Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016
Syukur alhamdulillah. Bertempat di Institut Kesihatan Negara, Setia Alam; pada 26 Jun 2023 yang lalu, Hj Zain Misbah dan Ustaz Shakir Dato' Amini telah dijemput untuk menghadiri sesi Taklimat Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2016 (Akta 775), yang disampaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pihak Pusat Rawatan Al-Qayyum amat menghargai dan menyokong sepenuhnya perlaksanaan Akta ini. Semoga dengan berkuatkuasanya Akta PT&K ini, pastinya akan dapat menjamin keselamatan, hak dan kesejahteraan para Pesakit di dalam mendapatkan apa jua rawatan alternatif di Malaysia. In shaa Allah.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Perubatan Alternatif juga adalah penting di dalam perihal penjagaan kesihatan manusia sejagat. Perubatan Allopati (Perubatan Moden) perlulah menjadi sandaran utama kepada masyarakat. Namun, apabila sesuatu penyakit atau masalah itu tidak dapat diselesaikan oleh Perubatan Allopati, maka janganlah kita terus berputus-asa. Terdapat banyak jenis kepakaran di dalam Perubatan Alternatif di luar sana, yang amat digesa oleh Islam, dengan syarat ianya mestilah mematuhi hukum Syarak; sebagai ikhtiar di dalam mencari kesembuhan penyakit dan penyelesaian masalah.
Hendaklah kita berusaha dengan Perubatan Alternatif yang benar lagi selamat serta diyakini, sebagaimana Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dijalankan di Pusat Rawatan Al-Qayyum. In shaa Allah.
.