Rawatan dan Terapi Al-Quran (Bahagian 1)

Rawatan dan Terapi Al-Quran yang dijalankan di Pusat Rawatan Al-Qayyum bukanlah semata-mata bagi merawat mereka yang mengalami penyakit gangguan jin, saka, terkena sihir, santau, busung, kemurungan, segala penyakit hospital, masalah rumahtangga, lari dari rumah dan sebagainya.

Sebenarnya lebih dari itu.

Bacaan ayat-ayat Al-Quran yang digabungkan dengan Penyembuhan Tenaga (Energy Healing) juga SANGAT BAIK bagi mereka yang SIHAT.

Rawatan dan Terapi Al-Quran sangat baik bagi melancarkan perjalanan darah serta memastikan segala sel-sel yang tidak sihat (sel berpenyakit) dapat dimusnahkan dan dikeluarkan dari tubuh badan seseorang itu, melalui sistem perkumuhan semulajadi. Perjalanan darah yang lancar pastinya akan memberikan kecergasan dan kesihatan yang lebih baik kepada tubuh badan.

Aliran Tenaga - yang bersumberkan amal ibadat, iman, taqwa dan istiqhomah; dapat MENYINGKIRKAN CAS-CAS NEGATIF yang berlebihan dari terus melekat di sekeliling tubuh badan kita.

Cas-cas negatif yang berlebihan pada seseorang boleh membawa kepada pembentukan sel penyakit seperti kanser, ketumbuhan, kuman, kolestrol jahat dan sebagainya.

Cas-cas negatif juga boleh merangsang sifat-sifat negatif di dalam diri seseorang itu seperti panas baran, kedekut, tamak, bongkak, riak, dengki, cemburu buta, berdendam, penakut, kesedihan melampau, malas melampau, hilang semangat dan sebagainya lagi.

Orang yang banyak cas negatif pada dirinya hidupnya tiada ketenangan yang sebenar. Jiwanya rasa kosong, sentiasa mencari sesuatu untuk diisi. Semua orang sering dipersalahkan. Semua orang dianggapnya tidak betul. Gemar kepada perkara maksiat. Berat untuk melakukan ibadah dan sebagainya lagi yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini adalah antara gejala orang yang bercas negatif yang tinggi.

(Bersambung)

Tinggalkan komen

Nama .
.
Mesej .

Ambil perhatian, semua komen perlu diluluskan sebelum dapat disiarkan.