7 Cara Merawat Diri Sendiri Dari Gangguan Jin

.

Gangguan Jin boleh berpunca dari 4 sumber berikut: Sihir, Saka, Lintasan atau 'Ain (pandangan mata yang hasad atau taksub) ATAU percampuran antaranya.

Ada banyak jenis spesies Jin yang tidak diketahui jumlahnya. Seseorang itu berkemungkinan diganggu oleh seekor Jin atau lebih dari seekor. Pesakit yang mengalami gangguan Jin secara umumnya berada dalam keadaan emosi dan pemikiran yang tidak stabil (tidak normal).

Gangguan Jin berkemungkinan boleh berlaku di dalam badan (jin bergerak dalam saluran darah) ATAU jin berada di luar badan Pesakit; ATAU kedua-duanya sekali.

Jika ANDA berupaya merawat diri sendiri, maka berikut dikongsikan beberapa CARA ASAS dalam merawat diri sendiri:

CARA PERTAMA

Dengarilah audio bacaan Ruqyah Syar'iyah setiap hari pada waktu-waktu berikut: Waktu Tengahari, Waktu Asar, sebelum dan selepas Waktu Maghrib dan ketika hendak tidur malam.

Elakkan mendengar sewaktu memandu kerana boleh membawa kepada kemalangan jika Pesakit kesurupan, mengantuk dan sebagainya.

CARA KEDUA

Buatlah Air Terapi Mandian Ruqyah Syar'iyah. Sediakan sebaldi air yang bersih.

Bacalah ayat-ayat berikut, dengan terang dan tartil; dalam keadaan menutup aurat dan mengadap Kiblat. Pembacaan perlulah dilakukan di luar Bilik Mandi. Lebih afdhol jika dalam keadaan berwudhuk.

Bacalah Surah Al-Fatihah, Ayat Kursy, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, Selawat Nabi 10 kali dan Doa (apa sahaja yang baik).

Seterusnya dihembus ke dalam baldi, arah lawan jam sebanyak 7 pusingan, dengan 1 nafas. Gunakan air ini sebagai mandian. Mandilah dahulu dengan air biasa sebelum mandi dengan air mandian ini. Ulangi mandian sebanyak 3 kali dalam masa 3 hari berturut-turut. Terbaik, mandi selepas masuknya Waktu Asar. Namun, waktu lain pun boleh. Tiada masalah.

NOTA 1: Daun bidara juga sangat dibenci oleh Jin. Campurkan dan ramas 7 helai daun bidara ke dalam air mandian ini. Anda juga boleh menggunakan Pati Daun Bidara sekiranya ada.

NOTA 2: Garam Kasar atau Garam Bukit juga boleh digunakan sebagai mandian. Masukkan dan kacau, segenggam garam dalam air mandian ini.

CARA KETIGA

Elakkan dari makan semua jenis limau, makanan yang berbisa, berangin, tajam, berkolestrol tinggi, bercuka, yang telah diperam, masam dan masin - sehingga Pesakit telah benar-benar sembuh.

Makanan Berbisa adalah seperti durian, nenas, pulut, cendawan, rebung, ais dan air bergas.

Makanan Berangin adalah seperti jantung pisang, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk betik, keladi, sukun, nangka, cempedak, serai, petai, jering dan durian.

Makanan Tajam adalah seperti ikan yang bersengat dan berduri (pari, cencaru, keli, sembilang, siakap, kerapu, ikan duri), udang, ketam, pucuk paku, rebung, belimbing dan sodium bicarbonate (baking soda).

CARA KEEMPAT

Elakkan dari pergi ke tempat-tempat seperti pasar basah, pasar malam, kompleks membeli-belah, kawasan air terjun, hutan, perkuburan dan lain-lain; yang membawa kepada risiko gangguan Jin yang lebih teruk.

Juga, elakkan dari berada di luar rumah, ketika Waktu Tengahari, Waktu Maghrib dan Waktu Malam.

CARA KELIMA

Pastikan pakaian dan kediaman sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering dan bebas dari habuk dan kekotoran yang membawa Tenaga Jahat.

CARA KEENAM

Jagalah amal ibadat seperti Solat Lima Waktu dan kerapkan membaca Al-Quran seperti Surah Yaasin, Surah Al-Waqi'ah, Surah-surah Lazim dan sebagainya lagi, sekiranya anda berkemampuan untuk membaca Al-Quran.

CARA KETUJUH

Banyakkan juga berwirid, berzikir, berselawat, berdoa dan bersedekah. Sesungguhnya, sedekah itu lebih tajam dari doa. Juga, mohonlah kemaafan dan maafkanlah orang lain.

PERHATIAN
Sekiranya Penyakit Gangguan Jin masih berlarutan, segeralah hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum atau Perawat Islam lain yang diyakini. In shaa Allah.

 

Artikel tulisan: 
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

 

27 komen

  • saya nak tanya kenapa saya sudah berubat banyak kali tapi msih sakit ?

    Nur shuhada
  • MAKLUMAN: Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT sekelian. Untuk sebarang pertanyaan, mohon WhatsApp kepada 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) / 011-692 55 942 (Ustaz Shakir Dato’ Amini). Pertanyaan anda akan dilayan secara peribadi oleh Perawat kami. In shaa Allah. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • bagaimana saya nak hadapi lintasan,gangguan,fikiran,sangkaan buruk yang saya tak inginkan tapi sering menganggu saya

    fariq bin ariffin
  • Benda ini wujud tidak dinapikan Akan tetapi kita sedia menghadapinya

    Amir
  • Sy ingin bertanya..blh x ajar sy.ttg ilmu berubat .buangsaka.atau gangguan ..Dr jin…sysllubaran.cinta ditengahje.selalu suka katseseorg pero dia dahberpunya..jodohmmg ditgntuhan..blhbantusy.0142155169

    Nurfatimah binti Abdul majid.

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.