Tips Merawat Diri Sendiri Dari Gangguan Jin

Gangguan Jin boleh berpunca dari 4 sumber berikut: Sihir, Saka, Lintasan atau A'in (pandangan mata yang hasad atau taksub) ATAU percampuran antaranya. Ada banyak jenis spesies Jin yang tidak diketahui jumlahnya. Namun, Pesakit yang mengalami gangguan Jin secara umumnya berada dalam keadaan emosi dan pemikiran yang tidak stabil (tidak normal). Seseorang itu berkemungkinan diganggu oleh seekor Jin atau lebih dari seekor.

Gangguan Jin berkemungkinan boleh berlaku di dalam badan (bergerak dalam saluran darah) ATAU di luar badan Pesakit ATAU kedua-duanya sekali. Jika ANDA berupaya merawat diri sendiri, maka berikut dikongsikan beberapa KAEDAH ASAS dalam merawat diri sendiri:

1) Cuba dengar bacaan Ruqyah Syar'iyah setiap hari pada waktu-waktu berikut: Waktu Tengahari, Waktu Asar, sebelum dan selepas Waktu Maghrib dan ketika hendak tidur malam. Elakkan mendengar sewaktu memandu kerana boleh membawa kepada kemalangan jika Pesakit kesurupan, mengantuk dan sebagainya.

2) Sediakan sebaldi air yang bersih. Bacalah ayat-ayat berikut (dgn terang dan tartil) dan hembus di penghujung setiap ayat ke dalam air, dalam keadaan menutup aurat dan mengadap Kiblat. Lebih afdhol jika dalam keadaan berwudhuk: 
• Al-Fatihah
• Al-Baqoroh ayat 1 - 5
• Ayat Kursy
• Al-Baqoroh ayat 284 - 286
• 4 Qul
• Doa Mustajab (Berdoalah dengan sepenuh pengharapan dan penyerahan kepada Allah SWT.)

3) Gunakan air di atas sebagai mandian. Ulangi mandian sebanyak 3 kali dalam masa 3 hari berturut-turut. Terbaik, mandi selepas masuknya Waktu Asar. Namun, waktu lain pun boleh. Tiada masalah.
*Daun bidara juga sangat dibenci oleh Jin. Boleh dicampurkan ke dalam air mandian.
*Garam Kasar/Bukit juga boleh digunakan sebagai mandian. Masukkan dan kacau, segenggam garam dalam sebaldi air.

4) Elakkan dari makan semua jenis limau, makanan yang berangin, makanan yang berbisa, makanan yang  sejuk, berkolestrol tinggi, bercuka, yang  telah diperam, masam dan masin - sehingga Pesakit benar-benar sembuh.

5) Elakkan dari pergi ke tempat-tempat seperti pasar basah, pasar malam, kompleks membeli-belah, kawasan air terjun, hutan, perkuburan dan lain-lain; yang membawa kepada risiko gangguan Jin yang lebih teruk.

6) Pastikan pakaian dan kediaman sentiasa berada dalam keadaan bersih, kering dan bebas dari habuk dan kekotoran (yang membawa Cas-cas Negatif).

7) Jagalah amal ibadat seperti Solat 5 Waktu dan bacalah ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Yaasin, Al-Waqi'ah, ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah, ayat-ayat Lazim dan sebagainya lagi (sekiranya mampu). Banyakkan juga berwirid dan berdoa.
.
In shaa Allah.

(Sekiranya Penyakit masih berlarutan, segeralah hubungi kami.)

Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™

10 komen

  • Tuan/Puan yang dikasihi Allah SWT, mohon hubungi/WhatsApp Perawat kami di talian 017-765 1747 (Hj Zain Misbah) sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan rawatan atau penyakit. Syukron jazilan.

    Pusat Rawatan Al-Qayyum
  • Assalamulaikum
    Kadang2 dada rasa sakit,mcm cucuk, kalau jumpa lalat atau pe pe serangga beracun, atau lebah rasa pitam dan pening, tak boleh makan daging, tak boleh pi rumah mayat rasa seram, rasa mcm ade benda bergerak atas kepala, dan lain lain, minta bantuan, wassalam

    Muhammad Ghani bin abdullah
  • Assalamualaikum, semoga saudara-saudara islamku dipermudahkan urusan dan disembuhkan dari gangguan Makhluk Halus. Allah maha kuasa, sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membantu saudara2 sekalian.
    InsyaAllah..assalamualaikum

    Muhammad faizal
  • Salam . Saya ade masalah peribadi saya . Saya dh jauh terpesong dari landasan agama . Tapi saya tk tahu mcm mane saya nk tinggalkan smua tu . Saya betul2 perlukan pertolongan . Saya susah nak kawal perasaan marah . Perasaan sedih yang mendalam dn sebagainya . Jika saya dlm keadaan berseorangan . Saya akan ade perasaan marah n sedih n rase nk marah . Mintak bantu saya . Tlg guide saya sampai saya boleh sembuh n boleh balik ke pangkuan jalan yg benar . Saya merayu . Bantu saya dgn ape cara skalipun . Saya tkde siape2 nak bantu saya .

    Syahirah
  • Assalamualaikum anak sya da 3 ari masih rasa mcm ada benda halus usik Kedau-dua belah betis Dan mengaduh siap tunjuk lagi tempat benda tu … minta Penjelasan mcm mna nk sembuh kan nya

    Apex

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan