Rawatan Jarak Jauh dan Keberkesanannya (Bahagian II)

Bolehkah penyakit sembuh melalui Rawatan Jarak Jauh? 

Sesungguhnya tidak ada batasan atau lingkungan had bagi kuasa Allah Yang Maha Berkuasa untuk menyembuhkan sebarang penyakit atau menyelesaikan sebarang masalah. Segala penyakit dan masalah itu datangnya dari Allah SWT, sebagai ujian mahupun sebagai kifarah yang pastinya mempunyai segala hikmah, yang jelas dan yang tersembunyi. Hanya kepada Allah SWT sahaja yang selayaknya kita memohon untuk menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah, sambil berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh dengan cara yang diredhoiNya.

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Sesungguhnya PELINDUNGKU IALAH ALLAH yang telah menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) dan DIA MELINDUNGI ORANG-ORANG YANG SOLEH.” (Al-‘Araf: 196)

"Jika Allah MENIMPAKAN sesuatu KEMUDHORATAN kepadamu, maka TIDAK ADA yang DAPAT MENGHILANGKANNYA KECUALI DIA. Dan jika Allah MENGKEHENDAKI KEBAIKAN bagi kamu, maka TIDAK ADA DAPAT MENOLAK KURNIANYA. DIA MEMBERIKAN KEBAIKAN itu kepada SIAPA yang DIKEHENDAKINYA di antara hamba – hambaNya dan Dia lah yang MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.” (Yunus: 107)

"TIDAK ADA KESUSAHAN (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan IZIN ALLAH; dan SESIAPA yang BERIMAN kepada Allah, ALLAH AKAN MEMIMPIN HATINYA (UNTUK MENERIMA APA YANG TELAH BERLAKU ITU DENGAN TENANG DAN SABAR); dan (ingatlah), ALLAH MAHA MENGETAHUI akan tiap-tiap sesuatu" (At-Taghobun: 11)

"Dan sesiapa yang BERTAQWA KEPADA ALLAH, nescaya akan dijadikan baginya JALAN KELUAR. Serta memberinya rezeki dari JALAN YANG TIDAK TERLINTAS hatinya. Dan, sesiapa BERSERAH DIRI BULAT-BULAT kepada Allah, maka ALLAH CUKUPKAN BAGINYA. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. ALLAH TELAHPUN MENENTUKAN KADAR DAN MASA bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq: 2-3) 

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

"TIDAKLAH SEORANG MUSLIM TERTIMPA SUATU PENYAKIT DAN KELETIHAN, KEKHUATIRAN DAN KESEDIHAN, DAN TIDAK JUGA GANGGUAN DAN KESUSAHAN, bahkan duri yang melukainya; melainkan ALLAH akan MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA" (HR Al-Bukhori) 

Sejauhmanakah keberkesanannya? Di manakah logik dan kebenarannya? 

Keberkesanan atau lebih tepatnya, kemujaraban sesuatu Rawatan Jarak Jauh (yang berlandaskan Syariat Islam) sebenarnya adalah sangat bergantung kepada sejauhmana hubungan antara makhluk dengan Allah SWT (Maha Pencipta). 

Di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM ™, melalui Solat Hajat, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab; adalah menjadi tatacara terpenting bagi para Perawat kami dalam berikhtiar memohon kesembuhan penyakit atau penyelesaian masalah yang dihadapi oleh Pesakit. Tidak menjadi keanehan bagi kami sekiranya sesuatu penyakit itu mencapai kesembuhan atau ke tingkat kesihatan yang lebih baik atau sesuatu masalah itu mencapai penyelesaian - kerana SEMUANYA di atas keizinan, kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Tidak ada sebarang kuasa penyembuhan pada Perawat kami. Yang Maha Berkuasa hanyalah Allah SWT.

Niat para Perawat kami adalah untuk menyediakan ikhtiar terbaik, memberikan usaha dan melaksanakan ibadah melalui Solat Hajat, Zikirullah dan Doa-doa Mustajab demi kepentingan Pesakit. Perlu dinyatakan bahawa, para Perawat kami tidak samasekali melakukan ibadah-ibadah tersebut (Rawatan Jarak Jauh) atas dasar wang atau bayaran. Jumlah bayaran (Kadar Sumbangan) tidak akan menentukan hasil keberkesanan Rawatan Jarak Jauh kami. Keikhlasan dan penyerahan sepenuhnya bulat-bulat diri Perawat, Penempah dan Pesakit sebagai hamba kepada Allah SWT itulah menjadi penentu di dalam memohon rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

Kuasa dan kehebatan Allah SWT tidak memerlukan logik akal. Allah berhak untuk melakukan apa sahaja, samada ianya disukai oleh kita (makhluk) atau tidak. Tetapi, perlu diakui sepenuhnya oleh kita bahawa apa sahaja tindakan Allah SWT adalah kerana kasihnya kepada kita. Segala kejadian dan keputusan dari Allah SWT mempunyai hikmah yang tiada tolok bandingannya. 

Firman Allah SWT (yang bermaksud):

“PATUTKAH MANUSIA MENYANGKA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN DENGAN HANYA BERKATA: "KAMI BERIMAN", SEDANG MEREKA TIDAK DIUJI (DENGAN SESUATU CUBAAN)? Dan Demi sesungguhnya! KAMI TELAH MENGUJI ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, maka (dengan ujian yang demikian), NYATA APA YANG DIKETAHUI ALLAH TENTANG ORANG-ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERIMAN, DAN NYATA PULA APA YANG DIKETAHUI-NYA TENTANG ORANG-ORANG YANG BERDUSTA.” (Al-Ankabut: 1-3)

“ADAKAH PATUT KAMU MENYANGKA BAHAWA KAMU AKAN MASUK SYURGA, PADAHAL BELUM SAMPAI KEPADA KAMU (UJIAN DAN CUBAAN) SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU? MEREKA TELAH DITIMPA KEPAPAAN (KEMUSNAHAN HARTABENDA) DAN SERANGAN PENYAKIT, SERTA DIGONCANGKAN (OLEH ANCAMAN BAHAYA MUSUH), SEHINGGA BERKATALAH RASUL DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN YANG ADA BERSAMANYA: BILAKAH (DATANGNYA) PERTOLONGAN ALLAH?" Ketahuilah sesungguhnya PERTOLONGAN ALLAH ITU DEKAT (ASALKAN KAMU BERSABAR DAN BERPEGANG TEGUH KEPADA AGAMA ALLAH)”. (Al-Baqoroh: 214)

“Sesungguhnya BERJAYALAH ORANG YANG BERUSAHA MEMBERSIHKAN DIRINYA (DENGAN TAAT DAN AMAL YANG SOLEH). DAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATINYA AKAN NAMA TUHANNYA SERTA MENGERJAKAN SOLAT (DENGAN KHUSYUK) (TETAPI KEBANYAKKAN KAMU TIDAK MELAKUKAN YANG DEMIKIAN) BAHKAN KAMU UTAMAKAN KEHIDUPAN DUNIA. PADAHAL KEHIDUPAN AKHIRAT LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL.” (Al-A’la: 14-17)

“Bertanyalah kepada mereka: SIAPAKAH YANG MEMBERI REZEKI KEPADA KAMU dari langit dan bumi? Atau SIAPAKAH YANG MENGUASAI PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan SIAPAKAH PULA YANG MENTADBIRKAN URUSAN SEKALIAN ALAM? Maka mereka tetap akan menjawab dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: MAKA MENGAPA KAMU TIDAK MAHU BERTAKWA?”  (Yunus: 31)

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan