Kerjaya

Seiring dengan perkembangan pesat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dalam bidang Rawatan dan Terapi Al-Quran, kami mempelawa individu yang dinamik dan bermotivasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1) Pengurus Pemasaran

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah. 
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
  • Berpengalaman dalam Pengurusan Pemasaran, Pemasaran Media Sosial dan Pengurusan Acara.
  • Mahir dalam perisian Word, Excel dan Powerpoint.
  • Mesti memiliki lesen dan kenderaan sendiri.

2) Eksekutif Jualan

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berkelayakan minima SPM/Sijil/Diploma. 
  • Berpengalaman dalam bidang Jualan, Tele-Pemasaran dan Pemasaran Media Sosial.
  • Mesti memiliki lesen dan kenderaan sendiri.

3) Pembantu Pentadbiran

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berkelayakan minima SPM. 
  • Berpengetahuan dalam perisian Word, Excel dan Powerpoint.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan, tetapi bukanlah kemestian.

4) Pembantu Perawat

  • Lelaki.
  • Berkelayakan minima SPM. 
  • Boleh membaca Al-Quran dengan lancar.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri adalah satu kelebihan, tetapi bukanlah kemestian.

 

Kelebihan untuk anda:

- Peluang peningkatan kerjaya disediakan.
- Latihan Sambil Bekerja akan diberikan.
- Kerja 5 hari seminggu.
- KWSP, PERKESO, Cuti Sakit, Cuti Tahunan, Elaun Perubatan dan berbagai faedah kakitangan disediakan.

    Untuk memohon, sila hantar permohonan, resume dan foto terbaru anda ke admin@alqayyum2u.com.

    UP: Pentadbir
    PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
    INDERA HOLDINGS SDN BHD
    B3-1-K12, Ground Floor
    Sri Meranti Apartment
    Persiaran Meranti
    Bandar Sri Damansara
    52200 Kuala Lumpur

    Tarikh tutup: Sehingga kekosongan jawatan dipenuhi.