Al-Imdad
Al-Imdad
Al-Imdad
Al-Imdad
Al-Imdad
Al-Imdad
Al-Imdad
Al-Imdad

Al-Imdad

Harga biasa
RM1,600.00
Harga promosi
RM1,200.00


Huraian

  • Rawatan Solat Hajat Al-Imdad adalah ikhtiar rawatan yang berorientasikan kepada sokongan doa dari orang ramai kepada Maha Pencipta, Allah SWT. 
  • Rawatan Solat Hajat Al-Imdad adalah ikhtiar rawatan yang menggabungkan beberapa ibadah seperti Majlis Bacaan Yassin (sekiranya dilakukan pada malam Jumaat), Solat Hajat 2 Rokaat dan Doa-doa Mustajab; yang diimamkan oleh Imam Masjid dan dilaksanakan secara berjemaah oleh para Jemaah Awam.
  • Kadar Sumbangan anda juga adalah sebagai ibadah sedekah bagi penajaan sebahagian jamuan makan dan minum kepada para jemaah, yang akan diadakan selepas Solat Isyak.
  • Segala maklumat berkaitan Penempah dan Pesakit adalah SULIT dan akan DIRAHSIAKAN, kecuali kepada Imam dan Perawat sahaja. Nama Pesakit dan jenis Penyakit/Masalah sahaja akan dimaklumkan kepada para Jemaah Awam di Masjid, untuk membolehkan para jemaah dapat berdoa dengan jelas.
  • Sesi Solat Hajat di Masjid akan dilaksanakan selepas Solat Maghrib atau Isyak. Penempah akan dimaklumkan melalui SMS/WhatsApp. 
  • Rawatan Solat Hajat di atas akan diuruskan dan dilaksanakan dalam masa secepat yang mungkin, tertakluk kepada jadual pihak Masjid.
Tujuan Rawatan

  • Sesungguhnya tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah.
  • Solat Hajat dan Doa dari jemaah orang-orang yang beriman dan beramal soleh pastinya akan memberi sinar kepada kegelapan yang anda alami. Segalanya adalah bertujuan untuk memohon pertolongan dan keredhoan Allah SWT agar apa jua Penyakit atau Masalah akan segera mencapai kesembuhan. In shaa Allah.
Cara Membuat Tempahan

  1. Sila isi dan hantar Maklumat Rawatan Solat Hajat.
  2. Kembali ke laman ini, klik Buat Tempahan dan daftar keluar.