Mengenai Cas Negatif

Di peringkat atom, cas negatif (-) adalah elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus (neutron). Cas negatif bersifat AKTIF dan inilah yang dimaksudkan sebagai TENAGA.

Menurut fitrah, tenaga yang mengalir adalah bermakna elektron yang bergerak aktif. Manakala, cas positif (proton) hanya bergetar pada kedudukannya sahaja dan bersifat PASIF. Proton (+) ini sentiasa melekat bersama neutron. Pasif bermaksud ianya sentiasa bersedia untuk menerima kedatangan cas negatif.

Dalam situasi pengaliran tenaga, yang bergerak adalah cas negatif (elektron) yang berlebihan dari jumlah cas positif (proton) di dalam sesuatu atom itu.

Saiz cas negatif (elektron) ini sangat halus, lebih halus dari saiz atom dan lebih halus dari saiz cas positif (proton). Cas negatif akan menolak cas negatif, tetapi akan tertarik kepada cas positif. Begitulah juga dengan cas positif.

Atom yang stabil adalah yang memiliki jumlah cas negatif dan cas positif yang sama banyak. Bagi sebiji atom, jumlah cas negatif yang berlebihan dari jumlah cas positif, akan menjadikan atom itu bersifat negatif (Atom Negatif). Jika jumlah cas negatif kurang dari jumlah cas positif, akan menjadikan atom itu bersifat positif (Atom Positif).

Jutaan atom akan membentuk sel. Sel yang stabil (sihat) mestilah mempunyai jumlah Atom Negatif dan Atom Positif yang sama banyak.

Kebiasaannya, cas negatif yang berlebihan dari tubuh badan seseorang manusia akan disingkirkan dan ditolak keluar dari badan supaya tidak terbentuk jumlah Atom Negatif yang berlebihan dari jumlah Atom Positif yang diperlukan oleh setiap sel.

Secara fitrahnya, cas negatif DAN Atom Negatif yang tiada pasangan, akan tersingkir dari badan manusia melalui sistem perkumuhan dalam badan dan luar badan manusia. Jutaan atom yang tersingkir ini akan membentuk sel mati. Sel mati akan dikeluarkan dari badan seseorang itu melalui air kencing, najis, peluh dan pada kulit di tubuh badan.

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.