Jawatan Kosong

Seiring dengan perkembangan pesat PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ dalam bidang Rawatan dan Terapi Al-Quran, kami mempelawa individu yang dinamik dan bermotivasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1) Pengurus Besar

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. 
  • Berpengalaman minima 5 tahun dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran.
  • Seorang Motivator, pembawa perubahan, berwibawa dan mampu memimpin Kakitangan dan Syarikat ke arah pencapaian matlamat yang telah dirancang di peringkat atasan.
  • Berpengalaman di dalam mana-mana bidang berikut: Keusahawanan, Pengurusan Sumber Manusia, Latihan, Perakaunan, Kewangan, Audit, Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan Pelanggan; adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai jaringan yang baik dengan sektor Kerajaan, Industri, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah satu kelebihan.
  • Berkemahiran dalam menyediakan Laporan Perniagaan dan membuat pembentangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
  • Berkemahiran dalam perisian Word, Excel, PowerPoint dan Media Sosial.
  • Memiliki lesen dan kereta sendiri.
  • Gaji permulaan: RM5,000 - RM7,000 sebulan; mengikut kemahiran dan pengalaman.

2) Eksekutif Pemasaran Digital

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat, Teknologi Pengurusan, Teknologi Multimedia atau berkaitan.
  • Berpengalaman dalam bidang Pemasaran Digital.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri.
  • Gaji permulaan: RM1,800 - RM2,500 sebulan; mengikut kelayakan, kemahiran dan pengalaman.

3) Eksekutif Media Sosial

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah dalam bidang Pemasaran, Perhubungan Awam, Penulisan Kreatif atau berkaitan. 
  • Berpengalaman dalam bidang Pemasaran dan Pengiklanan di Media Sosial.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri.
  • Gaji permulaan: RM1,800 - RM2,500 sebulan; mengikut kelayakan, kemahiran dan pengalaman.

4) Pereka Visual

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah dalam bidang Rekaan Grafik, Teknologi Multimedia atau Teknologi Maklumat.
  • Berpengalaman dan kreatif dalam bidang Rekaan Grafik, Fotografi, Video dan Suntingan.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri.
  • Gaji permulaan: RM1,800 - RM2,500 sebulan; mengikut kelayakan, kemahiran dan pengalaman.

5) Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia

  • Lelaki atau Wanita.
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Sumber Manusia). 
  • Berpengalaman dalam bidang Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia dan Latihan.
  • Berkemahiran dalam perisian Word, Excel, PowerPoint dan Media Sosial.
  • Memiliki lesen dan kereta sendiri.
  • Gaji permulaan: RM1,800 - RM2,500 sebulan; mengikut kelayakan, kemahiran dan pengalaman.

6) Jurulatih Program / Guru Agama

  • Lelaki.
  • Berumur tidak kurang dari 30 tahun.
  • Berkelayakan minima Diploma/Ijazah dalam bidang Pengajian Islam. 
  • Berpengalaman dalam bidang Pendidikan dan Latihan.
  • Berpengetahuan dan berpengalaman di dalam bidang Perubatan Islam, Perubatan Tradisional, Perubatan Alternatif, Perubatan Suplimentari dan/atau Perubatan Komplimentari; adalah satu kelebihan.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri.
  • Gaji permulaan: RM1,800 - RM2,500 sebulan; mengikut kelayakan, kemahiran dan pengalaman.

7) Pembantu Perawat

  • Lelaki
  • Berumur antara 22 hingga 30 tahun.
  • Berkelayakan minima SPM/Sijil.
  • Boleh membaca Al-Quran.
  • Berminat dan bersedia untuk menjalani Program Latihan Perawat Islam.
  • Memiliki lesen dan kenderaan sendiri.
  • Gaji permulaan: RM1,500 sebulan.

 

Kelebihan untuk anda:

  • Peluang ke jawatan lebih tinggi berdasarkan prestasi kerja.
  • Kerja 5 hari seminggu.
  • KWSP, PERKESO, Cuti Sakit, Cuti Tahunan, Elaun Perubatan, Insentif, Bonus dan berbagai faedah kakitangan disediakan.

    Untuk memohon, sila hantar Surat Permohonan dan resume lengkap anda (bersama gambar diri) melalui emel kepada: admin@alqayyum2u.com

    UP: Ketua Pegawai Eksekutif
    INDERA HOLDINGS SDN BHD
    B3-1-K12, Ground Floor
    Sri Meranti Apartment
    Persiaran Meranti
    Bandar Sri Damansara
    52200 Kuala Lumpur

    Tarikh Tutup Permohonan: 15 Februari 2021

    Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi melalui telefon untuk dijemput ke Sesi Temuduga. Mereka yang tidak dihubungi oleh pihak kami selepas 30 hari dari Tarikh Tutup Permohonan, bolehlah menganggap permohonannya tidak berjaya. Harap maklum. Syukron jazilan.