Kursus Lanjutan Kumpulan 2022
Alhamdulillah. Bermula dari 6 hingga 8 November 2022, kursus selama 3 hari 2 malam telah berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang.
Kursus Lanjutan Kumpulan atau Team Advanced Course (TAC 2022) pada tahun ini; telah dihadiri oleh seramai 7 orang peserta iaitu Cikgu Indera Saifullah (Fasilitator), Cikgu Abdullah Ibrahim, Hj Zain Misbah, Ustaz Shakir Dato' Amini, Sdr Syahmi Mohammed, Sdr Harun Abu Zarim dan Sdr Aman Shah Idris. Adapun matlamat utama kursus ini adalah untuk membentuk semangat kerjasama berpasukan serta ukhwah di kalangan tenaga kerja Indera Holdings Sdn Bhd.
Para peserta telah diberikan penginapan di Hotel Parkroyal, yang terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti riadah air, perbincangan, latihan dalam kumpulan, lawatan ke sekitar Geogetown, lawatan ke Muzium Perang, lawatan ke Bukit Bendera dan lawatan ke Masjid Terapung Tanjung Bungah. Pada hari ketiga para peserta juga telah dibawa ke Kulim dan Kuala Kedah; sebelum selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 12.30 malam.
Semoga TAC 2022 yang serba ringkas ini telah dapat memberikan pengalaman yang indah serta manfaat yang terbaik kepada para peserta. In shaa Allah.
Logo Kursus
PARKROYAL, Pulau Pinang
PARKROYAL, Pulau Pinang
PARKROYAL, Pulau Pinang
Riadah air di PARKROYAL, Pulau Pinang
Sejarah Tentera British dan Tentera Jepun di Muzium Perang
Muzium Perang - kekejaman semasa zaman Perang Dunia Kedua
Muzium Perang - tempat ini juga dikatakan berhantu
Penceritaan terbaik di Muzium Perang Pulau Pinang
Encik Johari Shafie, pengasas Muzium Perang dan Cikgu Indera
Pintu masuk Muzium Perang Pulau Pinang
Pemandangan indah dari Bukit Bendera - malam
Pemandangan indah dari Bukit Bendera - petang
Di atas Bukit Bendera
Pemandangan indah dari Bukit Bendera - senja
Pemandangan indah dari Bukit Bendera - malam
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Di hadapan Masjid Terapung Tanjung Bungah