Rawatan Jarak Jauh dan Keberkesanannya (Bahagian I)

Apakah sebenarnya Rawatan Jarak Jauh ini?

Dalam kebanyakan kes, maksud Rawatan Jarak Jauh adalah merupakan rawatan atau perubatan yang dijalankan ke atas Pesakit dari jauh, yakni keadaan di mana lokasi Perawat adalah di tempat yang lain dari lokasi Pesakit (sejauh beberapa kilometer atau beratus-ratus kilometer atau beribu-ribu kilometer). 
 

Adakah ianya dibenarkan dalam Islam? Hukum dan dalil sohih tentangnya?

Bagi menjawab persoalan di atas, perkara yang paling utama perlu diambilkira ialah tentang bagaimana, kaedah dan teknik yang digunakan di dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh tersebut.

Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi HARAM sekiranya seseorang Perawat/Bomoh itu menggunakan kaedah sihir dan ilmu hitam, yakni yang mengaitkan jin dan syaiton (kadangkala disebut sebagai pendamping, panglima, wali, tok sheikh, puteri, roh orang yang telah meninggal dunia dan seumpamanya lagi) atau perkara-perkara syirik dan khurafat yang lain seperti menggunakan bahan-bahan kotor lagi haram, gambarajah, jamuan, ancak, mentera pemujaan, menenung nasib dan sebagainya lagi; yang bertentangan dengan Syariat Islam.

Perlu dinyatakan bahawasanya, sihir dan ilmu hitam (peringkat tinggi) boleh dilaksanakan secara jarak jauh - dengan syarat-syarat tertentu yang diberikan oleh syaiton kepada Perawat/Bomoh berkenaan.

Terdapat 3 perkara yang sangat penting sebagai panduan asas di dalam perihal Perubatan Islam, yakni: Iktiqad, Niat dan Perbuatan. 3 perkara ini mesti betul berada di landasannya dan tidak menyimpang dari Syariat Islam. Maka, sebagai orang yang beriman adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan Rawatan Jarak Jauh yang dijalankan adalah beriktiqad hanya semata-mata melakukan ikhtiar kerana Allah SWT dan kepada Allah SWT jua tempat memohon pertolongan.

Hendaklah juga beriktiqad bahawasanya tidak ada kuasa dan daya upaya penyembuhan, melainkan dari Allah SWT jua. Sesungguhnya Allah SWT yang menjadikan penyakit (sebagai hikmah dan kifarah), maka hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkannya. 

Niat (tujuan) Rawatan Jarak Jauh yang dilakukan itu mestilah di atas tujuan yang baik, bukan bertujuan untuk menganiaya, menyakiti, merosakkan, memusnahkan atau sebarang keburukkan ke atas orang lain mahupun diri sendiri. Tetapi, ketahuilah bahawa 'Niat Tidak Menghalalkan Cara'. Maka, justeru itulah perbuatan bagi tatacara Rawatan Jarak Jauh itu mestilah tidak bertentangan dengan Syariat Islam.

Melalui perlakuan ibadah yang sangat dituntut seperti: Solat, Membaca Al-Quran, Berzikir, Berdoa dan Bersedekah - maka lahirlah teknik-teknik Rawatan Jarak Jauh yang dibenarkan dalam ISLAM, malahan sangatlah dituntut oleh Islam demi mendekatkan diri orang yang melaksanakannya dengan Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):
.

“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN! MINTALAH PERTOLONGAN DENGAN BERSABAR DAN DENGAN (MENGERJAKAN) SOLAT; kerana sesungguhnya ALLAH MENYERTAI (MENOLONG) ORANG-ORANG YANG SABAR” ( Al-Baqoroh: 153)

“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari AL-QURAN ayat-ayat suci yang menjadi UBAT PENAWAR dan RAHMAT bagi ORANG YANG BERIMAN kepadanya.” (Al-Isro’: 82) 

“Maka INGATLAH KEPADAKU NESCAYA AKU AKAN INGAT KEPADAMU. Dan BERSYUKURLAH KEPADAKU DAN JANGANLAH KAMU KUFUR (AKAN NIKMATKU)” (Al-Baqoroh: 152)

“Wahai sekalian ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERZIKIRLAH KALIAN SEMUA KEPADA ALLAH DENGAN ZIKIR YANG BANYAK.” (Al-Ahzab: 41)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya AKU adalah DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMOHONAN orang yang BERDOA apabila ia MEMOHON KEPADAKU, maka hendaklah mereka itu MEMENUHI (SEGALA PERINTAHKU) dan hendaklah mereka BERIMAN KEPADAKU, agar mereka selalu BERADA DALAM KEBENARAN" (Al-Baqoroh: 186)

(Bersambung)

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan