Dipilih WHO & KKM untuk Dokumentasi Pengubatan Islam

Syukur alhamdulillah. Pada 26 Jun 2025, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM dengan penuh penghargaan telah menerima kunjungan daripada wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan satu sesi penggambaran dokumentari. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha WHO WPRO dan WHO Country Office for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam untuk mendokumentasikan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) di Malaysia, khususnya dalam konteks rawatan pengubatan Islam yang diamalkan di peringkat komuniti.
Sesi penggambaran ini memberi tumpuan kepada kaedah rawatan berasaskan Al-Quran dan Terapi Tenaga yang telah diamalkan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM sejak tahun 2011.
Pihak WHO dan KKM merakam pelbagai sudut rawatan, sesi konsultasi serta testimoni pesakit bagi menggambarkan pendekatan holistik dan berteraskan syariah yang diamalkan oleh pusat rawatan ini. Penglibatan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap sumbangan pengubatan Islam dalam sistem penjagaan kesihatan alternatif negara.
Pihak PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM amat berbesar hati atas pemilihan ini dan berharap dokumentasi ini dapat memberi pencerahan kepada masyarakat global mengenai keberkesanan, disiplin dan nilai-nilai murni yang terkandung dalam amalan pengubatan Islam. Pastinya, kerjasama erat dengan pihak WHO dan KKM ini akan membuka ruang yang lebih luas bagi pembangunan pengubatan Islam yang profesional dan diyakini masyarakat. In shaa Allah.


