Pelakon Terkenal Dirawat di Pusat Rawatan Al-Qayyum
Gempar! Pelakon filem dan drama terkenal, Pekin Ibrahim memberontak dan berkelakuan agresif; disyaki berpunca dari gangguan jin yang berada di dalam badannya. Pekin telah dibawa ke PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM untuk mendapatkan rawatan. Seorang Ustaz, dengan dibantu oleh Cikgu Indera Saifullah dan Mua'lij Zain Misbah telah berusaha bertungkus lumus memulihkannya melalui bacaan Ruqyah Syar'iyah.
Alhamdulillah, akhirnya Pekin telah berjaya dipulihkan. Menurut Ustaz tersebut, beliau sebenarnya telah terkena ilmu sihir oleh seseorang yang beliau kenali. Nau'zubillahi min zalik! Begitulah sinopsisnya untuk beberapa babak telemovie 'Mengejar Neraka' yang telah dilakonkan di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM.
.
Pada tanggal 17hb Mac 2013, PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM telah 'diserbu' oleh sekumpulan pelakon dan krew produksi SUHAN MOVIES. Berikutan dengan konsep hiasan dalamannya yang agak berlainan dari yang lain; PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ telah dipelawa untuk menjadi lokasi penggambaran beberapa babak dalam sebuah telemovie dibawah arahan (Pengarah Gantian) tokoh perfileman tanahair Badarudin Haji Azmi (Bade).
.
Antara pelakon utama yang membintangi dan berada di lokasi penggambaran pada hari itu ialah Pekin Ibrahim dan Raisuddin Hamzah. Cikgu Indera dan Mua'lij Zain juga telah turut berlakon di dalam beberapa babak yang mempamerkan teknik Perubatan Islam Ruqyah Syar'iyah.
.
Penulis skrip, Pengarah dan Penerbit telemovie ini seharusnya diberikan pujian kerana telah menyelitkan salah satu cabang Perubatan Islam iaitu Ruqyah Syar'iyah sebagai kaedah untuk merawat gejala gangguan jin. Ini merupakan pendekatan dakwah yang sepatutnya ditonjolkan di dalam sesebuah filem atau drama bagi menentang anasir kejahatan (dari manusia, jin, syaiton dan iblis) dan bukannya menggunakan teknik perbomohan tradisional yang syirik lagi mungkar; yang boleh mempengaruhi hati dan pemikiran umat Islam ke arah kerosakkan akidah.
.
Unsur-unsur kehebatan Islam dan kekuatan Tauhid serta pematuhan kepada Hukum Syarak perlu dititik-beratkan dalam penghasilan sesebuah karya filem atau drama arahan dan terbitan orang Islam agar mampu berperanan sebagai medium dakwah disamping menjadi elemen hiburan yang diharuskan (hiburan yang tidak haram) kepada majoriti orang Islam yang menontonnya.
.
Sesebuah karya filem dan drama itu adalah menjadi lebih baik sekiranya dapat menyampaikan mesej ilmu pengetahuan yang berguna bagi menyokong aktiviti-aktiviti perkembangan, pembangunan dan evolusi Islam di era milenium ini dan tidak semata-mata sebagai hiburan kosong; seperti kisah cinta, emosi dan keganasan yang sudah seringkali dijadikan tema filem dan drama tempatan; yang tidak memberikan apa jua manfaat atau kesan positif Islamiah berlandaskan Syariat Islam yang sebenar kepada penonton dari kalangan orang Islam.
.
Adalah diharapkan agar para penggiat seni perfileman dan drama tempatan dari kalangan orang Islam dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya yang mampu memartabatkan Islam berlandaskan Syariat Islam dan Hukum Syarak yang sohih. Semoga segala usaha kalian akan terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT, di dunia mahupun di akhirat. Wallahua'lam.
.
Dari Anas bin Malik Rodhiallahu'anhu katanya, Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya apabila orang-orang KAFIR mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi UPAH dengan amalnya itu berupa REZEKI di DUNIA. Sedangkan orang-orang MUKMIN, PAHALA kebajikannya DISIMPAN Allah Ta'ala untuknya di AKHIRAT kelak serta diberinya REZEKI di DUNIA berhubung dengan TAATNYA.” (Riwayat Muslim)
.
Pekin Ibrahim
.
.
Krew Produksi Suhan Movies di Pusat Rawatan Al-Qayyum
.
.
.
Cikgu Indera dan Pengarah terkenal, Badarudin Haji Azmi
.
Cikgu Indera, Pekin Ibrahim dan Mua'lij Zain Misbah
.
Cikgu Indera bersama para pelakon
.
Badarudin Haji Azmi
.
Siti Sarah dan Raisuddin Hamzah