Kerja Amal: Sumbangan Hamper

Syukur alhamdulillah. Pada petang tadi, pihak Pusat Rawatan Al-Qayyum telah berpeluang menyampaikan sedikit sumbangan hamper-hamper pemenang kepada wakil Urusetia Kejohanan Badminton Tertutup, anjuran Pertubuhan Penduduk Pangsapuri Sri Meranti (PPPSM), Bandar Sri Damansara, KL. Sumbangan telah disampaikan oleh Hj Zain Misbah, selaku Perawat Kanan.

Hadiah-hadiah menarik telah disediakan khas untuk para Juara Kejohanan Badminton Tertutup 2022. Adalah diharapkan kejohanan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai bakat muda di dalam arena sukan badminton tanahair kita yang tercinta. 

Semoga kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dipermudahkan segala urusan pihak Penganjur dan para peserta. In shaa Allah. Aamiin ya robbal 'alamiin.