Selamat Ulang Tahun ke-10 Pusat Rawatan Al-Qayyum

Syukur alhamdulillah. Sejak penubuhannya pada 1 Februari 2011, Pusat Rawatan Al-Qayyum telah berjaya mengharungi berbagai cabaran dan pahit getir di dalam menyediakan sistem Rawatan dan Terapi Al-Quran yang sistematik lagi terbukti berkesan, bagi merawat berbagai jenis penyakit dan masalah yang dialami oleh para Pesakit.

Sesungguhnya, dengan kemunculan pandemik Covid19 (yang diturunkan oleh Allah SWT) pada hari ini, telah lebih menguatkan semangat kami untuk terus berjuang sepenuh jiwa dan raga, bagi menghadapi berbagai fenomena penyakit dan masalah yang membawa kepada kemusnahan hidup manusia.

Covid19 adalah merupakan antara ujian yang amat getir bagi seluruh umat manusia.

Covid19 bukan hanya memberikan kesakitan secara fizikal, malah ianya juga mampu merobohkan aqidah (kekuatan iman), hati dan minda; menghancurkan motivasi; merosakkan institusi kekeluargaan dan kemaslahatan masyarakat; serta mengakibatkan kesempitan kewangan dan kelembapan ekonomi global - yang membawa kepada kesedihan, keperitan dan penderitaan.

Sebenarnya, hanya melalui pendekatan IMAN, TAQWA dan ISTIQHOMAH (berterusan) sahaja yang pastinya dapat memberikan kita KEKUATAN untuk menghadapi segala ujian dari Allah SWT. Ketahuilah bahawa konsep "mencari kesembuhan" yang dibawa oleh ajaran Islam adalah tidak hanya bergantung kepada bacaan Ruqyah Syar'iyah semata-mata; tetapi adalah dengan mempraktikkan segala potensi kaedah penyembuhan yang mampu disediakan oleh sesuatu tamadun manusia, selagi ianya berpandukan Hukum Syarak.

Justeru itu, marilah kita sama-sama terus berjuang dan berikhtiar tanpa mengenal rasa jemu. Allah Maha Pengasih dan hanya kepada Allah jualah tempat kita bergantung harap. Allah Maha Bijaksana. Allah Maha Memakbulkan segala doa dan usaha kita.

Firman Allah SWT (yang bermaksud): (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu KESUSAHAN, mereka berkata: "Sesungguhnya KAMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH dan KEPADA ALLAH JUALAH KAMI KEMBALI." (Al-Baqoroh: 156)

Melalui Rawatan dan Terapi Al-Quran, Pusat Rawatan Al-Qayyum sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan anda sekeluarga. In shaa Allah.

10 tahun perjalanan yang amat bermakna buat kami. Sesungguhnya kepada Allah SWT jualah tempat kami bergantung harap dan semoga Allah SWT melindungi kami dari segala kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaiton dan iblis; serta terus dikurniakan kepada kami kekuatan untuk merawat para Pesakit kami sehingga mencapai tingkat kesembuhan yang tertinggi. Aamiin ya robbal 'alamiin.

Selamat Ulang Tahun ke-10 buat Pusat Rawatan Al-Qayyum! Alhamdulillah.

Artikel tulisan: 
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM

3 komen

  • Salam..saya ingin mendapatkan rawatan untuk anak saya yg selalu mengamuk,panas baran dan susah untuk berkomunikasi dan bersosial

    Zuraidah
  • maaf. saya ada soalan

    Norharyani bt Yahya Arif
  • Pertanyaan

    Maimunah bte othman

Apakah pendapat anda tentang isu di atas?

Nama .
.
Pendapat / Cadangan .

Sila klik "Borang Online > Pertanyaan Rawatan" sekiranya anda ingin membuat pertanyaan berkaitan penyakit atau masalah.