Rawatan Jarak Jauh dan Keberkesanannya (Bahagian III)

Rawatan Jarak Jauh: Praktikaliti atau Fantasi? Atau satu Penipuan?
.
Dari perspektif Islam, segala ibadah adalah dianggap praktikal dan sangat dituntut ke atas setiap orang Islam; berdasarkan rukun-rukun dan hukum-hukum yang telah digariskan. Setiap ibadah yang dilakukan (dengan Iktiqad, Niat dan Perbuatan yang betul) sudah pastinya ada ganjaran dari Allah SWT, dengan keizinan dan kehendak Allah SWT. 
.
Pada hakikatnya, apa jua jenis ibadah tidaklah boleh dijual-beli dengan apa jua cara sekalipun. Adalah terbaik dan lebih afdhol sekiranya Pesakit atau waris Pesakit sendiri yang dapat melakukan Solat Hajat, berzikir dan berdoa dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan secara istiqhomah (berterusan).
.
Namun, sebagai hamba Allah yang sentiasa serba kekurangan dari segala sudut, kadangkala kita perlu mendapatkan bantuan dari orang lain yang lebih berkeupayaan, mahir dan mengetahui selok belok tentang sesuatu perkara itu. Terdapat beberapa ibadah lain seperti ibadah korban, aqiqah serta umrah dan haji (untuk orang yang sedang uzur atau telah kembali ke rohmatullah) yang boleh kita wakilkan kepada orang yang lebih arif daripada kita; yang dalam kebanyakan kes bukanlah secara percuma (perlu ada bayarannya). 
.
Kita juga mungkin menjemput Imam dan Qoriah Masjid atau Surau untuk mengadakan Solat Hajat, Tahlil, Doa Arwah atau Doa Selamat di rumah kita. Perbelanjaan dan segala kos harus kita tanggung dan menyerahkannya kepada pihak berkenaan bagi melaksanakan ibadah-badah tersebut. Mengapa tidak kita melakukannya sendiri?
.
Rawatan Jarak Jauh boleh menjadi Haram, Fantasi atau Penipuan; sekiranya dilakukan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan situasi terdesak orang lain (Penempah / Pesakit). Maka, perlulah kita berhati-hati sebelum kita menempah dan melaksanakan transaksi bayaran bagi apa-apa Rawatan Jarak Jauh. Sebaik-baiknya, terlebih dahulu hendaklah dibuat pengkajian dan pencarian maklumat yang sohih tentang Pusat Rawatan / Perubatan Islam berkenaan.
.
Kesimpulan
.
Maka, adalah tidak menjadi kesalahan atau keraguan di dalam melaksanakan Rawatan Jarak Jauh melalui Solat Hajat, bacaan Ruqyah Syar'iyah, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab serta mengadakan Jamuan Makan di Masjid atau Surau (bersedekah); kerana semuanya adalah menjadi ibadah dalam mencari keredhaan dan memohon pertolongan Allah SWT dalam menyembuhkan Penyakit atau menyelesaikan masalah - selagi segala iqtiqad, niat dan perbuatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. In shaa Allah.
.
Firman Allah SWT (yang bermaksud):
.
"Katakanlah: Sekali-kali TIDAK AKAN MENIMPA kami melainkan apa yang telah DITETAPKAN OLEH ALLAH bagi kami. DIALAH PELINDUNG KAMI, dan HANYALAH KEPADA ALLAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN HARUS BERTAWAKAL." (At-Tauba: 51)
.
Apa yang penting, janganlah kita sesekali terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar lagi keji seperti mendapatkan bantuan secara berdepan atau jarak jauh dari bomoh, dukun, pawang atau individu yang menyamar menjadi Perawat Islam atau yang tersesat tanpa disedari; yang menggunakan khidmat jin (yang memang boleh melakukan perkara-perkara yang pelik, ajaib dan mustahil pada pandangan manusia).
.
Penggunaan khadam jin, mentera, sihir serta yang berkaitan dengannya adalah HARAM kerana ianya adalah perkara SYIRIK dan KHURAFAT dan sudah tentu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan, kesusahan dan penderitaan samada di dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali. Nau’zubillahi min zalik.
.
Artikel tulisan:
Indera Saifullah Tahir
PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™
.

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan