Mengapa Kita Perlu Melakukan Solat Hajat?

  1. Solat Hajat adalah sangat digalakkan di dalam Islam demi memohon keredhoan Allah SWT dalam menyembuhkan segala penyakit dan menyelesaikan apa jua masalah.
  2. Solat Hajat adalah satu komunikasi secara terus menerus dengan Allah SWT dan kadangkala lebih mujarab dari pembacaan ruqyah secara berhadapan dengan Pesakit.
  3. Pesakit atau waris sangat digalakkan untuk melakukan sendiri Solat Hajat demi memohon kesembuhan atau menyelesaikan masalah; namun kadangkala kita memerlukan bantuan orang lain yang lebih berpengalaman, istiqhomah dan soleh, in shaa Allah.
  4. Solat Hajat yang terbaik perlulah ada konsentrasi, penyerahan diri bulat-bulat  dan berdoa sepenuh jiwa raga kepada Allah SWT; Tuhan Maha Pengasih, Maha Mendengar dan Maha Memperkenankan doa hamba-hambaNya yang beriman.
  5. Jumlah Kadar Sumbangan tidak menentukan kemujaraban; tetapi keikhlasan dan istiqhomah (beberapa kali dan berterusan) itu yang paling penting. Sumbangan tunai yang dihulurkan adalah sekadar untuk membolehkan kakitangan Pusat Rawatan Al-Qayyum dapat terus hidup dan bertujuan tolong-menolong.
  6. Allah SWT Maha Berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit atau menyelesaikan masalah kita, tetapi wajib kita berusaha dengan cara yang berlandaskan Syariat Islam.
  7. Ada berbagai cara bagi Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah. Allah SWT mungkin menyembuhkan secara langsung (direct) atau mungkin mendatangkan seseorang ahli perubatan atau ubat yang mujarab; yang tidak semestinya datang dari orang yang melakukan Solat Hajat berkenaan. In shaa Allah.

Rawatan Solat Hajat | Tempahan Rawatan Solat Hajat