing di sekitar Pulau Dayang Bunting
Ustaz Raja Hishamuddin dan hasil tangkapannya
Hasil tangkapan: Siakap Batu
Lubuk yang cantik
Hujan lebat di Pulau Dayang Bunting
Semua basah kuyup dan keletihan
BBQ Lunch di Pulau Dayang Bunting
Siakap Batu yang telah dibakar
Terima kasih Mr Choo di atas layanan yang diberikan
Sesudah BBQ Lunch
Selamat sampai di Jeti Pekan Rabu
Makan malam: Lamb Tandoori
Salasilah Mahsuri di Kota Mahsuri
Kisah Mahsuri
Sawah padi di tepi Jalan Makam Mahsuri
Royal Langkawi Yacht Club
Catamaran Yacht: Kawanada
Siap sedia untuk menaiki Catamaran
Catamaran 47 Kaki
Sunset Cruise
Sunset Cruise
Sunset Cruise
Nampak Ikan Paus atau Ikan Duyung?
Sunset Cruise
Kena rendam di Laut Andaman
Mencari ilham di dalam Jacuzzi Net
Sunset Cruise
Matahari terbenam di Laut Andaman
Matahari terbenam di Laut Andaman
Pantai Tanjung Rhu
KLPI 2021
KLPI 2021